Jumaat, 18 November 2011

STRIKE THROUGH GREASE

Gris adalah sejenis minyak pelincir yg likat.Ianya tentu digunakan dalam proses penyilingan bagi menyejuk dan melicinkan die secara berjadual dan berterusan.Penggunaan gris ini tentu dikawal dan diseliakan dengan betul teknikalnya supaya kehadirannya tidak menganggu imej2 pada die semasa proses penempaan.
     Selalu kita jumpa beberapa spesimen dipamirkan oleh pengumpul syiling error berkaitan kerosakan syiling yg disebabkan oleh gris spt filled die error dan strike through grease error.Kesan gris ini pada syiling kadang2 boleh terkeliru dgn kesan kerosakan yg terjadi diluar kilang (PMD)..
    Perkongsian disini adalah sekeping syiling 20 sen 1998 yg sangat jelas kehadiran gris semasa proses penempaan.Syiling ini sangat sesuai untuk pengumpul melihat bagaimana gris merebak bila ditempa oleh die....
                      Bahagian muka syiling 1998 yg ketara kelihatan kesan gris yg merebak kearah rim

                       Tompokan gris asalnya mungkin berada ditengah2 planchet,bila die menempa keatasnya gris itu merebak keluar dan meninggalkan kesan yg jelas pada syiling ini.

    Bahagian belakang syiling 1998 ini tidak terjejas kerana gris hanya berada pada bahagian muka planchet

                 Strike through grease pada syiling 50 sen yg dipamirkan post terdahulu kelihatan berlainan kesannya.Ini bergantung pada jenis gris,suhu dan tekanan die semasa proses penempaan.

                   Syiling 20 siri Parlimen ini yg juga pernah dipamirkan ini lain pula kesannya.....

   

Khamis, 17 November 2011

PMD @ MINT ERRORS

Syiling 50 sen 2001 ini mengikut pendapat depankanta adalah syiling tulin,keadaan permukaan planchetnya yg ketara menampakkan kelainan dari syiling biasa menjadikan syiling ini istimewa.
     Keseluruhan kedua permukaan syiling ini terdapat kesan hakisan logam.Berbagai kemungkinan boleh diandaikan pada sekeping syiling ini,samada Post Mint Damage (PMD),strike through grease,lamination error atau apa saja striking error...
                                     Seluruh permukaan planchetnya terjejas teruk....

                    Bagi mempastikan samada ianya mint error atau PMD,terdapat tempat perlu diberi penelitian..
                           Bahagian muka syiling ini juga kelihatan kesan yg sama...

                             Kalau difokuskan pada beberapa bahagian tertentu,kelihatan kesan mengelupas yang merupakan ciri2 lamination error....
             Mungkin pakar-pakar syiling error kita dapat membantu kenal pasti kategori sebenar syiling ini

Rabu, 16 November 2011

BUAH CONGKAK DI LUAR CONGKAK

Kedudukan biasa buah congkak pada syiling 10 sen bunga raya semuanya adalah berada dalam lubang congkak,namun penemuan sekeping syiling 10 sen 2005 ini didapati terdapat buah congkak yg berterabur atas tikar dan sekitar luar kawasan congkak...

                                   Small die gouge,mungkin istilah numis yg paling tepat untuk keadaan error begini,beberapa titik berupa logam yg timbul berbentuk bulat dan saiznya sama dengan buah congkak.Ianya dijumpai bertaburan dalam kelompok sekitar imej congkak.syiling ini juga didapati terdapat sedikit kesan die clash.

        Perhatikan titik "extra dot"ini yg berbentuk separuh bulatan yang sama saiznya dengan buah congkak.
                       Tiada kesan error pada bahagian belakang syiling 2005  ini
                     

Isnin, 14 November 2011

STRIKE THROUGH

Strike through errors,dalam keadaan tertentu agak sukar dibezakan dengan filled die errors.Biasa ditemui beberapa spesimen strike through errors melibatkan minyak gris yang mungkin digunakan untuk melicin dan menyejukkan die dalam proses penyilingan..
      Syiling strike through error kadang2 boleh dikelirukan juga dengan kerosakan yg terjadi diluar kilang (PMD).Terdapat ciri2 yg perlu diberi perhatian bagi membezakan antara dua kategori syiling ini,antaranya ialah meneliti secara terperinci kesan yg terjadi pada imej tertentu.
     Dipamirkan sekeping syiling 10 sen 1982 yg jelas dapat membezakan strike through error dgn syiling PMD
                    Perhatikan tingkap2 pada bangunan Parlimen yg masih kekal bentuk asal walaupun sebahagian atas lapisan logam planchet telah rosak.Sekiranya diguris atau terguris oleh sesuatu tentu ianya akan meninggalkan kesan garis berlubang dan bertebing ,tidak akan menampakkan imej begini.

       Tiada kesan bertebing  pada keseluruhan bahagian yg terjejas..Sekiranya dititik apa jua jenis asid yg kuat ianya akan menjejaskan syiling secara mendatar dan terdapat kesan perbezaan logam antara bahagian yg terkena asid dan yg tidak terkena.Bahan atau objek sebenar yg berada antara die dan planchet ini semasa tempaan masih menjadi teka-teki depankanta.

                       Tidak menjejaskan pada bahagian belakang syiling

  Syiling ini dipamirkan bagi tujuan perkongsian dan bertukar pendapat,sekiranya pengunjung ada idea yg lain adalah sangat dialu2kan untuk perkongsian bersama...

Ahad, 13 November 2011

TRIPLE DIE CLASH

Syiling 10 sen siri bunga raya adalah antara syiling yg sukar dijumpai terjadi die clash errors,berbanding dengan siri Parlimen yg banyak dijumpai imej "0" pada bahagian muka syiling terutama syiling 10 sen tahun 1981...
        Sekeping syiling 10 sen 1999 dijumpai agak berlainan dengan imej die clash yang biasa,dimana akibat dari "pertembungan"sesama die yg tertempa tiga kali menyebabkan kesannya dapat dilihat dengan jelas pada permukaan syiling..

                                      Syiling 10 sen 1999 (belakang),jelas dapat dilihat kesan tertempa tiga kali die atas dan die bawah menyebabkan bila die atas (hammer die) yg rosak itu menempa planchet begini lah jadinya..
              Jarang dijumpai kesan ghostly die clash pada syiling 10 sen yang hampir lengkap begini....

                           Pada bahagian muka syiling tidak ada apa2 kesan die clash...