Sabtu, 4 Jun 2011

WANG EMAS 1 RINGGIT MALAYSIA

Bila bercerita tentang duit syiling yang pernah beredar kalangan orang ramai di negara kita ini,depankanta rasa wajar juga duit syiling 1 ringgit yang lebih dikenali sebagai syiling emas diberi perhatian.
   Penggunaan syiling ini dikalangan orang ramai syiling ini agak terhad, tidak sebagaimana wang kertas rm1 walaupun nilai mukanya sama.Ini disebabkan syiling emas ini ketara beratnya berbanding wang kertas.Diawal keluarannya iaitu tahun 1989,kanak-kanak terlonjak gembira dapat duit raya wang emas!! 


           Depankanta temui sekeping logam yang belum menjadi planchet sebab rimnya belum ditempa...Logam yg dikenali dgn nama Blank ini mempunyai saiz dan berat yg sama dgn syiling yg siap.


                               DEPAN (BLANK)
                             BELAKANG (BLANK)
              SAIZ SAMA BERBANDING SYILING EMAS BIASA
           KETEBALAN SAMA




                                      SYILING 1991 INI DISYAKI PALSU!








PERHATIKAN RIMNYA....


                                                                        
SYILING 1989 ADA METAL BERLEBIHAN PADA SARUNG KERIS DAN PADA BAWAH ANGKA "1",DIE CHIP ERROR.







YANG TAHUN 1993 INI PULA TERPUTUS HULU DAN KERISNYA ...FILLED DIE ERROR



    

50 SEN SIRI PARLIMEN LAMINATION ERROR.....

Sekeping syiling 50sen siri Parlimen 1984 dijumpai ada kesan seolah2 menggelupas lapisan atasnya...
depankanta pernah temui Syiling yang mempunyai ciri2 yg sama dan telah upload dalam post yang terdahulu,iaitu syiling 5 sen siri bunga raya...



 lapisan atas pada bahagian muka mengelupas macam bersisek!...
 ADAKAH SAMA DENGAN YANG 5 SEN INI?....



MUNGKIN WHYCOLLECT DAN MR.DICKSON BOLEH BANTU....KITA KONGSI  DGN.SEMUA PELAWAT....

Rabu, 1 Jun 2011

1 SEN COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA 1943...ERROR?

Dua keping sying 1 sen commissioners of currency Malaya 1943 menarik perhatian depankanta.Terdapat sedikit kelainan pada bahagian Muka (obverse)



Syiling pertama terdapat lekuk pada atas muka depan
syiling,kalau diperhatikan huruf "K" tidak terjejas tapi
pada mahkota raja ada bekas lekuk..depankanta kurang
arif adakah ini satu mint errors atau kerosakan biasa...






seorang kawan telah memberikan depankanta sekeping syiling 10sen 2007 yang mempunyai ciri2 hampir sama
dgn syiling 1943...terdapat lekuk tapi tiada terbentuk tebing....adakah ini error yang sama?





Syiling kedua terdapat tompokan metal yang tertempel pada muka depan syiling.Kelihatan metal ini adalah jenis copper tapi telah menjadi warna kehitaman.Yang ini pun depankanta tiada idea apa dah jadi?...mungkin depankanta tidak biasa dengan error pada syiling keluaran zaman penjajah......





MUNGKIN PELAWAT,KHUSUSNYA PAKAR-PAKAR NUMIS BOLEH KONGSI.......



Ahad, 29 Mei 2011

SYILING HIDUP!!.....

depankanta pernah dengar tentang batu sungai yang hidup.Mengikut ceritanya batu tersebut setiap hari semakin membesar..cerita tentang batu ini pelawat boleh dapat info dalam carian google,disini depankanta ingin kongsi tentang syiling Malaysia yang juga hidup!...maksudnya syiling 1 sen siri bunga raya yang mengalami tindak balas kimia yang menyebabkan tempat  tertentu semakin membesar dan akhirnya pecah lapisan atasnya...


                              proses bermula dengan tanda gelembong kecil timbul di permukaan syiling

                                         

                            ada lintah gigit kaki rebana
                   

         

                   anak kambing menari atas rebana



                       awan menitiskan hujan atas rebana


      makin membesar.....
   

          macam ada anak kuda atas bunga....


                                            dah sarat...


                                          dan  sampai masanya.......


                                     lapisan atas pecah.........lalu terkeluar isi kandungan

                          apa agaknya ada didalam....




Pendapat depankanta tentang syiling ini adalah ianya lemah pada penyediaan awal logam untuk syiling ini ,lapisan tembaga dan besi (copper clad steel) tidak betul2 sebati menyebabkan besi berpeluang untuk berkarat.Bila ada anasir lain seperti bahan kimia atau udara terperangkap dan bertindak balas dengan besi didalam maka terbentuk lah karat yang semakin membesar dan akhirnya akan memecahkan lapisan atas syiling.
             Fenomena syiling hidup ini banyak di jumpai pada syiling 1 sen siri bunga raya,walaupun ada juga dijumpai beberapa tahun keluaran siri Parlimen .Mungkin walaupun logamnya sama tapi  kaedah proses cladding adalah berbeza......

Sabtu, 28 Mei 2011

SYILING 50 SEN ERROR

Syiling 50 sen siri bunga raya masih terikut dengan adik2nya 1 sen,5sen,10sen dan 20 sen...kebanyakan error yang dijumpai merupakan doubled die,die crack,die clash,die chip error dan filled die error......
Depankanta pamirkan sebahagian error syiling 50 yang biasa dijumpai...





                                YANG NI RIM NYA ISTIMEWA SIKIT




YANG NI PLANCHETNYA KEMBONG BAWAH BUNGA RAYA...

 DIBAHAGIAN DEPAN JUGA KEMBONG

                                                                                 
DOUBLED DIE YANG KETARA DI SEMUA HURUF



DIE CHIP ERROR
 SYILING MENANGIS.....(pinjam istilah mnfaj!)....

yang ni pula ada janggut macam depankanta!....