Selasa, 13 September 2011

DIE DETERIORATION DOUBLING 2011

Tahun ini,2011 adalah tahun terakhir pengeluaran syiling siri bunga raya yg bermula sejak 1989.Walaupun depankanta terkilan juga sebab tiada lagi keluaran syiling 1 sen (terakhir 2007) tapi terpaksa akur dgn hakikat bahawa nilai 1 sen sudah tidak dipandang masyarakat hari ini.Bahkan depankanta mendapati syiling 5 sen juga semakin tidak diterima oleh masyarakat dan peniaga,mungkin syiling Malaysia siri ke 4 (20 tahun lagi?) syiling 5 sen pula dihentikan keluarannya!.
      Syiling keluaran 2011 agak terhad jumlahnya,walaupun jumlah rasmi sebenar setiap denominasi belum ada terlihat dimana2 nota @ blog.depankanta mengagak jumlahnya lebih kecil berbanding tahun2 sebelumnya,terutama denominasi 50 sen.
           Untuk perkongsian dalam post kali ini dipamirkan syiling 20 sen 2011 yg ditempa dgn die yg sudah agak lemah menyebabkan terdapat beberapa kecacatan

                                      Bahagian belakang syiling kelihatan kesan die deterioration doubling,sementara bahagian muka, imej sireh kelihatan tidak begitu jelas...
                                      Die deterioration doubling jelas pada angka "2011"dan "20",sementara beberapa bahagian imej dalam tepak sireh kelihatan tidak begitu jelas.
        Syiling error  2011 penting untuk disimpan kerana ianya adalah error terakhir untuk siri bunga raya..
nota: Numismatik biasanya tidak menganggap die deterioration doubling sebagai syiling error.

Isnin, 12 September 2011

WANG KERTAS RADAR

Bila melawat blog rakan2 Numis yg pamir koleksi wang kertas sangat mengkagumkan,terutama blog otai2 numis yg mempunyai pelbagai koleksi wang kertas yg mempunyai keistimewaannya tersendiri.Depankanta cuba juga mencari sekeping dua sekadar untuk suka2 lalu terjumpa wang kertas yang dikatakan mempunyai nombor RADAR.

                                     PREFIX : ABN9015109
                                

                                PREFIX:AAJ2235322

                                PREFIX:CA2985892
  Secara kebetulan ketiga2 not ini angka tengahnya "5".Sehingga hari ini depankanta masih tercari2 apa keistimewaannya not2 ini,apapun ianya menjadi salah satu buruan pengumpul jadi depankanta pun follow..hehehe
       Mungkin ada rakan2 blogger boleh ceritakan sikit tentang keistimewaannya...

Sabtu, 10 September 2011

STRUCK THROUGH ERRORS

Walaupun syiling 50 sen 2005 selalu dikaitkan dengan syiling palsu (kerana banyak dijumpai pd tahun2005),depankanta tidak abaikan pemerhatian pada syiling 50 sen 2005.
       Struck through error nampaknya mudah terjadi pada syiling 50 sen,Kemungkinan saiz permukaan dienya yg besar menyebabkan sesuatu objek mudah melekat atau terjatuh keatas die menyebabkan error begini terjadi.


                 Bahagian muka 50 sen 2005
               Bahagian belakang,perhatikan wujud satu garisan berparit dibawah huruf "SEN"
                    Struck through error terjadi disebabkan terdapat objek spt dawai,rambut dsb yg menghalang die menempa permukaan planchet sepenuhnya...perhatikan garisan berparit itu terjadi dibawah huruf...
     

ROTATED DIE 180 DEGREE 5 SEN 2003

 Antara syiling Malaysia siri bunga raya yg paling sukar ditemui rotated die adalah pada denominasi 5 sen.Depankanta pernah pamirkan dalam post dahulu syiling 5 sen 1999 yg darjah pusingannya sekitar 150-160 darjah dan sekeping syiling 1 sen yg pusingannya 180 darjah.
   Untuk post ini dipamirkan pula sekeping syiling 5 sen 2003 yg darjah pusingannya 180 darjah!....


                              Bah.belakang syiling 5 sen 2003 (reverse)
                                      Bah.muka  (obverse)
                              Kedudukan imej belakang dan muka bila syiling ini diletak atas cermin.
 
           
       Darjah rotated dienya menjangkau 180 darjah,sesuatu yg sangat sukar ditemui pada denominasi ini.Rarity dan premium utk syiling ini hanya boleh dirujuk pada pakar2 Numismatik.

Jumaat, 9 September 2011

DOT & CIRCLES 20 SEN 2011

Penemuan sekeping syiling 20 sen 2011 ini hampir melengkapkan ciri2 dot dan circles 2011 pada semua denominasinya...depankanta pernah pamirkan syiling 5 sen dan 50 sen 2011 yg mempunyai tanda2 ini pada bahagian tengah2 permukaan syiling.
          Pada syiling 5 sen ianya terjadi pada bahagian muka syiling dan 50 sen terjadi pada bahagian belakang.Mengikut beberapa blogger numis kemungkinan keadaan ini adalah salah satu variti syiling 2011,penemuan syiling 20 sen ini menguatkan lagi kemungkinan ini.

                                       Bahagian belakang syiling 20 sen 2011 yg terdapat bintik2 berbentuk bulatan ditengah2 syiling
                                  Bahagian muka syiling tiada kesan bintik2
                                 Syiling 50 sen juga terdapat bintik2 pada bah.belakang
                                    Syiling 5 sen pada bah.muka

        Depankanta belum menemui istilah sebenar yg khusus dari Numismatik untuk fenomena ini,mungkin ianya sesuatu kejadian baru yg wujud pada syiling Malaysia.Kita tunggu kemunculan syiling 10 sen pula....