Ahad, 16 September 2012

DDR 10 SEN 2012 S3M

      Syiling siri ke-3 Malaysia  tidak begitu banyak dijumpai berada dalam edaran,begitu juga error yg dijumpai kebanyakannya adalah dalam kategori die chip dan die crack yg merupakan kategori biasa pada syiling Malaysia.Masih belum kelihatan error yg termasuk dalam kategori major yg melibatkan kecacatan yg besar pada fizikal syiling.

     Varieti doubled die merupakan varieti yg terhasil dari kaedah proses pengehuban yg berulang (multiple squeezing method) yg dilakukan semasa penyediaan permukaan die.Bagi siri pertama dan kedua syiling Malaysia telah banyak dipamirkan penemuan berbagai ragam DD samada DDR atau DDO,juga yang terkesan pada sebahagian kecil huruf atau ke peringkat "monster".

    Penemuan ciri-ciri berganda pada sekeping syiling 10 sen  s3M ini begitu mengujakan.Walaupun belum cukup pengetahuan tentang ciri-ciri Varieti Doubled Die depankanta berkeyakinan syiling yg ditemui ini adalah DDR tulin.Penemuan ini juga menggambarkan pembuatan working die bagi syiling s3M adalah masih menggunakan kaedah yg sama dgn siri2 sebelumnya...

                              Bahagian belakang syiling 10 sen s3M..Doubled Die Reverse

             Angka "20"pada 2012 menarik perhatian kerana menampakkan angka yg berganda...

             Selain angka 2012,terdapat beberapa tempat yg menjadi tarikan pemerhatian.

            Pada bahagian bawah angka "20" (2012) yg paling ketara terjadi pergandaan imej..

               Sebagaimana biasa depankanta melihat pembentukan lekuk (notch) bagi membezakan ciri2 DD dgn ciri2 MDD atau DDD.Panah merah menandakan wujud ciri2 lekuk antara imej utama (primary)dan kedua(secondary)

   Pada stigma bunga raya dan beberapa huruf juga kelihatan pergandaan imej...

           Pada kaki Huruf "B"kelihatan tanda2 lekuk....

          Samada penemuan syiling 10 sen 3sM ini benar2 adalah varieti doubled die tulin hanya dapat disahkan oleh pakar2 varieti dan  syiling error,semoga ada pelawat yg juga berjaya menemui syiling seumpama ini untuk memantapkan perkongsian ini....

Khamis, 13 September 2012

DDR 5 SEN 2009

         Doubled Die Reverse (DDR) syiling 5 sen 2008 dapat dilihat dalam sesetengah blog numismatik tempatan,ramai peminat syiling error bersetuju syiling DDR 2008 sesuai digelar "Monster DDR" lantaran imej berganda yg terjadi adalah sangat ketara dan hampir kesemua imej,huruf dan angka pada bahagian belakang syiling telah kelihatan kesan berganda.

       Menurut panduan ringkas yang diberikan oleh pakar2 varieti Doubled Die,bagi membezakan syiling2 Doubled die dgn MDD atau DDD adalah pada lekuk(notch) yg terbentuk pada imej yg berganda.Sekiranya terdapat kesan lekuk ianya adalah kesan Doubled Die,

     Sekeping syiling 5 sen 2009 sekali lagi menjadi perhatian bila dijumpai dgn kesan lekuk pada beberapa huruf dibahagian belakang syiling...Penemuan syiling ini telah melengkapkan varieti DDO dan DDR bagi syiling 5 sen 2009

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2009 dgn kesan DDR

           Pemerhatian adalah pada beberapa huruf pada perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"


                     Kelihatan tanda2 lekuk pada beberapa huruf....

              Adakah bentuk lekuk begini juga akan terjadi pada syiling MDD atau DDD?

             Pada stigma bunga raya juga kelihatan imej berganda

  Bagi menerangkan klas DDR syiling ini perlu dirujuk pada pakar Doubled Die,nucoins dan mnfaj.Semoga mereka sudi singgah disini dan menurunkan sedikit nota untuk dikongsi bersama... 

Selasa, 11 September 2012

SYILING 1996 RM1 KRIS PALSU

          Bagi melengkapkan koleksi set syiling-syiling palsu rm 1 Keris Malaysia,dipamirkan penemuan sekeping syiling palsu yg tertera tahun 1996 yang juga merupakan tahun terakhir dikeluarkan syiling 1 ringgit bagi siri bunga raya.

              Bahagian belakang syiling palsu 1996 1 ringgit keris....

             Bahagian muka,imej keris yang kelihatan tidak "tajam'pada semua details......

                      Bahagian belakang syiling 1996 yg tulin.....

                   lagi syiling 1996 tulin untuk tujuan perbandingan....

                Tumpuan utama adalah pada kuntum bunga raya yg kelihatan pada kelopak bunga dan daun dgn garis kesan repaired die yg dibuat secara kasar.

          Perhatikan garis2 pada kelopak bunga dan daun pada syiling tulin ini yg jelas berkeadaan yg sempurna...
                     

