Selasa, 6 Mac 2012
Sabtu, 25 Februari 2012
STRIKING ERROR
Striking error biasanya mendapat lebih premium berbanding die error.Error yg terjadi semasa proses penempaan syiling ini berlainan dengan error yang disebabkan oleh kerosakan pada die spt die chip,die crack dll.
Sekeping syiling 20 sen 1976,terdapat kesan tempaan yg agak unik terjadi pada tepi rim sekitar jam 11.00.Corak yg terbentuk adalah menyerupai bunga tepi rim.Sukar untuk memastikan apakah yang sebenarnya terjadi melainkan pakar2.
Bahagian belakang syiling 20 sen 1976,perhatikan pada jam 11.00 terdapat tanda bekas tempaan yg unik.
Kelihatan bentuknya seperti corak pada tepi rim
bahagian sisi @ edge syiling tidak terjejas,tiada tanda2 PMD
Bahagian muka syiling juga tiada kesan error...

Jumaat, 24 Februari 2012
WORN DIE WORN COIN
Worn die selalu menjadi pertanyaan dikalangan mereka yg baru menceburi bidang syiling error.Berbagai sangkaan dibuat bila terjumpa syiling2 begini dan kebanyakannya dibiarkan atau dibelanjakan saja kerana dilihat tiada apa yg istimewa pada syiling ini.
Pernah depankanta tunjukkan syiling ini pada tukang emas dan mereka memberitahu keadaan ini disebabkan kepanasan logam semasa proses penempaan..Sangkaan itu tentu tidak tepat kerana dalam proses penyilingan, suhu tidak begitu mempengaruhi keadaan syiling.
Dalam post terdahulu telah dipamirkan syiling 5 sen dan 10 sen worn die error,untuk perkongsian kali ini dipamirkan pula syiling 20 sen 2005 untuk dinilai bersama....
Ciri-ciri worn die lebih jelas pada bahagian belakang syiling.Sayang sekali dijumpai syiling ini dalam keadaan yg sudah lasak jadi worn die dijumpai pada worn coin.
Bahagian muka juga terdapat kesan worn die dan worn coin...
Khamis, 23 Februari 2012
MINOR ERRORS DARI SINGAPURA
Beberapa kategori error penting dilihat samada terjadi minor atau major error,namun penemuan minor error bukan bererti error berkenaan sampai disitu sahaja.Beberapa jenis minor error lama kelamaan akan menjadi major error sekiranya pihak kilang membiarkannya.
Penemuan minor error pada syiling keluaran tahun tertentu memungkinkan kita akan menemui major error yg ditempa dalam batch yg sama.Untuk post hari ini dipamirkan penemuan minor error pada syiling 5 sen Singapura.
Ciri-ciri Finned rim @ finned edge kelihatan pada syiling Singapura keluaran tahun 2005 ini.
Lebihan logam hujung rim agak ketara dan dapat dirasai pada hujung jari...
Syiling 5 sen 1989 ini pula terdapat ciri-ciri broadstrike error dimana rimnya menjadi leper dan lebar hampir menyamai ketinggian huruf dan imej yang ada pada permukaan.
Ciri-ciri broadstrike ini didapati terjadi pada kedua permukaan syiling
Penemuan kedua minor errors ini adalah satu permulaan untuk menemui error yg lebih major bagi syiling keluaran batch yg sama.

Rabu, 22 Februari 2012
SYILING BERBICARA 5 (1 SEN 1970)
Syiling buatan kilang Hamburg Mint,Germany ini terus menjadi goreng pisang panas macam hamburger disana juga. dengan jumlah tempaan sebanyak 2,535,000 menjadikan syiling 1 sen 1970 ini sangat sukar dijumpai.Syiling buatan negara asal kereta VW ini juga dapat dikenali secara mudah dgn pemerhatian pada rimnya yg agak tebal sedikit selain tempaannya yg cantik dan kemas.
Pemburuan syiling 1 sen 1970 ini menjadi semakin sukar sejak BNM menarik semula syiling 1 sen dari edaran dan tidak lagi mengeluarkan syiling 1 sen dalam siri ke3.Bagi pengumpul yg idamkan syiling 1 sen terpaksa mengatur langkah panjang apa tah lagi untuk mencari syiling 1 sen siri pertama atau Parlimen.Bila dijumpai siri Parlimen,terpaksa pula bertungkus lumus mencari syiling 1 sen 1970 yang paling kecil pengeluarannya.
Mengikut pendapat pakar2 numismatik Malaysia,terdapat juga syling 1 sen 1970 yg diperbuat dari copper clad steel selain dari logam copper yg menjadi logam biasa syiling ini.Spesifikasi syiling copper:
Berat : 1.9500 gm
Diameter :18 mm
Ketebalan : 1 mm
Mr Dickson Niew pernah menulis bahawa hingga sekarang hanya tiga keping syiling 1 sen 1970 copper clad steel yg dapat dikesan.Pemburuan syiling ini hanya memerlukan magnet kerana perbezaan utama antara syiling copper dan copper clad steel ialah syiling2 copper tidak lekat magnet dan sebaliknya pada syiling copper clad steel,keadaan ini terbalik pada syiling keramat 1 sen 1976 copper yg sedang menjadi fokus pengumpul kini kerana syiling 1976 biasa adalah copper clad steel manakala syiling bertuah adalah dari bahan copper.
Bila melihat harga terkini dalam ebay,harga syiling 1 sen 1970 yang ditawarkan mencecah rm118 dan sebanyak 23 bit direkodkan pada 21.2.2012,bererti pembida terakhir itu sanggup membayar harga rm150.00.Depankanta mengagak harga ini akan terus meningkat dgn mendadak dan tidak mustahil nilai logam syiling 1 sen 1970 ini sama atau lebih dari nilai emas tulin suatu hari nanti.
1sen 1970 copper
ebay 21.2.2012

Langgan:
Catatan (Atom)