Selasa, 21 Jun 2011

PLANCHET @ DIE ERRORS ?

Syiling 50 sen siri bunga raya biasanya kalau dijumpai yang agak pelik sikit,depankanta akan teliti dulu samada syiling itu tulin atau palsu terutamanya yang tertera tahun 2005 yang banyak dikaitkan dengan syiling palsu.
  Tidak wajar kita bersusah payah kategorikan jenis error pada sekeping syiling palsu kerana hadirnya pun sudah dikira satu error pada ekonomi Malaysia.
 Post ini depankanta pamirkan sekeping syiling Malaysia 50 sen 2003,yang pada hemat depankanta adalah TULIN.Apa yang menarik tentang syiling ini adalah kedudukan imej bunga raya dan sebahagian detailsnya yang tenggelam kebawah sementara permukaan planchetnya timbul keatas.
   Dengan kata lain,Planchet lebih tinggi dari imej!

Pada bahagian muka syiling 50 sen 2003 ini banyak terdapat bintik-bintik kecil yang biasanya terdapat pada muka syiling 50 sen 2008.

Pada bahagian belakang pula kedudukan imej bunga raya dan sebahagian details berada lebih rendah dari permukaan planchet
 perhatikan daun bunga raya dan stigmanya yang tenggelam


MILLED EDGE UNIK

Syiling 5 sen 2010 yang ditemui ini menimbulkan tanda tanya kepada depankanta kerana bahagian tepi syiling tidak sama dengan syiling 5 sen yang lain.Corak "gigi" pada bahagian tepi syiling ini sangat kecil saiznya.Pembuatannya adalah sempurna, tiada kelihatan kesan kerosakan pada alat tempa.Mungkin ini satu vieriti yang jarang dikeluarkan.

5 SEN 2010 INI PADA PERMUKAAN BAHAGIAN MUKA DAN BELAKANG KELIHATAN BIASA


PADA BAHAGIAN MILLED EDGE YANG BERLAINAN,PERBANDINGAN DENGAN SYILING 5 SEN 2010 BIASA
 KEDUA-DUA SYILING INI  MILLED EDGE NYA DI TEMPA DENGAN SEMPURNA

YANG DIBAWAH "GIGI"NYA SANGAT KECIL BERBANDING DENGAN YANG BIASA(ATAS)

  CUBA TELITI, YANG MANA UNIK ANTARA DERETAN SYILING 5 SEN 2010 INI....


Isnin, 20 Jun 2011

DIE CLASH ERRORS

Sekeping syiling 5 sen 2007 ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.Walaupun biasa ditemui die clash errors terjadi pada kedua-dua permukaan syiling 5 sen tapi pada syiling ini sangat ketara pada bahagian muka nya (obverse)terbentuk imej bunga raya yang sepatutnya berada pada bahagian belakang(reverse) syiling.
    Imej ini terjadi akibat kedua die atas dan die bawah tertempa sesama sendiri tanpa planchet,jadi pada satu die ada dua imej yang terbentuk.

Bahagian belakang syiling 5 sen 2007.Ada die chip error pada angka "0"pada 2007

Pada bahagian muka syiling wujud kesan kerosakan die pada syiling ini,imej bunga raya yang ketara terbentuk pada bahagian muka.
 Die clash error ini sangat jelas dan dapat dilihat dengan mata kasar

 Imej bunga raya ini sepatutnya hanya ada pada bahagian belakang syiling...
 depankanta cuba padankan imej bunga raya pada lekuk yang ada dan didapati sepadan....

Sabtu, 18 Jun 2011

SYILING 1 SEN BRUNEI DENGAN FILLED DIE ERRORS

Filled die errors biasanya terjadi disebabkan terdapat apa2 kotoran atau benda lain pada permukaan die menyebabkan apabila die tersebut menempa permukaan syiling,imej yang terhasil menjadi tidak jelas atau hilang sebahagiannya....error seperti ini biasa terjadi pada mana2 syiling moden.
       depankanta pamirkan sekeping syiling dari negara jiran Brunei Darul Salam yang terjadi filled die errors


Bahagian muka syiling 1 sen 1994 Brunei yang biasa


Bahagian muka syiling 1 sen 2006 filled die errors

 Perhatikan pada bahagian baju ...

 Di bahagia Belakang syiling,ketara filled die errors pada angka  dan huruf "1 SEN"hampir tidak kelihatan

 Hampir tidak kelihatan angka dan huruf "1 SEN"


Rabu, 15 Jun 2011

SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE ERROR ......SYILING 10 SEN 1981

Jika dilihat sekali imbas pada bahagian muka dan belakangnya,syiling ini kelihatan sangat tua seolah-olah syiling zaman straits settlements atau British Borneo.Bila depankanta teliti betul-betul ianya adalah sekeping syiling yang telah lama dicari......SYILING 10 SEN 1981 DENGAN SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE ERROR..

 Walaupun kelihatan lusuh tapi tebing rimnya masih elok
 sebahagian tepi rimnya terkopek keluar...


Perbandingan dengan syiling 10 sen 1981 biasa

 Ketebalannya separuh (1/2) syiling biasa
 Bahagian tepi rim,sebahagiannya  masih elok
 dan sebahagiannya terkopek....


Perbandingan antara syiling biasa,syiling yang diasah(?) dan syiling error
 depankanta masih mencari perkongsian maklumat tentang syiling yang diasah ini sekiranya pelawat juga ada memilikinya...
 Saiz muka syiling error kecil sedikit berbanding syiling biasa..
 Tiga keping syiling 10 sen 1981,atas :syiling error,tengah;syiling biasa,bawah: syiling yg diasah

Pakar Numismatik  tentunya ingin kongsi tentang syiling ini....