Jumaat, 16 November 2012

SYILING PALSU YANG TAK MENJADI

         Syiling rm 1 Malaysia yang dikenali dgn nama syiling keris atau syiling emas (1989-1996) telah banyak dipamirkan penemuan syiling2 yg palsu.Berbagai ciri2 telah dibincangkan bagi memudahkan pengumpul/peminat syiling palsu mengenali syiling2 palsu yang ada.

         Depankanta telah pamirkan penemuan syiling2 keris palsu dari awal pengeluarannya hingga tahun terakhir 1996 (cuma tahun 1989 belum ditemui),pada tahun tempaan 1992 pengeluar syiling keris palsu telah tersasul dgn mengeluarkan varieti RINGGIT sedangkan varieti ini sepatutnya bermula 1993.Spesimen ini telah pun dibincangkan dgn panjang lebar dalam post terdahulu....

          Penemuan sekeping syiling kris 1992 palsu sekali lagi memeranjatkan bila ianya mempamirkan ketidak sempurnaan imej sarung dan keris dgn begitu ketara sekali..Pengeluar syiling ini dgn yakinnya telah berani melepaskan syiling2 palsu begini kedalam edaran pada masa itu mungkin kerana yakin masyarakat pengguna Malaysia tidak begitu cakna tentang penampilan imej pada duit syiling.

                   Bahagian muka syiling palsu keris 1992....Perhatikan dan bandingkan sarung dan keris ini dgn syiling yg ada dalam simpanan anda    

            Tempaan Tahun 1992 merupakan tahun tak menjadi kepada pengeluar syiling keris palsu Malaysia

              Imej keris dibuat secara mendatar dan kelihatan leper sementara rekabentuk dan details sarungnya sangat kasar buatannya yang kelihatan seperti sekeping kertas yang ditebuk....

Khamis, 15 November 2012

MEMBURU SYILING BERKILAT


        Syiling Malaysia siri Pertama atau siri Parlimen (1967-1988) berkemungkinan akan ditarik balik dari edaran bila-bila masa.Dengan notis selama 6 bulan,syiling-syiling ini akan ghaib dari edaran dan tiada lagi dalam laci2 kedai,di bank2 perdagangan,dalam poket2 orang ramai.....Yang ada hanya didalam album pengumpul2 dan dikedai2 numismatik....

      Orang ramai akan berpusu-pusu ke bank bila notis mula dikeluarkan oleh BNM,mereka akan pecahkan tabung2 ayam dan menukarkan syiling2 Siri Parlimen ini sebelum ianya tidak diterima lagi oleh pihak bank perdagangan.

 Bagi pemburu syiling error,varieti dan keydates tidak perlu menunggu waktu yg singkat itu untuk menggiatkan pemburuan.Sekarang adalah waktu terbaik untuk kita mengatur langkah bagi menyelamatkan sebanyak mungkin syiling2 error,key-dates,dan syiling2 yang masih berkeadaan berkilat (luster) dalam gred BU atau UNC...

                  Syiling denominasi 10 sen adalah yang paling popular dikalangan pengguna Malaysia dan untuk menemui syiling yang masih berkeadaan berkilat juga adalah satu cabaran....

                Dengan sedikit usaha,kumpulkan sebanyak mungkin syiling2 biasa yg masih berkeadaan spt ini kerana nilai 10 sen hari ini sudah pun bernilai rm1 (sekurang2) dikalangan pengumpul dan siapa tahu nilainya untuk setahun dua lagi.....

            SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H,SAMA-SAMA KITA TINGKATKAN TAKWA DAN IBADAT HANYA KEPADA ALLAH SWT JUA......

Rabu, 14 November 2012

RETAINED MAJOR DIE BREAK (RETAINED CUD)

             Die break adalah lanjutan dari major die crack yg menggambarkan keadaan sebahagian dari die telah pecah.Perkataan "Cud' pada asalnya adalah hanya satu "gelaran" yg diberi pada error sebegini yang akhirnya digunakan secara meluas oleh ramai pengumpul dan mereka biasa menggunakan istilah "retained cud"berbanding "retained major die break"...

          Sebelum membentuk Cud sepenuhnya,dalam beberapa ketika sebelum die yang pecah terjatuh,beberapa keping (ratus atau ribu) syiling sempat ditempa dan membentuk retained cud dan bila pecahan die itu telah terkeluar sepenuhnya akan membentuk cud error yg sempurna.

        Retained cud biasa dijumpai terjadi pada bahagian muka syiling yang ditempa oleh die bawah (anvil die).Secara logiknya die yang pecah,walau telah terpisah dari badan die tapi masih berada ditempatnya kerana kuasa graviti dan keadaan ini memberi sedikit masa pada die ini untuk terus menghasilkan syiling retained cud error...

