Isnin, 25 Februari 2013

VARIETY EDGE SYILING PALSU 1985

               Syiling palsu siri Parlimen 1985 merupakan satu pelengkap bagi pengumpul yang meminati koleksi syiling palsu Malaysia .  Ahli-ahli numismatik agak terlewat mengesan kewujudan syiling-syiling palsu 1985 ini menyebabkan tidak banyak yang berada ditangan pengumpul sekarang. Kesempurnaan pembuatan syiling palsu 1985 menyebabkan ianya sukar dikesan oleh orang ramai. Sekiranya dalam masa terdekat pihak BNM mengambil keputusan untuk memansuhkan penggunaan syiling siri pertama atau siri Parlimen, syiling-syiling palsu ini akan turut lenyap dan tinggal sejumlah kecil sahaja yg ada dalam simpanan pengumpul.

           Pemburuan syiling-syiling error telah menemukan sekeping lagi syiling palsu siri parlimen 1985

      Keadaan yang agak masih elok menarik perhatian depankanta untuk meneliti pada semua sudut

           Bila diteliti pada bahagian sisi syiling palsu ini, didapati huruf "I" dan sebahagian huruf"Y"(MALAYSIA) telah tiada. Agak sukar untuk menyatakan ianya adalah disebabkan die ketiga yang menempa sisi syiling ini tersumbat sesuatu kerana disekitarnya tidak terjejas. Mungkinkan ini adalah varieti pada sisi syiling 50 sen 1985 palsu.



              Ciri-ciri pengenalan syiling palsu 50 sen 1985 telah diterangkan dalam post:
http://depankanta.blogspot.com/2012/11/syiling-parlimen-1985-palsu.html
              syiling palsu 50 sen 1985 yang telah dipamirkan dalam post terdahulu


Sabtu, 23 Februari 2013

OFF CENTER STRIKE WITH COLLAR SCAR

           Off center error berbeza dengan misaligned die, off center terjadi pada kedua permukaan syiling.sementara misaligned die hanya melibatkan satu permukaan sahaja. Off center berbeza pula dengan broadstrike error kerana off center error mungkin terjadi ketiadaan sebahagian huruf yang berada berhampiran rim sementara broadstrike tidak akan menjejaskan mana-mana huruf yang ada pada permukaan syiling.

     Sub kategori off center tidak banyak yang ditemui pada syiling Malaysia kerana ianya adalah kategori yang sukar melepasi tapisan QC kilang atau terlepas keluar menyebabkan ianya sukar  dijumpai dalam edaran.

   Sekeping syiling 5 sen 2001 dijumpai dengan kesan parut akibat terkena atau tertampan collar die semasa proses penempaan. OFF CENTER STRIKE WITH COLLAR SCAR ERROR.

             Pada bahagian muka syiling juga terdapat ciri-ciri yang hampir sama...


Rabu, 20 Februari 2013

10 SEN 2007,DDO KELAS I

    Syiling 10 sen 2007 didapati banyak menyumbang kepada varieti acuan berganda atau Doubled die variety, penemuan beberapa varieti telah dipamirkan oleh ramai rakan-rakan blogger. Antara yang mendapat perhatian peminat syiling varieti DD ialah 10 sen dengan DDO Kelas I.

                                Setiap imej berganda yang jelas kelihatan pada permukaan syiling harus diperhatikan dengan teliti bagi melihat pergerakan antara imej pertama dan imej kedua.

            Gandaan imej kadang-kadang menjadi sukar dilihat kerana keadaan syiling yang ditemui sudah lasak beredar, kedudukan imej pertama dan kedua adalah menjadi kunci bagi mengenal pasti Kelas pada mana-mana syiling Doubled die...

      Bagi menjelaskan Kelas pada syiling 10 sen 2007 ini, ditandakan merah untuk imej utama dan kuning bagi imej kedua bagi imej tikar yang memperlihatkan pergerakan yang jelas.Bila diteliti pergerakan kedua imej adalah berbentuk terpusing dengan berlawanan pusingan jam, pada bahagian tengah syiling ini tidak ada kesan gandaan, bersesuaian dengan kelas I (Rotated hub doubling)

              Keadaan yang sama dengan imej tepak sireh pada syiling DDO 20 sen 2007 ini...

