Sabtu, 3 Disember 2011

PASIR MAS BANJIR (3)

Banjir ditengah-tengah bandar Pasir Mas 1967,Rumah yg kelihatan adalah ISTANA DUSUN GREEN hari ini...Rimbunan pokok jati tempat makcik Embun jual nasi kerabu telah bertukar menjadi bangunan RHB bank..


                              Pasir Mas  2011                                       1967


Foto lama Bandar Pasir Mas yg dipamirkan ini menggamit nostalgia dan rasa pilu dihati mereka yg berasal dari sini.,suasana depan pasar lama Pasir Mas ini tentunya pernah dirasai oleh mereka yg berada pada generasi itu.....
        2011,Pasar  telah bertukar menjadi bangunan Serangkai Emas namun jika diperhatikan masih terdapat kedai-kedai yg kekal utuh hingga hari ini..
                               
                                 Pasir Mas 2011                                 Pasir Mas 1970

      Jutaan Terima kasih dari Blogger2 dan pelawat Pasir Mas untuk Pengurus kedai foto SENIBUDI.Mr.Mat even...

Jumaat, 2 Disember 2011

DIE ERRORS

Syiling 50 sen 2011 keluaran terakhir siri ke-2 nampaknya dijangkiti berbagai errors.Penggunaan die yg sudah "keletihan"(istilah Mr Dickson) mendominasi kategori error yg terjadi.
         Sebagai spesimen untuk perkongsian bersama,dipamirkan sekeping syiling 50 sen 2011 yg dikesan terdapat berbagai error yg terjadi disebabkan kelemahan die.

                             Bahagian belakang syiling 50 sen 2011

        Pada bahagian colar rim,kerosakan die pada bahagian ini menyebabkan tempaan yg tidak sempurna

               Panah merah: die crack,bulatan merah: repaired die yg dibuat secara manual menggunakan tangan?.Ciri2 repaired die begini biasanya dijumpai pada syiling palsu sahaja.Panah kuning: filled die @ strike through error.

                                          Pada bahagian muka syiling ini tiada kesan error

     
              

Khamis, 1 Disember 2011

DIE CLASH 2011

Syiling 50 sen 2011 pada mulanya dijangka akan termasuk dalam kategori rare atau keydate kerana pada awal edarannya terlalu sukar diperolehi terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung,namun sejak kebelakangan ini didapati agak mudah diperolehi mungkin stok baru telah dikeluarkan atau cara agihannya dibahagi pada beberapa peringkat tertentu....
      Dalam membelek2 syiling 50 sen 2011 ini,depankanta terjumpa sekeping yg ada kesan die clash yg agak ketara pada kedua permukaannya...
                                Bahagian muka (obverse) syiling 50 sen 2011,kesan die clash yg agak ketara...


                             Bahagian belakang juga terdapat kesan yg sama....

        Dengan penemuan kesan die clash pada syiling 2011 ini menggambarkan bahawa fenomena berlaku pertembungan(clash)antara die ini adalah satu fenomena yg tidak dapat dielakkan dalam proses penyilingan,ianya boleh terjadi pada semua denominasi dan pada setiap tahun keluarannya....

Rabu, 30 November 2011

RTR DIE CRACK 2000

RTR (Rim To Rim) die crack error agak sukar dijumpai terutama pada syiling bersaiz besar seperti 50 sen 2000 ini,tambah pula ianya terjadi pada bahagian muka syiling yg bererti keretakan terjadi pada die bawah(anvil die).Pelayaran dalam blog rakan2 numis mendapati sekeping syiling yg hampir sama telah pun dipamirkan oleh Blogger mnfaj yg juga merupakan pakar dalam beberapa kategori syiling error.
              Die crack biasanya bila terjadi akan terus membesar jarak dan luas keretakannya.Sekiranya kerja2 menempa oleh die yg rosak ini tidak dihentikan maka banyak syiling yg sempat ditempa oleh die ini..
              Pemerhatian yg teliti perlu bagi menentukan syiling yg mana ditempa dahulu antara kepunyaan ,mnfaj dan depankanta!....
 

                               Depankanta berpendapat syiling yg retak begini sekiranya dibiarkan akan mudah terserpih pada die dan akan membentuk cud yg besar tapi sehingga sekarang belum dijumpai pada syiling 50 sen 2000,mungkin kerosakan ini telah dibaiki dan tidak banyak yg sempat ditempa oleh die yg rosak ini...

                          Tiada apa2 kesan error pada bahagian belakang syiling ini.....
Bagi melihat syiling hampir sama yg dipamirkan oleh blogger mnfaj sila lawat:
http://mnfaj.blogspot.com/2011/11/164-50-sen-2000-die-crack-rtr-and-die.html

Selasa, 29 November 2011

STRIKE THROUGH OBJECT

Strike through error yg terjadi pada sekeping syiling 50 sen 2010 ini menarik dan agak besar objek yg berada antara die atas (hammer die) dan planchet semasa proses penempaan.

                    Pemerhatian yg teliti diperlukan untuk memastikan samada ianya adalah syiling strike through error atau PMD.Satu ciri yg perlu diberi perhatian ialah bentuk lurah yg terjadi,bagi lurah strike through error adalah berkeadaan sedikit landai dan tidak bertebing(timbul serpihan logam) kerana ianya terjadi dalam keadaan planchet lembut akibat kepanasan.Sementara syiling PMD pula tebingnya akan curam kerana terjadi/dibuat dalam keadaan syiling yg sejuk dan keras..Bantuan dari kanta yg berkuasa lebih 30x kadang2 perlu bagi mengenal pasti error begini.

                Strike through dgn objek yg sama akan terjadi hanya pada satu permukaan syiling sahaja..Bahagian muka syiling 2010 ini tiada apa2 kesan.

                             Perhatikan lubang2 dan keadaan lurah yg ada pada syiling 20 sen PMD ini....