Sabtu, 5 Mei 2012

GINSENG CINA

     Hujung minggu ini,depankanta hanya terperap dirumah.Terfikir pula apa yg nak dikongsi dgn pelawat dalam ruangan santai hujung minggu, tiba-tiba bila menjenguk melalui tingkap terpandang sudut halaman dibelakang rumah yg dah lama tidak dipedulikan lantaran sibuk dgn aktiviti membelek syiling...Ruang halaman belakang rumah yg sempit ini biasanya ditanam dgn berbagai tanaman ringkas spt tomata,cili dll...

                          Dari jendela kelihatan semak samun seperti kebun yg tidak terurus.....Tiba-tiba terpandang satu kelompok dalam rimbunan itu.......

     Bentuk daun dan warna bunga ini mengingatkan sesuatu......

         Setelah disahkan rumpun ini adalah tanaman Ginseng Cina,depankanta bersihkan sedikit kawasan sekitar....Yang tinggal hanya pokok Ginseng Cina,depankanta perolehi benih asal pokok ini dari seorang kenalan yg merupakan taukeh kedai ubat cina dibandar Tanah Merah....

   Bila digali,didapati akarnya masih muda dan belum membentuk seperti yg dikehendaki...

 Walaupun ramai yg menganggap pokok ginseng ini sukar ditanam,tetapi jika kena dgn keadaan tanah dan cuaca ianya adalah mudah seperti menanam pokok ubi keledek...Ambil sedikit batangnya yg ada mata tunas dan tanam ditempat yg agak teduh...

        Bagi mereka yg biasa dgn Ginseng Cina ini akan mengetahui khasiatnya yg telah diiktiraf oleh perubatan moden....Antara khasiatnya yang utama ialah dapat melancarkan perjalanan darah yg tersumbat yg menjadi punca berbagai penyakit kronik....

         Ginseng Cina juga lebih dikenali sebagai akar Som sangat dikenali dikalangan pengamal perubatan Cina kerana khasiatnya yang terbukti sejak beribu tahun dulu... Selain Ginseng Cina (Talinum paniculatum Gaertn) terdapat juga Ginseng Korea dan Ginseng Amerika.Dengan permintaan yg tinggi sekarang tanaman Ginseng ini telah dibuat secara komersial dan ditanam diladang2 namun Ginseng yg tumbuh liar tetap lebih bernilai....
       SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU.......

Rabu, 2 Mei 2012

ASAS KENALI SYILING DD,DDD,MDD

      Perbincangan berkaitan syiling error akan melibatkan berbagai kategori dan berbagai variti die.Antara variti yg paling menarik dan mendapat premium paling tinggi dikalangan pengumpul antarabangsa adalah syiling DOUBLED DIE,namun terdapat pula beberapa kekeliruan dalam mengenal pasti syiling2 Doubled die ini.MECHANICAL DIE DOUBLING (MDD) DAN DIE DETERIORATION DOUBLING (DDD) adalah antara yg  selalu menyebabkan kekeliruan ini.

      Dengan pengetahuan yang terhad,depankanta memberanikan diri untuk berkongsi berkaitan ketiga-fenomena yg menarik ini dan diharap dapat berkongsi dgn pakar2 kita.Paparan dan tulisan ini dipamirkan khas bagi memudahkan pengumpul2 syiling error untuk mengenali DD,MDD dan DDD secara asas dan ringkas.Untuk penerangan yg lengkap dan tepat dicadangkan agar pelawat merujuk pada pakar2 kita yg sedia membantu...


DD

Berikut adalah tafsiran umum Doubled Die oleh pakar-pakar antarabangsa.

DOUBLED DIE (DD)

"Definition: A Doubled Die coin is a coin which has been struck with a double hubbed die.
That means a die which was hubbed (the design impressed on it from a hub), and then hubbed again but the designs did not match up exactly.

That leaves two or more "images" on the die. The original image is called the secondary image, because the newer image is higher in relief.
There were many reasons for the second hubbing, from the multiple-squeeze hubbing process, to replenish the design, or to change the date and use the die for another year.
    There are many classes of hub doubling: Offset, Rotated, Pivoted, design differences, and more.
In the case of a Doubled Die, the second image is "added" to the first.
In the case of Strike Doubling, the second image "smashes" the first image.
"


Untuk keterangan lengkap berkaitan pengenalan syiling doubled die,sila lawat:

Secara spesifiknya,Pakar-pakar mengklasifikasikan Doubled Die kepada lapan (viii) klas.