Selasa, 19 Februari 2013

DIE GOUGE YANG MENARIK

            Kerja-kerja mengikis berbagai jenis bendasing seperti serbuk logam yang halus yg melekat kuat pada die adalah satu tugas yang rumit. Tugas ini tidak sama dengan tugas artis yang mula-mula membuat lakaran imej syiling keatas plaster yang bersaiz besar. Kerja membaiki/membersih die dari kotoran adalah dilakukan secara manual keatas working die yang bersaiz sebenar duit syiling.

        Imej yang berbentuk negatif pada working die mudah memerangkap kotoran, adalah terlalu rumit untuk dikikis. Sebarang kesilapan pula akan terbawa kepada perubahan rupabentuk imej pada permukaan syiling dan memberi satu lagi koleksi kepada pengumpul syiling error.

              Syiling 10 sen siri Parlimen ini jelas menampakkan kesan dikikis pada acuan andas (anvil die) yang menyebabkan imej bulan dan bucu bintang pada syiling telah muncul lebihan logam yang ketara yang membentuk die gouge error yang menarik.

              Lebihan logam yang hanya tertumpu pada bahagian dalam bulan dan bintang jelas adalah hasil dari kerja-kerja pembersihan die yang dibuat dgn kurang teliti...

               Dipamirkan dua foto dari syiling yang sama untuk perkongsian die gouge yang begitu menarik....


Ahad, 17 Februari 2013

WANG KERTAS RM20, WARNA YANG MENGELIRUKAN

            Wang kertas 20 ringgit baru yang diperkenalkan semula pada pertengahan 2012 lalu diterima dengan gembira oleh pengumpul khususnya masyarakat numismatik. Dengan adanya wang kertas ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menambahkan lagi koleksi wang kertas.

           Berlainan pula dengan masyarakat peniaga dan orang ramai yang mula merungut kerana sering terkeliru antara denominasi 10 ringgit dan 20 ringgit. Mungkin pada awal rekabentuk wang kertas ini, pihak jawatankuasa yang menentukan warnanya tidak menjangkakan keadaan yg mengelirukan ini akan terjadi.

       depankanta sendiri tidak begitu gembira bila menerima wang baki pembelian dengan wang kertas 20 ringgit, begitu juga bila ingin membelanjakan nya terpaksa ditunjukkan biar pekedai jelas perasan bahawa ini adalah duit rm20. Biasanya pekedai pula akan memerhati dgn teliti wang kertas ini bagi mengelak kekeliruan. Keadaan ini tentu tidak memberi situasi yang baik antara penjual dan pembeli.

            Wang kertas 20 ringgit dan 10 ringgit akan jelas perbezaan warnanya jika tiada apa-apa warna atau warna putih pada latar belakang persekitaran. Mungkin dalam situasi inilah keputusan untuk warna kedua wang kertas ini dibuat. Pada awal edarannya wang ini tidak kedengaran rungutan kerana tidak banyak yg berada ditangan orang ramai berbanding sekarang yang semakin mudah dijumpai.

                   

                  Bila berada edaran untuk tempoh tertentu,warna akan berubah dan kedua warna yang kemerahan dan kekuningan akan menjadi semakin dekat.


    Dalam suasana cahaya yang suram kedua warna ini akan mula mengelirukan bagi mereka yg hanya ada beberapa saat untuk menentukannya. Keadaan tidak begitu mengelirukan jika semuanya berurusan diatas meja cashier atau dikaunter pembayaran tetapi bagi peniaga pasar malam yang menggunakan kaedah "hulur-menghulur" akan menghadapi masalah.

     Bila keadaan semakin gelap semakin tidak jelas perbezaan warnanya...Bagi kebanyakan  peniaga yang berusia emas akan mula bermasalah...

        Walau dalam cahaya terang, bila berlatarbelakangkan berbagai warna yang ada pada persekitaran, kekeliruan tetap akan terjadi dan beginilah keadaan yang sering dihadapi oleh pekedai.. Warna wang ini tidak begitu mesra pengguna. Perbezaan nilai kedua wang kertas ini adalah tinggi, sebarang kesilapan mungkin akan mencetuskan masalah yang lain pula...

               Keadaan tambah mengelirukan bila hadir  berbagai warna dipersekitaran dan cahaya pula semakin suram...

        Penjual pasar malam adalah antara yang paling ramai merungut lantaran suasana persekitaran perniagaan mereka yang agak suram atau malap dan orang yang ramai sentiasa inginkan cepat.

    Post ini khas dibuat sebagai memenuhi permintaan rakan-rakan peniaga yang sering menghadapi masalah dengan kekeliruan warna kedua wang kertas baru rm20 dan rm10.