Khamis, 14 Julai 2011

LAGI PLANCHET ERRORS SIRI PARLIMEN DAN BUNGA RAYA

Minor Error yg biasa dijumpai pada syiling Malaysia adalah berkaitan dgn kelemahan die dan ketidak sempurnaan penyediaan blank untuk diproses dijadikan syiling,ini akan menghasilkan error yg dikategorikan oleh ahli2 Numismatik sebagai doubled die errors,die clash errors,die crack errors,die chip errors dll.
   Syiling Malaysia 5.10.20 & 50 sen siri parlimen atau bunga raya adalah terdiri dari aloi copper + nickel yg tentunya boleh menyebabkan pelbagai error boleh terjadi pada syiling yang disebabkan campuran dua logam ini.Faktor yg selalu dikaitkan adalah suhu semasa proses penempaan dan ketidak sempurnaan adunan logam tersebut.
 Depankanta pamirkan beberapa syiling lagi yg mungkin berkait dgn planchet errors.


                           Bahagian Belakang 10 sen 2004,terdapat kesan keretakan pada syiling
                        Bahagian muka syiling tidak terjejas

                     

              Bahagian belakang 5 sen 1997, Planchet begini selalu dijumpai dalam siri Bunga raya
                           Bahagian mka terdapat kesan seperti selaput logam pada keliling rim
                   

                      Bahagian belakang 10 sen 1981,seolah2 ada kesan retak
     Juga terdapat pada bahagian muka dan pada rimnya juga



                     
                          Pada bahagian tepi rim tidak begitu terjejas.....

 .
 

Rabu, 13 Julai 2011

DAMAGED PLANCHET ERRORS 20 SEN 2006

Planchet errors dijumpai pada sekeping syiling 20 sen 2006,errors ini juga biasa dijumpai dalam siri Parlimen.

                                    Bahagian belakang syiling 20 sen 2006
                          Bahagian muka tiada kesan error
                     
                             Kelihatan dengan jelas jalur-jalur yang timbul pada permukaan planchet.

Selasa, 12 Julai 2011

ABRADED COIN 20 SEN 1980

      Syiling siri Parlimen adalah siri yang jarang dijumpai kecacatan pada planchetnya berbanding dengan siri bunga raya yang banyak berlaku ketidak sempurnaan die yang digunakan untuk proses penempaan syiling.
      Sekeping syiling 20 sen 1980 ini didapati terdapat kesan yang unik pada planchetnya,kalau diperhatikan ianya bukan berlaku disebabkan kepanasan logam planchet kerana kesannya kelihatan seolah2 terguris halus pada die oleh sesuatu yg keras membentuk satu corak seperti kalung.

    Bahagian muka syiling 20 sen 1980

 Kelihatan kesan seperti cakar pada keliling planchet berada dibawah imej
                 Bahagian belakang syiling
                    Juga terdapat kesan seperti bahagian muka berada dibawah Huruf

Isnin, 11 Julai 2011

SINGLE CIRCLE 5 SEN 2004

Pencarian syiling yang terdapat ciri2 yang berlainan dengan syiling biasa adalah satu kerja yang rumit dan perlukan pemerhatian yg sangat teliti,kalau kita dalam keadaan sibuk atau tidak tenang jangan sesekali membelek2 syiling untuk mengesan syiling errors kerana anda mungkin terlepas pandang syiling2 yang mempunyai jenis2 errors yg istimewa.
          Sekeping syiling 5 sen 2004 ini pada mulanya disangka syiling yg terguris atau sengaja diguris,bila dilihat lebih teliti ianya didapati mempunyai ciri2 errors pada planchet dimana terdapat satu garis halus yang berada dibawah imej gasing..

                Bahagian belakang 5 sen 2004
                 Bahagian muka,perhatikan kedudukan garis halus yang timbul (bertebing) berada dibawah imej gasing.


                      Garis ini membentuk bulatan yg mengelilingi bahagian muka syiling
                    Pelawat juga mungkin ada memiliki syiling begini yg boleh dikongsi bersama....

Ahad, 10 Julai 2011

CONCENTRIC CIRCLES 5 SEN 2010

Adalah tidak mungkin ada orang yg sanggup memalsukan syiling 5 sen!..Biasanya kita akan jumpa syiling concentric circles pada syiling 50 sen dan rm 1 palsu,dan ini adalah cara yang paling mudah untuk mengenali syiling palsu.
 Depankanta temui sekeping syiling 5 sen 2010 yang mempunyai lingkaran berpusat ini yang kelihatan sama dengan ciri2nya dengan lingkaran syiling palsu.
  Depankanta belum jumpa error begini pada syiling 5 sen Malaysia dalam mana2 blog untuk dikongsi,bila dicari2 rupanya ada kawannya di USA...


                 Bahagian muka syiling 5 sen 2010

   Bahagian belakang syiling yg ketara kelihatan concentric circles
              Tidak menjejaskan angka "5"dan "2010"

            Huruf "MALAYSIA" didapati terjejas,lingkaran berada diatasnya..
     
              Dan huruf "NEGARA"pula tidak terjejas..lingkaran berada dibawahnya..
                                Bunga raya tidak terjejas tapi sebahagian daun terjejas..


   Mungkin ada perbezaan concentric circles antara syiling 5 sen diatas dengan syiling 50 sen dan rm 1 palsu ini...