Double Die Classification:
  1. Class I: Die being re-hubbed is rotated near the center of the die from the position it was in during the original Hubbing.
  2. Class II: Design features on the Die/Hub become distorted or miss-shaped during the annealing/tempering process causing the images to no longer align properly when being re-hubbed.
  3. Class III: Happens when working hubs with different designs features are used to Hub a Die.
  4. Class IV: Happens when a Die is moved off center in the Hubbing Press from the position it was in during the initial Hubbing.
  5. Class V: Happens when a Die is pivoted around a point near the rim during the rehubbing process.
  6. Class VI: Happens when a Hub is overused and the design features become thickened or flattened creating thick design features on the Working Dies.
  7. Class VII: Happens when a Die being Hubbed is impressed with a normal hub and a then re-hubbed using a hub that has had its features changed or removed
  8. Class VIII: Happens when the top of a Die being Hubbed is not parallel to that of the Hub.


Doubled terbahagi pada DDR (doubled die reverse) dan DDO (doubled die obverse),depankanta dapat merumuskan pengenalan secara ringkas syiling DD adalah;
          1.Terdapat kesan lekuk (notch) berbentuk "V","L" dll bentuk sudut tajam antara imej utama dan imej kedua.
          2.Terdapat kesan jurang yg ketara antara dua imej yg berganda.
          3.Imej utama yg berada dibawah TIDAK rata,ianya juga berbentuk cembung seperti imej kedua.

                        Perhatikan dgn teliti setiap imej yg berganda pada syiling DDR 20 sen 2008 ini.

                    Jelas kelihatan ciri-ciri lekuk (bertanda merah)

                Demikian juga pada syiling  DDR 5 sen 2008 ini...

              Pemerhatian yg teliti akan menampakkan imej utama (bawah) juga berbentuk cembung selain setiap huruf kelihatan kesan lekuk...

              Kesan lekuk bertanda merah.....
         Syiling DDO 5 sen 2009 ini jelas terdapat jurang yg ketara (tanda kuning)dan kedua imej pada kepala gasing dan tali gasing berbentuk cembung.


DDD


Berikut adalah penjelasan tentang DDD oleh pakar syiling error...

DIE DETERIORATION DOUBLING

"Die deterioration doubling (DDD) is an extremely common form of mint-made error, that results from degradation of the die used to strike the coin.
Due to a combination of improper preparation and treatment of the dies, excessive wear, and overuse. Certain coins are more susceptible to it than others, due to various factors, but it does occur on most series of coins."

       Paling ketara ciri-ciri DDD adalah imej berganda akan kelihatan pada kedua-dua sudut.Sebenarnya ianya adalah bukan satu imej lain tetapi adalah kerosakan pada die yg berbentuk imej asal....


  Sekiranya pelawat miliki syiling 20 sen 2007 yg banyak mungkin akan dapat menemui spesimen DDD ini...

Perhatikan semua huruf 'NEGARA MALAYSIA"terdapat kesan DDD pada kedua sudut.


MDD


Mengikut tafsiran pakar-pakar,MDD adalah seperti berikut:


MECHANICAL DIE DOUBLING


"Mechanical die doubling (MDD), also called machine doubling or strike doubling, a form of doubling which appears on a coin and is easily confused with doubled die strikes. On a true doubled die coin, the doubling comes from a mistake in the process used to make the coin die itself. In mechanical, or machine doubling, the doubled image results from mechanical issues during the striking of the coin, such as the coin shifting during striking, or the die itself being jarred out of position as a result of vibration or improper coin press maintenance. Mechanical, machine, and strike doubling are all considered by purists to be forms of damage, and are therefore not collectible as an error coin."



                Contoh MDD terbaik yg pernah dipamirkan dalam blog ini adalah syiling 20 sen 1993.

Perhatikan imej yg dibawah (Primary) pada angka "20" rata dan mendatar berlainan dgn syiling DD tulin yg berbentuk cembung.Pemerhatian dgn menggunakan kanta yg berkuasa tinggi perlu untuk meneliti keadaan ini.

      Syiling MDD juga TIDAK menampakkan selisih antara kedua imej dgn kesan lekuk.Ianya kelihatan sama pada semua penjuru(tanda merah)

Syiling 1 sen 1997,tiada kesan lekuk antara dua imej....


Secara ringkas dipamirkan tiga spesimen DDD,MDD dan DD

            Lakaran gambarajah dibawah menjelaskan lagi keadaan imej antara DD dan MDD yg sering mengelirukan.Keadaan imej yg cembung adalah kesan tempaan biasa pada imej dipermukaan syiling.




Semoga dengan tulisan yg ringkas ini akan dapat membantu memberi sedikit kefahaman pada pengumpul2 dan akan menemui syiling2 Malaysia Doubled Die tulin yg belum pernah lagi dijumpai...

