Ahad, 19 Mei 2013

10 SEN S3M ROTATED DIE

              Syiling baru Malaysia yang mula diedarkan untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2012 telah menjadikan tiga siri syiling moden Malaysia berada dalam edaran sekarang. Hingga kini belum ada tarikh dari pihak BNM untuk menarik balik penggunaan syiling siri 1 (1967-1988) dan siri 2 (1989-2011). Kalau ikut kesesuaian dan penyeragaman penggunaannya (terutama untuk kegunaan berbagai jenis mesin) kemungkinan siri 1 dan siri 2 akan di tarik secara serentak meninggalkan hanya siri ke-3 yang akan digunakan oleh orang ramai...
             Bagi peminat syiling error tentunya memberi perhatian kepada berbagai jenis error yang terjadi pada syiling baru ini, beberapa kategori popular pada syilng Malaysia spt die crack,die chip dan die clash masih dijumpai terjadi pada syiling2 siri ke-3.

            Rotated die adalah kategori yang mendapat tempat istimewa dikalangan pengumpul syiling error Malaysia, ianya merupakan kategori yang senang dikesan tanpa perlu menggunakan kanta pembesar. Penemuan rotated die pada syiling siri ke-3 Malaysia 2012 telah membuktikan terdapat persamaan mekanikal dan instrumen di kilang syiling antara siri 1,siri 2 dan siri ke-3.

               
                   Syiling 10sen 2012, rotated die error.....

                   Kedudukan imej syiling 10 sen rotated die berbanding syiling biasa....

            Walaupun yang dijumpai ini hanya sekitar 40 darjah rotated die tetapi ianya merupakan satu petanda bagi penemuan yang lebih besar darjah pusingannya....

                Syiling 20sen 1976 siri Parlimen mewakili rotated die bagi siri pertama.....

    Bagi siri Bunga raya, banyak denominasi dan tahun pengeluaran dijumpai kesan rotated die error

Rabu, 15 Mei 2013

GARIS DIE GOUGE VS GARIS DIE CRACK

            Garis die gouge dapat dibezakan dengan garis die crack melalui pemerhatian secara teliti keatas bentuk fizikal garis yang wujud pada syiling. Pemahaman bagaimana kedua error ini berlaku akan membantu kita membezakan antara kedua jenis garis dalam kategori errors ini.

           Syiling 5 sen 2010 ini adalah jelas die gouge error, pembentukan garisnya adalah lurus antara angka "2"dan"0". Garis yang terbentuk secara lurus dan hampir licin membezakannya dari garis yang terbentuk disebabkan keretakan yang terjadi pada die crack.

          Berbagai hipotesis dapat kita ajukan untuk merungkai punca sebenar yang menyebabkan garis ini terbentuk pada working die syiling ini. Ianya bukan disebabkan keretakan pada die.
Meneliti pada fizikal dan tempat terjadi garis die gouge ini dapat membezakannya dengan garis yang tejadi pada die crack

             Syiling 5 sen 2007 ini pula adalah spesimen die crack yang jelas dan satu perbezaan yang ketara sebenarnya wujud berbanding dengan syiling 5 sen 2010 diatas.

           Dua die crack terjadi pada syiling ini iaitu pada kaki angka"2" dan pada huruf"N"

Die crack biasanya bermula pada rim dan akan merebak memanjang ke bahagian dalam syiling. Pembentukan blob adalah satu ciri-ciri istimewa pada die crack walaupun tidak semestinya semua die crack akan terbentuk blob. 

Perhatikan garis die crack yang tidak lurus dan mempunyai saiz sepanjang garis yang berbeza-beza akibat dari "lubang"keretakan yang terjadi pada die. 


Ahad, 12 Mei 2013

MDD - KESAN GETARAN DAN SERET

       Mechanical die doubling (MDD),machine doubling damage,machine doubling,shift doubling,strike doubling merupakan istilah yang digunakan oleh penggemar syiling error untuk memperkatakan tentang kewujudan kesan berganda yang disebabkan oleh kelemahan mesin dan peralatan yang digunakan semasa proses menempa syiling.

