Isnin, 20 Jun 2011

DIE CLASH ERRORS

Sekeping syiling 5 sen 2007 ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.Walaupun biasa ditemui die clash errors terjadi pada kedua-dua permukaan syiling 5 sen tapi pada syiling ini sangat ketara pada bahagian muka nya (obverse)terbentuk imej bunga raya yang sepatutnya berada pada bahagian belakang(reverse) syiling.
    Imej ini terjadi akibat kedua die atas dan die bawah tertempa sesama sendiri tanpa planchet,jadi pada satu die ada dua imej yang terbentuk.

Bahagian belakang syiling 5 sen 2007.Ada die chip error pada angka "0"pada 2007

Pada bahagian muka syiling wujud kesan kerosakan die pada syiling ini,imej bunga raya yang ketara terbentuk pada bahagian muka.
 Die clash error ini sangat jelas dan dapat dilihat dengan mata kasar

 Imej bunga raya ini sepatutnya hanya ada pada bahagian belakang syiling...
 depankanta cuba padankan imej bunga raya pada lekuk yang ada dan didapati sepadan....

Sabtu, 18 Jun 2011

SYILING 1 SEN BRUNEI DENGAN FILLED DIE ERRORS

Filled die errors biasanya terjadi disebabkan terdapat apa2 kotoran atau benda lain pada permukaan die menyebabkan apabila die tersebut menempa permukaan syiling,imej yang terhasil menjadi tidak jelas atau hilang sebahagiannya....error seperti ini biasa terjadi pada mana2 syiling moden.
       depankanta pamirkan sekeping syiling dari negara jiran Brunei Darul Salam yang terjadi filled die errors


Bahagian muka syiling 1 sen 1994 Brunei yang biasa


Bahagian muka syiling 1 sen 2006 filled die errors

 Perhatikan pada bahagian baju ...

 Di bahagia Belakang syiling,ketara filled die errors pada angka  dan huruf "1 SEN"hampir tidak kelihatan

 Hampir tidak kelihatan angka dan huruf "1 SEN"


Rabu, 15 Jun 2011

SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE ERROR ......SYILING 10 SEN 1981

Jika dilihat sekali imbas pada bahagian muka dan belakangnya,syiling ini kelihatan sangat tua seolah-olah syiling zaman straits settlements atau British Borneo.Bila depankanta teliti betul-betul ianya adalah sekeping syiling yang telah lama dicari......SYILING 10 SEN 1981 DENGAN SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE ERROR..

 Walaupun kelihatan lusuh tapi tebing rimnya masih elok
 sebahagian tepi rimnya terkopek keluar...


Perbandingan dengan syiling 10 sen 1981 biasa

 Ketebalannya separuh (1/2) syiling biasa
 Bahagian tepi rim,sebahagiannya  masih elok
 dan sebahagiannya terkopek....


Perbandingan antara syiling biasa,syiling yang diasah(?) dan syiling error
 depankanta masih mencari perkongsian maklumat tentang syiling yang diasah ini sekiranya pelawat juga ada memilikinya...
 Saiz muka syiling error kecil sedikit berbanding syiling biasa..
 Tiga keping syiling 10 sen 1981,atas :syiling error,tengah;syiling biasa,bawah: syiling yg diasah

Pakar Numismatik  tentunya ingin kongsi tentang syiling ini....

Isnin, 13 Jun 2011

POST MINT DAMAGE

       Sekeping syiling 5 sen 2001,pada permukaan planchetnya terdapat  logam yang berlebihan,.Pada awalnya depankanta berpendapat syiling di adalah mint error dgn kesan seumpama die chip atau cud...Bila diteliti kembali dan melihat pada tempat serta keadaan logam yg muncul jelas ianya adalah PMD (post mint damage) yg sengaja dibuat oleh peminat2 barangan perhiasan yg diperbuat dari syiling,Kesan logam yg muncul adalah dari logam yg digunakan untuk pateri pin pada syiling ini....
 

Tidak ada kesan pada bahagian Muka (obv)syiling,hanya ada kehitaman kesan panas hasil kerja2 pateri




Syiling 1 sen 2007 ini pula menggelupas lapisan atasnya hingga hampir 3/4 bahagian tepi syiling...depankanta tidak pasti adakah lapisan yang menggelupas ini adalah lapisan kuprum yang menyelaputi syiling 1 sen...

hampir 3/4 permukaan tepi syiling menggelupas..


ada juga bahagian yang mengelembong...


menampakkan kandungan dalam planchet yang menolak selaput hingga terbuka...

Syiling 1 sen ini merupakan PMD yg disebabkan faktor persekitaran semulajadi,syiling ini mungkin terjatuh dan terbenam lama didalam tanah.Tindakbalas kimia dan perubahan suhu yg dialami oleh syiling ini telah menyebabkan terjadinya sedemikian...

Ahad, 12 Jun 2011

SYILING EXTRA DOT YANG ISTIMEWA.....

Dalam siri Parlimen terdapat beberapa spesimen yang diletakkan nilai yang begitu tinggi...syiling2 ini telah tersalah tempa menyebabkan terbentuk satu titik yang hampir menyamai titik yang terdapat dibahagian detail syiling,sebab itu dinamakan syiling"extra dot"...
  Bagi pelawat yang belum biasa dengan syiling rare atau syiling error tentu berminat untuk mengenali syiling ini..
     1. Pada syiling 50 sen 1979 (di bahagian bawah Bangunan Parlimen)
     2. Pada syiling 50 sen 1988 (dibahagian  atas Bangunan Parlimen)
     3. Pada syiling 5 sen 1982   (dibahagian tengan Bangunan Parlimen)


Depankanta pamirkan spesimen tahun 50 sen 1988 dan 5 sen 1982 (yang 1979 belum ada koleksi)



                              50 sen 1988




hampir sama dengan titik yang terdapat pada bahagian belakang syiling


                      5 sen 1982



titiknya hampir menyamai titik yang terdapat pada bahagian belakang syiling..







Depankanta menemui tanda titik yang sama terdapat pada syiling 20 sen 1993 siri bunga raya...
malangnya pada siri bunga raya tiada apa-apa titik yang wujud jadi ianya tak boleh dinamakan extra dot sebab ia adalah first dot!!...




WAJAR JUGA KALAU PARA AHLI NUMISMATIK MELETAKKAN TITIK PADA SYILING 20 SEN 1993 SENILAI DENGAN TITIK PADA SIRI PARLIMEN.....