Selasa, 1 Mei 2012

MDD UNIK

        Mechanical Die Doubling (MDD) juga dikenali dgn istilah shift doubling.Bagi depankanta istilah shift doubling lebih menceritakan bagaimana fenomena imej berganda ini terjadi.Walaupun syiling MDD tidak dikategorikan sebagai error coins tetapi beberapa syiling yg kelihatan ketara imej yg berganda telah mendapat premium yg agak lumayan.
         Bahagian muka Syiling 10 sen siri bunga raya biasanya MDD dikesan terjadi pada penghujung sebelah bawah tikar.Pergerakan pada die telah mengakibatkan wujudnya satu lagi imej yg sama,biasanya hanya melibatkan sebahagian imej.
        Penemuan sekeping syiling 10 sen 1999 ini agak unik dimana imej kedua yg terbentuk tidak selari dgn imej utama dan ianya kelihatan berlekuk2 seolah2 die chip yg terjadi.
                           Perhatikan imej kedua (panah kuning) menunjukkan tidak selari dgn imej utama.Sukar untuk mencari sebab apa keadaan ini terjadi adakah ianya die chip atau MDD biasa yg terjadi bersama die deterioration.

         Biasanya kerosakan yg disebabkan pergerakan die akan melibatkan sebahagian imej.Pergerakan hanya terjadi pada die bawah yg menempa bahagian muka syiling....

            ....Bahagian belakang syiling 1999 yg ditempa oleh die atas tidak terjejas kerana planchet dipegang kuat oleh collar die semasa proses penempaan.

                 Syiling MDD biasa yg kelihatan selari antara imej utama dan imej kedua....

           MDD dgn kesan die chip begini sangat unik dan jarang dijumpai pada syiling Malaysia
   

Isnin, 30 April 2012

20 SEN S3M,DIE CHIP

               Die chip error merupakan kategori yg biasa terjadi pada syiling error Malaysia,error yang disebabkan berlaku serpihan pada logam die dan biasanya terjadi pada bahagian2 yg membentuk parit (positive)dan tebing (negative)pada permukaan die.

         Depankanta lebih cenderung untuk mengaitkan kejadian die chip begini dengan jenis logam dan teknologi yg digunakan untuk membuat die.Bila ketiga-tiga siri syiling Malaysia didapati masih terjadi die chip secara berterusan bererti logam yg hampir sama yg digunakan untuk membuat working die,

                     Syiling 20 sen,2012 s3M dikesan die chip pada hujung kelopak bunga raya..

    Menjadi kebiasaan,die chip terjadi bersambung pada mana2 bahagian imej,angka atau huruf...

     Die chip pada tiga kelopak bunga raya menandakan terdapat kelemahan logam die pada bahagian itu...

                       Sementara pada syiling 50 sen 2012 s3M yg pernah dipamirkan ini menunjukkan kelemahan logam die pada bahagian angka"50"...

                 Bahagian muka syiling 20 sen yg ditempa oleh die bawah (anvil die) tidak mengalami kecacatan.Bila ketiga-tiga siri syiling Malaysia menunjukkan tanda2 die chip yg sama,depankanta berpendapat logam untuk membuat die pada ketiga2 siri syiling Malaysia adalah hampir sama walau pun logam untuk membuat syiling telah diubah....
                    SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA....

Ahad, 29 April 2012

3 PERKONGSIAN DDO

DDO  (Doubled Die Obverse) merupakan variti yg sukar dijumpai pada syiling Malaysia,apa lagi yang terjadi pada syiling bersaiz kecil yg sukar dilihat seperti syiling 5 sen.
         Menarik sekali bila penemuan yg rare begini dapat dikongsi dan berkongsi bersama.Blogger Duacongkak telah pamirkan penemuan DDO dan DDR syiling 5 sen 2009 dan 2008,sayangnya setelah mencuba beberapa kali depankanta tidak dapat masukkan komen dalam blog beliau.
         Penemuan yang sama juga dikongsi dengan blogger mnfaj yg merupakan pakar dalam mengklasifikasikan berbagai sub-kategori dalam kelas-kelas variti Doubled die.Penemuan dan huraian mnfaj tentang DDO syiling 5 sen 2009 ini sangat jelas dan wajar dijadikan keterangan pada variti syiling ini.Demikian juga penerangan tentang kelas untuk syiling DDR 5 sen 2008.
         Depankanta juga ingin menyertai penemuan kedua rakan Duacongkak dan mnfaj pada syiling DDO 5 sen 2009.
                   DDO yg sangat jelas menampakkan imej primary dan secondary yg begitu ketara

            Imej berganda terbentuk pada kepala gasing ini sangat jelas dan menarik...

           Blogger Duacongkak menamakannya sebagai KLCC Twin Tower,sangat sesuai nama yang diberikan itu , imej ini merupakan bukti yg jelas wujudnya fenomena notch pada syiling Doubled die....Notch (bentuk lekuk)  yg terjadi pada DDO ini merupakan antara yg paling jelas pada syiling DD Malaysia..

         Pada tali gasing juga kelihatan imej berganda yg jelas....

                Perhatikan ketiga syiling DDO 5 sen 2009 yg ditempa dari die yg sama..Syiling DD biasanya mendapat premium yg istimewa dikalangan pengumpul tambah lagi syiling yg bergred tinggi...

    Pada bahagian belakang syiling 2009 ini tiada kesan error....