             Bahagian muka syiling 50 sen 2001 dengan kesan Retained major die break atau retained Cud error

           Logam yg timbul tidak tinggi kerana masih dilapik oleh pecahan die yg masih berada ditempatnya..Sekiranya die yg pecah telah hilang akan menyebabkan logam yg timbul adalah tinggi kembongnya kerana tidak terlapik oleh sebahagian die....

           Retained cud juga akan mempengaruhi bahagian belakang syiling,....

                Tempat yang terjadi pecahan die pada bahagian muka akan mengurangkan tekanan pada bahagian belakang  planchet.Kesan ini dapat dilihat beberapa imej yg menjadi kabur akibat kelemahan tekanan.Perhatikan pada angka"2"(20) dan "SE"(SEN) menjadi kabur seolah2 filled die error....

             RUJUKAN : http://koinpro.tripod.com/Articles/WhatIsACud.htm

Isnin, 12 November 2012

SYILING 10 SEN S3M,3 IN 1

            Syiling baru siri ketiga Malaysia yang telah pun selamat memasuki edaran kesegenap pelusuk negara.Syiling2 ini suatu hari nanti akan mendominasi penggunaan duit syiling bila siri pertama dan kedua ditarik dari edaran.Secara pemerhatian mendapati pengeluaran sulong  syiling s3M ini pada tahun 2012 ini agak berkurangan,mungkin sama dgn pengeluaran siri kedua yg agak berkurangan pada awal pengeluarannya pada tahun 1989.

           Berbicara mengenai kualiti syiling Malaysia dari siri ke siri agak tidak banyak berbeza.Bagi pengumpul dan peminat syiling error melihat perkara ini disudut mereka tersendiri yang tentunya gembira menyambut berbagai error yg ditemui pada s3M.Kegembiraan ini menjadi semakin tawar bila kian hari kian ditemui syiling dgn berbagai error .

          Syiling 10 sen 2012,varieti yg sama pernah dipamirkan dgn ciri2 DDR (?) dan collar clash pula dikesan pada bahagian belakang syiling sekitar jam 1.00 hingga jam 6.00.

               Syiling yg ditemui ini terdapat pula RTR die crack pada bahagian mukanya............
                             
                    Collar clash yg ketara dapat dilihat.......

                  Pada bawah angka "20" (2012) disyaki kesan DDR tetapi belum dapat disahkan kerana kesan acuan berganda kurang jelas yg terjadi agak kecil dan sukar disahkan....

              Yang lebih ketara ialah kesan RTR die crack pada bahagian muka syiling ini....

           Adakah die crack spt ini akan dibiarkan menjadi die break dan seterusnya membentuk cud yg cantik pada syiling......

Ahad, 11 November 2012

CONCENTRIC CIRCLES SIRI PARLIMEN

            Working die yg bekerja berterusan menempa planchet akan mengalami berbagai kerosakan yg menghasilkan syiling2 yg menjadi buruan pengumpul syiling error.Pihak kilang telah menyediakan jadual berkala untuk servis atau selenggara working die bagi memastikan syiling2 yang ditempa berada ditahap piawaian kualiti yg sepatutnya,namun kerja2 membaiki die ini sendiri pula menghasilkan satu kategori dalam syiling error iaitu concentric circles/lines.

            Kedua siri Parlimen dan bunga raya telah dijumpai dan dipamirkan penemuan syiling concentric circles dan untuk perkongsian kali ini dipamirkan pula penemuan pada syiling 20 sen 1988.

            Error dalam kategori ini biasa dijumpai pada sebelah muka sahaja pada sekeping syiling,mungkin kedua die mempunyai jadual penyelenggaraan yg berbeza...Bahagian belakang syiling 20 sen 1988 tiada kesan circles...

        Concentric circles/lines terjadi bila die dibaiki menggunakan mesin lathe.Penemuan spt ini menggambarkan dua kaedah yg digunakan oleh pihak kilang untuk membaiki/membersih  die iaitu kaedah mesin dan kaedah manual menggunakan tangan (yang menghasilkan die gouge dan repaired die errors)

       Selain disebabkan kerja2 membaiki/membersih die,concentric circles juga terjadi semasa proses penyediaan working die,iaitu sebelum sebarang imej dipindah dari working hub.Permukaan die dicanai licin dan dipolish bagi menyediakan permukaan yg licin untuk memaksimakan penampilan semua imej.Kegagalan pekerja melicinkan permukaan die akan meninggalkan kesan garis berpusar ini berbentuk negative pada die dan memindahkan pula pada permukaan syiling dalam bentuk positif

          Bahagian muka syiling 50 sen 1988 juga pernah dijumpai ciri2 seperti ini......

           Juga pada syiling 5 sen 1973........