Jumaat, 9 Disember 2011

SA-PULOH RINGGIT

Santai dihujung minggu di tengah2 pusat bandar Kota Bharu,berselera sekali bila makan nasi kerabu berlaukkan daging bakar ..Sambil menghirup kopi o panas macam2 cerita boleh didengar bila berada di kedai kopi begini,pelanggan yg sudah selesai makan sengaja memanjangkan cerita kerana diluar hujan masih lebat...
        Bila hujan mulai reda orang mula keluar menuju hajat masing2..Melihat depankanta keseorangan di meja,tauke kedai makan PAK YA datang dan duduk bersembang.Macam biasa depankanta cuba menarik beliau bercakap pada topik "wang"tapi bukan "kewangan'!,Tauke atau nama panggilannya Pakya tiba2 bangun dan masuk kedalam dan keluar semula membawa sekeping wang kertas dalam salutan plastik.
       Bila diamati wang itu adalah wang kertas "sa-puloh ringgit water mark agong',..Belum sempat depankanta buka soalan dia cepat2 beritahu "ini duit palsu,ramai sain2 kawe kena tipu","kawe mitok demo bubuh dale blok,royat ko ore jange beli duit lagu ni!"....(ini wang palsu,ramai kawan2 saya kena tipu,saya minta awak masukkan gambar dlm blog.beritau orang jangan beli duit begini).....
      Sebagai memenuhi permintaan Pak Ya,dipamirkan wang tersebut untuk tatapan dan peringatan semua....


Tidak pula diceritakan bagaimana dan mengapa beliau memperolehi wang palsu ini...."SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU"....
      

ROLLING FOLD

Dalam post terdahulu telah dipamirkan sekeping syiling 10 sen 2011 rolling fold yg ada perkongsian dengan pakar Numis nucoins.Untuk perkongsian kategori error ini dipamirkan pula 2 keping syiling 1 sen 2006 & 2007 untuk kita sama2 melihat adakah syiling cladding juga boleh terjadi rolling fold.
                                 1 sen 2007


                                1 sen 2006

Post yang berkaitan:...
http://depankanta.blogspot.com/search/label/ROLLING%20FOLD%20ERROR

Rabu, 7 Disember 2011

DIE CLASH 50 SEN PALSU

"SELAMAT KEMBALI KE SASANA BLOGGER NUMISMATIK",ISTIMEWA UNTUK  BLOGGER WHYCOLLECT.
                  Setelah menghilang sekian lama,sebagaimana yg dijanjikan akhirnya rakan blogger WHYCOLLECT muncul kembali ke arena Numismatik bagi memeriahkan semula blog2 numis yg ada.Depankanta dan rakan2 blogger yg lain dengan gembira mengucapkan selamat kembali semoga whycollect bertambah ceria dan "membawa pulang" berbagai koleksi yg istimewa untuk dikongsi bersama..

                  Setiap kali terpandang syiling ini depankanta akan segera mengingati whycollect....


          Untuk perkongsian bersama dalam post ini,dipamirkan sekeping syiling palsu 50 sen 2000 yg jelas kelihatan kesan die clash.

              Sebagaimana yg di ketahui,syiling 50 sen palsu dibuat menggunakan kaedah atau proses yg sama dengan syiling tulin.Mereka juga tidak terlepas dari ciri2 error yg sama spt die clash ini...

                             Die clash ini terjadi pada kedua permukaan syiling...


Selasa, 6 Disember 2011

DIE PROGRESSION (DIE CHIP ERRORS)

Die progression adalah fenomena biasa dalam beberapa kategori errors,bila terjadi die crack,die break atau die chip errors adalah disebabkan kerosakan pada die.Kerosakan yg terjadi pada die ini lama kelamaan akan terus bertambah besar atau panjang.Dalam kategori die chip error yg terjadi disebabkan sebahagian die telah terserpih dan semakin lama semakin luas @ besar.Perubahan yg terjadi pada die ini dapat dikesan pada keadaan syiling yg terhasil oleh tempaan die itu.
                     Bagi pengumpul syiling error,adalah sesuatu yg istimewa bila dapat kumpulkan beberapa keping syiling yg menampakkan perubahan yg terjadi pada die atau dalam istilah numismatik "die progression"
      Dalam post ini dipamirkan tiga keping syiling 1 sen 2004 die chip error yg jelas dapat dilihat die progression.

                                Bahagian belakang syiling pertama 1 sen  2004

                                 Syiling ke-dua....

                                Syiling ke-tiga

      Untuk memudahkan pemerhatian,sila fokus pada satu tempat yg terjadi die chip error spt di huruf "N" ini.

                           Perubahan dapat dilihat,ianya semakin membesar....

                              Dan semakin ketara....

     Sekiranya disusun begini seolah2 ianya adalah mengikut tertib giliran selepas di tempa...

    Depankanta sedang usahakan untuk dapatkan sebanyak mungkin siri Die progression untuk perkongsian bersama

Isnin, 5 Disember 2011

MINOR BROADSTRIKE

Broadstrike error yg biasa adalah bagi kategori syiling yg ditempa tanpa collar dan planchet akan menjulur keluar sedikit melebihi saiz biasa,dalam keadaan tertentu broadstrike juga ada kesan off centre error tapi yg jelas membezakannya adalah bagi syiling broadstrike semua detail,huruf,imej dan angka yg ada tidak terjejas dan semuanya masih kelihatan,sekiranya sebahagiannya telah hilang semasa proses penempaan ianya adalah off centre error..Keadaan ini hanya boleh dilihat pada syiling yg agak ekstrem kesan kedua2 error ini.
      Bagi perkongsian tentang error ini,depankanta hanya mampu pamirkan sekeping syiling yg ada sedikit ciri2 broadstrike atau minor broadstrike...
                                Syiling 1 sen 1998 dgn ciri2 minor broadstrike....

                                Syiling 1 sen agak sukar ditemui yg ketara kesan broadstrike berbanding dgn syiling2 lain.Syiling 1998 ini masih kelihatan collar rim pada bahagian muka kerana kesan broadstrike hanya sedikit sahaja.

                      Berbanding dgn syiling 1 sen lain,syiling broadstrike agak lebar sikit saiz diameternya dan collarnya menjadi hampir rata....
       Bagi lebih memahami dan melihat spesimen broadstrike error yg ekstrem/major, pelawat boleh lah merujuk blog pakar2 numismatik yg ada..