Ahad, 12 Jun 2011

SYILING EXTRA DOT YANG ISTIMEWA.....

Dalam siri Parlimen terdapat beberapa spesimen yang diletakkan nilai yang begitu tinggi...syiling2 ini telah tersalah tempa menyebabkan terbentuk satu titik yang hampir menyamai titik yang terdapat dibahagian detail syiling,sebab itu dinamakan syiling"extra dot"...
  Bagi pelawat yang belum biasa dengan syiling rare atau syiling error tentu berminat untuk mengenali syiling ini..
     1. Pada syiling 50 sen 1979 (di bahagian bawah Bangunan Parlimen)
     2. Pada syiling 50 sen 1988 (dibahagian  atas Bangunan Parlimen)
     3. Pada syiling 5 sen 1982   (dibahagian tengan Bangunan Parlimen)


Depankanta pamirkan spesimen tahun 50 sen 1988 dan 5 sen 1982 (yang 1979 belum ada koleksi)



                              50 sen 1988




hampir sama dengan titik yang terdapat pada bahagian belakang syiling


                      5 sen 1982



titiknya hampir menyamai titik yang terdapat pada bahagian belakang syiling..







Depankanta menemui tanda titik yang sama terdapat pada syiling 20 sen 1993 siri bunga raya...
malangnya pada siri bunga raya tiada apa-apa titik yang wujud jadi ianya tak boleh dinamakan extra dot sebab ia adalah first dot!!...




WAJAR JUGA KALAU PARA AHLI NUMISMATIK MELETAKKAN TITIK PADA SYILING 20 SEN 1993 SENILAI DENGAN TITIK PADA SIRI PARLIMEN.....


Jumaat, 10 Jun 2011

MISTERI SYILING 1 SEN 2004 DAN 2005....DIE CHIP ERRORS

Depankanta ingin kongsi satu kesangsian tentang bagaimana terlalu banyak die chip errors yang terjadi pada syiling 1 sen 2004 dan 2005.Dalam keadaan biasa bila berlaku kerosakan pada mana-mana bahagian Alat tempa syiling(die),ia akan diganti dan sebahagian syiling yang telah tertempa dengan die yang rosak tadi akan diburu oleh pemburu syiling error kerana ianya unik dan tidak banyak.Namun pada pemerhatian depankanta ,syiling 1 sen 2004 dan 2005 yang mengalami kerosakan pada die chip semasa tempaan seolah2 dibiarkan (mungkin sebab hanya minor errors) sehingga menghasilkan begitu banyak syiling DIE CHIP ERRORS.....

2004

                      Error terjadi pada angka 2004
      Tidak pula menjejaskan huruf-huruf  yang lain...
  


 setiap keping syiling tidak sama errornya...




 INI LAH SYILING 1 SEN 2004 DIE CHIP ERRORS YANG TERKUMPUL DALAM KOLEKSI DEPANKANTA,RASANYA TIDAK KETERLALUAN KALAU DEPANKANTA KATEGORIKAN SEBAGAI TERLALU BANYAK!

                     sila zoom untuk tengok errornya....



Ada juga yang terjadi die clash errors .....
 die crack errors.....
 die clash....bahagian Muka
 Belakang.....


 Yang paling kurang dijumpai ialah doubled die errors....tapi dapat juga dikesan dengan kanta depankanta!

    Doubled die errors pada kaki rebana......bahagian muka
        Belakang....





2005

Sama dengan syiling 2004,yang 2005 ini juga banyak terjadi die chip errors pada angka 2005


 Setiap syiling tidak sama lebihan metalnya....
 INI PULA KOLEKSI SYILING CHIP DIE ERRORS 1 SEN 2005 .....BAGI DEPANKANTA ADALAH SATU MISTERI BAGAIMANA BEGITU BANYAK ERROR INI TERJADI....ini belum tambah dengan koleksi Pengumpul lain yang tentunya lebih banyak....



Selain die chip error,ada juga errors dalam kategori lain pada syiling 1 sen 2005....

                             DIE CRACK ERRORS
 Atau kategori lain! sebab, biasanya die crack errors berlaku bila ada retakan memanjang pada die lalu bila ditempa pada syiling,akan terbentuk satu tebing yang memanjang pada permukaan planchet.Ia terhasil dari logam panas yang memasuki ruang yang retak pada die rosak tadi....apa yang terbentuk pada syiling ini adalah agak lebar pada sebahagiannya,adakah ini juga dikira sebagai die crack errors?
 Yang ini die crack merentasi die chip errors..

 Die clash yang agak ketara....
 pada kedua-dua bahagian muka dan belakang...

 Depankanta temui dua jenis die clash yang berlainan pada imej bunga raya..
 Die chip errors pada kaki rebana...



Ahad, 5 Jun 2011

SYILING EMAS RM1 ERROR...DIE CRACK DAN MDD


DIE CRACK DAN MDD JARANG DIJUMPAI PADA SYILING EMAS...KALAU BERNASIB BAIK DAPAT JUGAK "TANGKAP" SEKEPING DUA....CUKUP UNTUK DIKONGSI BERSAMA....



TAHUN 1991 :           DIE CRACK DIBAHAGIAN BELAKANG
                                     PADA LAMBANG RINGGIT
 DI BAHAGIAN MUKANYA PULA TERJADI MDD






TAHUN 1995: MDD PADA ANGKA "1"DI BAHAGIAN BELAKANG
 IMEJ MDD PADA ANGKA "1" KURANG JELAS SEBAB SYILING INI AGAK LUSUH
 DI BAHAGIAN MUKA KETARA MDD YANG TERJADI PADA HAMPIR KESELURUHAN IMEJ KERIS,SARUNG KERIS DAN SEBAHAGIAN CORAK SONGKET


SYILING EMAS RM1 ERROR........DIE CHIP ERRORS



DIE CHIP ERRORS PADA SYILING EMAS KEBANYAKAN YANG KETARA  TERJADI DI BAHAGIAN MUKA IAITU ANTARA ULU KERIS DAN MATA KERIS,ADA JUGA DIJUMPAI TERJADI PADA BAHAGIAN2 LAIN..



   1995   (BELAKANG)   :     PADA BAWAH ANGKA "1"

 (DEPAN)                 :        PADA ULU KERIS

    1995 (BELAKANG) : PADA TEPI ANGKA "1"

 DEPAN         :          PADA ULU KERIS

 1995 (BELAKANG)   :  PADA KELOPAK BUNGA

 DEPAN   : PADA ULU KERIS


ISTIMEWANYA KETIGA2 SYILING INI IALAH DIE CHIP ERRORS TERJADI PADA KEDUA2 BAHAGIAN MUKA DAN BELAKANG , DIBAH.MUKA TERTUMPU PADA BAH.ULU KERIS.
......tentu cengkaman mata keris ini kuat sebab disumbat lagi dengan exra metal antara mata dan ulu keris...hehehe