Sabtu, 17 September 2011

ROTATED DIE CLASH

Rotated die error 2005 yang pernah dipamirkan menunjukkan bagaimana syiling tersebut telah ditempa dengan penyelarasan die bawah dan die atas tidak selari menyebabkan imej pada kedua permukaan syiling tidak pada kedudukan 180 darjah sebagaimana sepatutnya.Sementara die clash pula disebabkan die yg rosak akibat tertempa sesama die tanpa planchet,gambaran ini telah banyak dipamirkan.
     Post kali ini dipamirkan satu error yg agak istimewa,iaitu clash die terjadi secara rotated berbanding dgn tempaan imej sebenar.

                        Bahagian belakang syiling 1 sen 2005,imej rebana (die clash) terbalik dgn kaki rebana diatas

                                Bahagian muka pula,imej bunga raya terbalik dan berada kedudukan bawah

                       Berbanding dgn syiling 1 sen yg pernah dipamirkan(kanan),imej pada syiling ini terbalik pada kedudukan 180 darjah


       Tambah istimewa syiling ini terjadi rotated die clash pada kedua2 permukaannya...Bagaimana keadaan ini boleh terjadi hanya pakar numismatik saja boleh menjawabnya......

Jumaat, 16 September 2011

FINNED EDGE

Antara error yg terjadi pada rim syiling adalah finned edge error,walaupun biasanya syiling2 yg baru keluar dari kilang error begini agak senang diperolehi tapi ukuran bagi error ini adalah ketinggian fin yang kelihatan dan untuk mendapatkan syiling begini begitu sukar sekali.
     Rim syiling pada asalnya direka bentuk untuk melindungi imej,huruf,angka dan lain2 details yg terdapat pada permukaan syiling.Sebagai pelindung ianya direka sebagai permukaan yang paling tinggi pada sesekeping syiling,namun dalam keadaan tertentu rim ini pula terpaksa dilindungi oleh pengumpul untuk menjaga finned error supaya tidak rosak....

                          Bahagian hujung rim kelihatan tinggi kerana terdapat lebihan logam yg nipis pada syiling 1 sen 2007 ini.Finned edge terjadi pada bahagian muka syiling.

 

                               Finned edge error dapat dirasakan ketinggiannya dengan jari....
                             Biasanya jika syiling ini sudah lasak,finned edgenya akan rosak dan terlipat...
                             
Untuk mendapatkan penjelasan Numis tentang error ini sila lawat blog whycollect dan Mr.Dickson Niew.
http://whycollect.blogspot.com/
http://dniewcollectors.blogspot.com/


WANG KERTAS GANTIAN

Dalam kesibukan persiapan menyambut kedatangan hariraya tempoh hari sempat depankanta bertanyakan kawan2 yang pulang dari perantauan tentang duit2 istimewa yg mereka ada...dengan senang hati beberapa orang kawan memberikan beberapa keping yg prefixnya adalah wang gantian..
    Untuk perkongsian bersama dipamirkan beberapa keping wang tersebut...

                                Not rm 10 RADAR  NE6147416
                           

                         Wang gantian rm50 ZD0368071      

                               Wang gantian rm50 ZB0498354

                             Wang gantian rm50 ZB1406994


                              Wang gantian rm100 ZC0215398
                       Tidak pula diketahui sejauh mana nilai numis pada wang kertas gantian ini,namun ianya salah satu wang kertas yang menjadi buruan pengumpul...

Khamis, 15 September 2011

RIM CUD ERROR

Die chip error yg banyak dijumpai pada syiling 1 sen 2004 dan 2005 juga dikenali dengan coin cud error.Entah apa silapnya bagi syiling 1 sen Malaysia kebanyakan coin cud error terjadi pada huruf "2004" dan "2005".Berlainan dgn syiling2 luar negara yg banyak terjadi cud error pada rim dan ini lebih dikenali dgn rim cud error.
  Pada teknikalnya error ini terjadi disebabkan sebahagian die telah terserpih menyebabkan apabila die yang "rongak" tadi menempa planchet ianya akan menghasikan syiling ada logam yg timbul pada permukaannya.Bila bahagian tepi die yg terserpih ia akan memberi kesan pada rim syiling dan inilah yg dikenali rim cud error.Sekiranya anda mempunyai banyak koleksi syiling 1 sen mungkin tidak begitu sukar bagi anda utk menjumpai error begini.Depankanta pamirkan sekeping syiling 1 sen 2006  rim cud error untuk dikongsi bersama.

                   Bahagian belakang syiling 1 sen 2006 yg juga ada kesan die crack error

                   Bah.muka syiling kelihatan dua lebihan logam yg timbul pada rim dan juga pada tepi rebana.Keadaan ini terjadi disebabkan die yg terserpih dibahagian2 ini.



Rabu, 14 September 2011

DEFECTIVE DIE 1 SEN 2007

Bukan perkara mudah untuk menentukan kategori error pada syiling,semuanya ada piawaian  khusus yg diterima pakai oleh Numismatik antarabangsa.Bagi kita di Malaysia pengumpulan syiling error adalah satu bidang baru yg mula mendapat perhatian pengumpul2,berbanding dengan bidang mengumpul mata wang lama,bidang ini lebih mencabar kerana banyak melibatkan soal teknikal yg perlu diketahui.
      Dengan rujukan yg terhad,kebanyakan pengumpul syiling error Malaysia masih tercari2 kategori yg sebenar utk sesuatu penemuan.Bagi depankanta,peranan yg dimainkan oleh blogger Numis spt.nucoins,Mr.Dickson,lunaticg,whycollect,mnfaj (sekadar menyebut beberapa nama) adalah sangat membantu.Meskipun kadang2 ada juga berlaku pendapat yg berlainan tapi ini adalah perkembangan yg baik utk pembelajaran.Kehadiran mereka bersama blog masing2 yg bermula pada era 2000 adalah tepat pada waktunya kerana hari ini Internet sedia menghubungkan kita semua.
       Untuk post kali ini dipamirkan sekeping syiling 1 sen 2007 yg terjadi error sama dgn syiling 1 sen 2006 yg pernah dipamirkan dlm post terdahulu.

                                        Bah. muka 1 sen 2007,kelihatan sebahagian planchetnya timbul hampir menutup sebahagian imej rebana.Pada awalnya disangka ada sesuatu yg tidak kena pada planchet tapi bila diamati semula keadaan ini kemungkinan terjadi disebabkan keadaan die yg tidak sempurna.

                                    Bah.belakang syiling kelihatan tidak begitu terjejas
                                      Keadaan syiling bila diletak bawah cahaya terang

               Mungkin para pelawat ada pendapat lain yg lebih tepat untuk dikongsi bersama.......