        Kategori MDD ini tidak dikira sebagai syiling error kerana kerosakan yang terjadi adalah fenomena biasa dalam proses pembuatan syiling, Syiling-syiling MDD menjadi penting untuk diberi perhatian kerana ianya sering menjadi kekeliruan dengan syiling-syiling Doubled Die tulin.

         Getaran atau pergerakan yang menghasilkan MDD boleh terjadi pada kedua die atau planchet. Getaran pada planchet akan menyebabkan kesan gandaan imej boleh terjadi lebih dari sekali. Syiling 20 sen 1990 dijumpai terjadi kesan seolah-olah tertempa tga kali....


              Kesan MDD yang terjadi pada angka "9" dan kaki"2" jelas kelihatan tiga gandaan imej.

                 Pada angka "9" kelihatan kesan "seret" yang membuktikan fenomena ini terjadi akibat getaran pada planchet dimana walaupun kelihatan tiga peringkat gandaan tetapi saiz huruf masih tidak berubah.Panah kuning menunjukan getaran terjadi pada planchet pada bahagian ini dan warna merah adalah kesan pada angka"9" yang menjadi kecil bila getaran berhenti.

             Kesan getaran yang sama juga akan terjadi pada tempat yg sama pada muka syiling.

           Tepat pada bahagian angka "9"pada belakang syiling 20sen, dibahagian muka ialah imej buah pinang.

Pada imej buah pinang juga jelas terjadi tiga kali gandaan imej. Ciri-ciri MDD yang terjadi ini merupakan bukti ianya disebabkan pergerakan planchet semasa proses tempaan berlaku.

                  Gandaan huruf yang terjadi pada syiling Doubled die tulin menyebabkan saiz keseluruhan kedua imej yang berganda akan menjadi besar kerana ianya dihasilkan dari dua imej.

Ahad, 28 April 2013

BERTEMU MATA BLOGGER MNFAJ...

        Antara rakan numismatik yang sering mengunjungi blog depankanta diawal kewujudannya ialah sdr mnfaj, selain Mr Dickson Niew dan Whycollect. Meskipun blog perkongsian syiling error depankanta tidak sehebat mana tetapi dengan kunjungan dan komen dari rakan-rakan peminat syiling error telah melonjakkan semangat untuk terus mengkualitikan persembahan bagi meneruskan perkongsian.

    Mnfaj atau Anjung numismatik adalah mewakili generasi muda yang bakal menerajui bidang syiling error Malaysia, minat dan komitmen yang ada pada beliau yang dilengkapkan pula dgn kebolehan intelektual telah menjadikan beliau sebagai rujukan untuk mendalami berbagai kategori syiling error. Secara kebetulan, kunjungan beliau ke Pasir Puteh Kelantan atas urusan keluarga telah diluangkan sedikit masa untuk bertemu mata dengan depankanta.

    Malam minggu 27.4.2013, sekali lagi Pasar borong Wakaf Che Yeh Kota Bharu menjadi pusat pertemuan numismatik. Dalam keriuhan warga Kelantan mengatur strategi parti masing-masing bagi menghadapi PRU-13, disatu sudut sebuah kedai makanan segera kelihatan dua orang penggemar syiling error tekun berbincang berbagai perkara berkaitan syiling error Malaysia....


                       Pertemuan yang bermula jam 10.00 malam 27.4.2013 berlanjutan hingga 28.4.2013 jam 1.00 pagi..Bila syiling error mula dibicarakan, masa adalah kekangannya.....

Walaupun penemuan ini adalah pertemuan pertama, kesempatan untuk membelek dan bertukar pendapat tentang syiling error tidak dilepaskan.Ketekunan mnfaj sangat mengkagumkan....

Khamis, 25 April 2013

ROTATED DIE CLASH 5 SEN

    Selain dijumpai terjadi pada syiling 1 sen siri bunga raya, rotated die clash juga turut dijumpai pada syiling 5 sen. Kedudukan imej clash mark yang terpusing pada kedudukan 180 darjah menjadikan syiling-syiling ini termasuk dalam senarai pemburu syiling error....

          Die clash biasa yang jelas menampakkan imej clash mark selari dengan kedudukan gasing...


             Rotated die clash 180 darjah yang kelihatan clash mark angka "5" bertemu dengan kepala gasing..


             Kiri die clash biasa dan kanan rotated die clash yang istimewa....