Khamis, 22 November 2012

10 SEN S3M,RETAINED CUD

             Retained cud adalah error yg terjadi disebabkan proses pembuatan logam die yg tidak begitu sempurna dan kealpaan mengesan keretakan  semasa die ini diperingkat die crack.Bagi siri Parlimen dan bunga raya telah dipamirkan dalam berbagai blog syiling error.

           Perkongsian post ini adalah sekeping syiling 10 sen s3M 2012 dengan kesan retained cud

              Retained cud yg terjadi agak kecil,....

                     Foto Syiling yang sama diambil dgn flash....

        Bahagian muka syiling ini tiada apa2 kesan kerana cud yg kecil tidak mempengaruhi permukaan ini

Retained cud syiling 50 sen 2001 yg pernah depankanta pamirkan....
     Penemuan retained cud yg terjadi pada bahagian belakang syiling s3M ini agak mengelirukan kerana retained cud biasanya terjadi pada bahagian muka syiling yg ditempa oleh die bawah (anvil die).Adakah sesuatu perubahan telah dibuat pada kedudukan die untuk menempa syiling atau penemuan ini sebenarnya bukan retained cud tetapi kategori error lain....Kita kongsi.....

Selasa, 20 November 2012

PLANCHET

               Planchet merupakan logam syiling yang belum diberi nilai muka.Logam syiling ini telah melalui proses blanking iaitu dari kepingan logam telah ditebuk bulat mengikut saiz syiling yg akan dibuat..Logam bulat disc yg terhasil dari proses ini ialah blank  yang akan melalui proses upsetting rim untuk membentuk proto rim yang kemudian dipanggil planchet.
              Bagi sesetengah negara, logam blank untuk membuat syiling ini ditempah khas dari kilang yang berlainan dari kilang yg menempa syiling,depankanta berpendapat blank bagi syiling Malaysia adalah juga dibuat di kompleks Kilang wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam bererti ianya dibuat oleh satu entiti pertubuhan yg sama dgn kilang syiling.

            Blank akan melalui proses pembentukan rim pertama yg dikenali dgn nama proto rim atau upsetting rim.,bila selesai melalui proses pembentukan rim pertama logam ini dipanggil Planchet.Antara kegunaan rim pertama (proto rim) ini adalah untuk "mengawal logam syiling dari mengembang" semasa  melalui proses penempaan.Bagi syiling 50 sen Malaysia pembentukan lattered edge dgn perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"pada sisi syiling adalah ditempa diperingkat pembentukan proto rim.


                      PLANCHET syiling 5 sen Malaysia siri pertama @ kedua....

                Bahagian muka dan belakang syiling belum ditentukan diperingkat PLANCHET......
Pembentukan proto rim/upsetting rim adalah penting untuk mengurangkan tekanan pada collar die semasa proses penempaan syiling.

Dengan saiz dan jenis logam yg sama,sukar ditentukan samada Planchet ini adalah untuk siri Parlimen atau bunga raya.....Planchet juga dikenali dgn istilah type 2 blank

Ahad, 18 November 2012

SYILING PARLIMEN 1985 PALSU

             Kehadiran syiling2 palsu dalam edaran duit syiling Malaysia mula menjadi perbincangan selepas tahun 2000,pada tahun sebelumnya orang ramai belum perasan wujudnya syiling2 palsu meskipun pada realitinya syiling2 palsu ini telah wujud sejak siri Parlimen.

           Denominasi 50 sen dipilih untuk dibuat syiling palsu kerana nilai mukanya dikira berbaloi dgn kos pembuatan syiling2 ini.Syiling siri bunga raya dijumpai tertera berbagai tahun tempaan pada permukaan syiling yang pada realiti ianya adalah tidak menggambarkan tahun sebenar syiling palsu itu ditempa.

            Tidak sebagaimana siri Bunga raya,siri Parlimen hanya dijumpai syiling palsu yg tertera tahun 1985,ini bererti syiling palsu mula dibuat pada atau selepas tahun 1985.Kehadiran syiling palsu siri Parlimen ini tidak menjadi isu masyarakat pada awal keluarannya kerana tidak banyak dikeluarkan dan orang ramai belum terdedah dgn dunia numismatik.

                      Bahagian muka syiling 50 sen 1985 palsu.....

