Jumaat, 8 Julai 2011

DEFECTIVE PLANCHET

Dalam post yg lalu beberapa keping syiling 5 & 1 sen die clash errors telah sama-sama kita kongsi.Post ini depankanta pamirkan pula sekeping syiling 5sen 1999 yg terbayang imej seakan-akan die clash tapi jika diperhatikan pada keadaan imej yg terbentuk adalah berlainan dgn die clash errors.Planchetnya pula beralun (tidak rata)...

Bahagian belakang 5 sen 1999
                            Bahagian Muka

          Imej "5"yg terbentuk agak berlainan dgn imej die clash errors

                    Perhatikan perbezaan kedua syiling ini

Mungkin syiling 1999 ini adalah defective planchet kerana secara keseluruhan planchetnya kelihatan luar biasa berbanding syiling lain.

Rabu, 6 Julai 2011

DIE CLASH ERRORS 5 SEN 2001

Selain syiling 1 sen,depankanta juga menemui die clash errors yang agak ketara pada syiling 5 sen siri bunga raya.
Dalam  post ini dipamirkan sekeping syiling 5 sen tahun 2001 yang tertempa dua kali  atau double die clash.

                Bahagian belakang (reverse) syiling 5 sen 2001

Bahagian muka (obverse)
 Die clash errors yang ketara menampakkan imej bunga raya dan angka "5" terbentuk pada bahagian muka syiling,tertempa dua kali.

                                  Pada bahagian muka pula terbentuk imej gasing yang agak ketara

Selasa, 5 Julai 2011

DIE CLASH ERRORS 1 SEN 2004

Setiap die errors yg terjadi adalah tidak sama kesannya pada permukaan syiling.Dalam post sebelum depankanta pamirkan sekeping syiling 1 sen 2005 yg begitu ketara kesan die clash.
    Mengikut pendapat pakar Numismatik,bila berlaku hentakan terlalu kuat antara dua die iaitu die bawah dan die atas dan apabila die yang rosak tadi menempa planchet.Kesan yang terjadi dapat dilihat pada syiling 1 sen 2005 itu.
 Berlainan pula yang berlaku pada syiling 1 sen 2004 ini yang mungkin hentakan dua die tidak begitu kuat lalu kesan imej tidak berada pada bahagian atas imej sebenar...


                       Bahagian belakang syiling 1 sen 2004
                       imej rebana jelas kelihatan
     Bahagian mukanya berlainan dengan syiling 2005
                  Perhatikan imej daun bunga raya yang hanya berada bawah rebana
           
 Berlainan dengan die clash errors pada 2005 ini yg imej bunga raya berada atas rebana
   Perbandingan antara dua syiling yg sama-sama dalam kategori die clash errors

        

Isnin, 4 Julai 2011

DIE CLASH ERROR .........PERLU PENJELASAN PAKAR

Penemuan syiling 1 sen 2005 ini dianggap syiling 1 sen die clash error yang paling terbaik dan merupakan satu spesimen yg boleh dibuat bahan kajian oleh pakar-pakar Numis...
         

                                        Bahagian muka  1 sen 2005
        Kesan die clash yang sangat ketara...hampir keseluruhan details dapat dilihat   pada bahagian muka ini.Die clash error yang hampir sempurna...

                                     Bahagian belakang syiling juga terdapat imej rebana....


                                     Die clash errors biasanya yang terjadi,imej error yang tertempa adalah pada bawah imej yang sebenar.Contohnya pada syiling ini terdapat imej "1" pada kaki rebana yang berada bawah rebana,keadaan ini biasa dilihat pada syiling2 die clash errors.
                                   Apa yg terjadi pada syiling ini agak mengelirukan orang2 baru macam depankanta.Perhatikan imej bunga raya yg tertempa pada bahagian atas rebana sedangkan imej "1' tertempa pada bahagian bawah kaki rebana..mungkin pakar-pakar boleh menjelaskan bagaimana keadaan boleh terjadi begini!...
                                     
                                 Imej "1"berada dibawah dan tidak menjejaskan kaki rebana

             Sementara imej bunga raya tertempa di atas rebana dan kelihatan menjejaskan imej rebana

DEFECTIVE PLANCHET 1 SEN 2006

Depankanta pernah pamirkan sekeping syiling 5 sen 2007 yang errornya seakan-akan die clash error tapi merujuk kepada pakar-pakar Numismatik ianya lebih tepat adalah defective planchet.
    Dalam post ini depankanta pamirkan pula sekeping syiling 1 sen 2006 yang juga mempunyai ciri-ciri defective planchet...

                                           Bahagian muka syiling 1 sen 2006

                                         Imej bunga raya muncul pada bahagian muka syiling
                                       
                    Bahagian Belakang syiling.Terdapat pula tompokan metal yang berlebihan pada atas rimnya..

                                         Bandingkan dengan defective planchet syiling 5 sen 2007



            Imej bunga raya pada bahagian muka kesan die clash adalah berlainan dengan kedua syiling diatas...