                      Bila dibandingkan beberapa keping syiling dari tahun yg sama akan memudahkan kita mengesan syiling palsu...
            Bahagian muka tiga keping syiling untuk tujuan pebandingan....


 Penantian kini pada syiling palsu rm1 kris 1989.....

Ahad, 9 September 2012

WORN DIE MENYERUPAI DIE CHIP

        Penemuan sekeping syiling yang disyaki syiling error kadang2 memeningkan juga bila hendak ditentukan kategori errornya.Terdapat pula pemilik syiling error yg mengambil jalan mudah dgn menamakan error pada syiling2 mereka dgn berbagai nama dan istilah yg jauh tersasar dari istilah sebenar,hal ini dapat dilihat pada syiling2 error yg dijual secara online.

         Sehingga satu rujukan dapat dikeluarkan oleh pakar2 syiling error tempatan nampaknya keadaan ini akan berterusan.Peningkatan peminat syiling error Malaysia dapat dilihat bila para blogger numismatik telah meletakkan syiling2 error dalam posting mereka dan sedia berkongsi untuk memantapkan informasi tentang syiling error.Mereka sedang menunggu kemunculan buku rujukan tentang syiling error!.

        Die chip error merupakan kategori error yg biasa dilihat pada syiling Malaysia,ciri2 khas yg layak dikategorikan sebagai die chip telah banyak diterangkan oleh pakar2 syiling error kita.Untuk perkongsian ini dipamirkan sekeping syiling 50sen 1997 yg terdapat ciri2 yg kelihatan spt die chip tetapi depankanta berpendapat ianya adalah dalam kategori worn die error.
                 
                    Terdapat logam "extra metal"yg muncul mengelilingi sekitar angka "50",keadaan ini terjadi disebabkan tebing angka "50"pada die atas telah haus disebabkan pemakaian yg berterusan..Ciri2 ini berlainan dgn die chip atau die gouge error...

             Kesan yg sama juga dapat dilihat pada kelopak bunga raya syiling ini....

                Secara keseluruhannya bahagian huruf dan fields syiling ini tidak terjejas,bererti ciri2 diatas bukan ciri2 die deterioration...

            Dengan memerhatikan pada keseluruhan bahagian belakang syiling ini akan dapat memberi penilaian sebenar...Worn die juga boleh terjadi disebabkan terdapat kelemahan pada struktur logam dibahagian tertentu yg digunakan untuk membuat die dan keadaan ini mungkin telah terjadi pada die syiling 50 sen 1997 ini

                Bahagian muka syiling tiada kesan error

Jumaat, 7 September 2012

TULISAN JAWI PADA WANG KERTAS MALAYSIA

      Tulisan jawi telah wujud di Kepulauan Melayu sejak tahun 1300M.Tulisan ini dikatakan berasal dari Arab-Parsi ,penggunaan tulisan jawi dilihat sesuai dgn masyarakat melayu yg menerima agama Islam menggantikan tulisan Jawa yg digunakan sebelum itu.Tulisan ini terus menjadi medium perantaraan bukan sahaja antara penduduk setempat tetapi juga antara Raja-raja Kepulauan Melayu dgn Pedagang-pedagang dan kerajaan asing termasuk dgn Portugis,Belanda dan Ingriss...

     Pihak berkuasa Straits Settlements dan Malaya and British Borneo melalui Board of Commissionners of Currency yg bertanggungjawab mengeluarkan wang untuk negeri-negeri Kepulauan Melayu telah menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan perantaraan Melayu yang dapat dilihat pada wang-wang kertas keluarannya...

                       Bahagian muka wang kertas 1 ringgit Malaya and British Borneo yg tertera tarikh 1 Mac 1959 ini telah menggunakan dua tulisan utama iaitu bahasa Ingriss dgn tulisan Ingriss (rumi) dan bahasa Melayu dgn tulisan Jawi
   
        Kedua permukaan wang kertas ini dgn jelas menampakkan betapa masyarakat melayu pada masa itu hanya menggunakan tulisan jawi pada semua urusan...Tulisan rumi hanya digunakan untuk penulisan berbahasa Ingriss

   

           Setelah lebih setengah abad atau 53 tahun berlalu,penggunaan  tulisan jawi pada wang kertas Malaysia baru keluaran 2012 telah berubah peranannya berbanding dgn wang kertas kapal layar.Dari tulisan utama untuk mewakili  tulisan berbahasa Melayu, tulisan jawi bertukar menjadi hanya huruf2 traditional yang digunakan disamping tulisan rumi.

         Bahagian muka wang kertas  rm1 Malaysia 2012,tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA"dan "RINGGIT MALAYSIA" dalam tulisan rumi.

                 Bahagian belakang wang kertas ini mengulangi perkataan yg sama tapi menggunakan tulisan Jawi.Pujian patut diberi pada pihak BNM yg masih mengekalkan tulisan jawi pada wang kertas siri baru ini,semoga penggunaannya akan lebih meluas lagi  sesuai dgn pendapat seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies yang mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggap tulisan jawi sebagai satu keunikan milik Malaysia.