                     Bahagian belakang syiling 50 sen 1985 palsu....

              Perbandingan dgn syiling 1985 tulin....


                 Beberapa tempat yg perlu diteliti utk membezakan syiling palsu 1985...
                       Bulan dan bintang syiling tulin...
              Bulan dan bintang syiling palsu...
 
                   Bertanda merah adalah tempat yg ketara perbezaannya.....
 


                  Selain tanda2 diatas,terdapat juga kesan bintik2 logam yg timbul pada tengah2 syiling....
Perkongsian syiling palsu ini boleh juga dilayari dalam blog nucoins:
http://nucoinsandnotes.blogspot.com/2010/10/msia-contemporary-fake-50-sen-1985.html

Jumaat, 16 November 2012

SYILING PALSU YANG TAK MENJADI

         Syiling rm 1 Malaysia yang dikenali dgn nama syiling keris atau syiling emas (1989-1996) telah banyak dipamirkan penemuan syiling2 yg palsu.Berbagai ciri2 telah dibincangkan bagi memudahkan pengumpul/peminat syiling palsu mengenali syiling2 palsu yang ada.

         Depankanta telah pamirkan penemuan syiling2 keris palsu dari awal pengeluarannya hingga tahun terakhir 1996 (cuma tahun 1989 belum ditemui),pada tahun tempaan 1992 pengeluar syiling keris palsu telah tersasul dgn mengeluarkan varieti RINGGIT sedangkan varieti ini sepatutnya bermula 1993.Spesimen ini telah pun dibincangkan dgn panjang lebar dalam post terdahulu....

          Penemuan sekeping syiling kris 1992 palsu sekali lagi memeranjatkan bila ianya mempamirkan ketidak sempurnaan imej sarung dan keris dgn begitu ketara sekali..Pengeluar syiling ini dgn yakinnya telah berani melepaskan syiling2 palsu begini kedalam edaran pada masa itu mungkin kerana yakin masyarakat pengguna Malaysia tidak begitu cakna tentang penampilan imej pada duit syiling.

                   Bahagian muka syiling palsu keris 1992....Perhatikan dan bandingkan sarung dan keris ini dgn syiling yg ada dalam simpanan anda    

            Tempaan Tahun 1992 merupakan tahun tak menjadi kepada pengeluar syiling keris palsu Malaysia

              Imej keris dibuat secara mendatar dan kelihatan leper sementara rekabentuk dan details sarungnya sangat kasar buatannya yang kelihatan seperti sekeping kertas yang ditebuk....

Khamis, 15 November 2012

MEMBURU SYILING BERKILAT


        Syiling Malaysia siri Pertama atau siri Parlimen (1967-1988) berkemungkinan akan ditarik balik dari edaran bila-bila masa.Dengan notis selama 6 bulan,syiling-syiling ini akan ghaib dari edaran dan tiada lagi dalam laci2 kedai,di bank2 perdagangan,dalam poket2 orang ramai.....Yang ada hanya didalam album pengumpul2 dan dikedai2 numismatik....

      Orang ramai akan berpusu-pusu ke bank bila notis mula dikeluarkan oleh BNM,mereka akan pecahkan tabung2 ayam dan menukarkan syiling2 Siri Parlimen ini sebelum ianya tidak diterima lagi oleh pihak bank perdagangan.

 Bagi pemburu syiling error,varieti dan keydates tidak perlu menunggu waktu yg singkat itu untuk menggiatkan pemburuan.Sekarang adalah waktu terbaik untuk kita mengatur langkah bagi menyelamatkan sebanyak mungkin syiling2 error,key-dates,dan syiling2 yang masih berkeadaan berkilat (luster) dalam gred BU atau UNC...

                  Syiling denominasi 10 sen adalah yang paling popular dikalangan pengguna Malaysia dan untuk menemui syiling yang masih berkeadaan berkilat juga adalah satu cabaran....

                Dengan sedikit usaha,kumpulkan sebanyak mungkin syiling2 biasa yg masih berkeadaan spt ini kerana nilai 10 sen hari ini sudah pun bernilai rm1 (sekurang2) dikalangan pengumpul dan siapa tahu nilainya untuk setahun dua lagi.....

            SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H,SAMA-SAMA KITA TINGKATKAN TAKWA DAN IBADAT HANYA KEPADA ALLAH SWT JUA......