Selasa, 8 November 2011

SYILING KERIS PALSU,DIE CLASH

Die clash errors yg dikesan terjadi pada syiling palsu menggambarkan pembuatan syiling palsu juga melalui proses penyilingan yg hampir  sama dengan syiling tulin.Kategori error ni sukar dijumpai pada syiling tulin.
           
                             Bahagian muka syiling palsu 1991,imej ghostly bunga raya kelihatan tersembunyi dibawah corak songket,dengan pemerhatian yg teliti dapat dilihat imej bunga raya yg agak ketara.
                           




    Die clash terjadi di kedua permukaan syiling,pada bahagian belakang syiling terdapat imej keris dan sarung.
 Die clash pada kedua permukaan biasanya terjadi bila pusingan mesin chamber yg menempatkan planchet syiling berada pada kedudukan yg sama dgn kedua die yg mengalami kerosakan akibat terjadi die clash.
Imej corak songket juga kelihatan pada syiling ini.......


Ahad, 6 November 2011

SYILING KERIS PALSU,VARIETY ERROR

Dua Variti pada permukaan syiling keris tulin hanya dibuat pada tahun 1993 melibatkan perubahan pada logo "$" digantikan dengan perkataan"RINGGIT"sesuai dgn penggunaan perkataan RINGGIT MALAYSIA( RM) yg mula diperkenalkan khusus bagi wang ringgit Malaysia.
       Berasaskan info dari Mr Dickson Niew seorang pakar syiling error & palsu Malaysia tentang wujudnya syiling palsu keris 1992 yg tertera tulisan "RINGGIT",depankanta cuba merisik dari kawan2 yg pulang beraya dikampung .Setelah sekian lama mencari akhirnya seorang kawan,WAN ZURAIDI WAN ABD AZIZ setuju untuk meminjamkan sekeping syiling keris 1992 "RINGGIT"untuk tujuan perkongsian,menurutnya beliau tidak menyangka syiling ini adalah palsu sebaliknya menyimpan sebagai syiling biasa yg istimewa..
      Depankanta terangkan dgn panjang lebar ciri2 palsu yg ada pada syiling ini,beliau akhirnya bersetuju untuk meminjamkan syiling ini tapi tidak bersedia untuk menjualnya kerana dalam 250 keping koleksi syiling kerisnya,hanya sekeping dijumpai syiling begini...

                            Syiling keris palsu 1992 dengan variti "RINGGIT"

                                Bahagian Muka syiling palsu 1992

                                Pada sisi (edge) dan ketebalan syiling ini adalah ciri2 biasa...

    Perbezaan syiling palsu dgn syiling tulin 1992,beberapa ciri2 palsu dapat dikesan bila digandingkan begini.

           Pada angka "92" paling ketara ciri2 palsunya iaitu angka "2" didapati lebih "tinggi'saiznya berbanding angka"9"..Berbanding syiling tulin dan syiling palsu 1992 yg tulisannya agak sempurna.depankanta berpendapat syiling ini dibuat oleh entiti yg berlainan dari pembuat syiling palsu 1992 "$"
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SDR WAN ZURAIDI UNTUK PERKONGSIAN INI...
"terima kasih daun keladi.Ada lagi,kongsi lagi"....hehe

Jumaat, 4 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN HARI RAYA AIDIL ADHA YANG MULIA INI,DENGAN HATI TULUS IKHLAS SAYA UCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"KEPADA SELURUH PENGUMPUL DAN PELAWAT YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN PADA BLOG
DEPANKANTA.SEMOGA APA JUA PENGAJARAN DAN SIMBOLIK DARI IBADAH HAJI DAN KORBAN MENAMBAHKAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH SWT.....

Khamis, 3 November 2011

VARITI EDGE SYILING KERIS

Pemerhatian pada sisi syiling Keris akan menemukan kita pada dua variti yg telah dikeluarkan.Syiling yg bernilai 1 ringgit ini bermula pada tahun 1989,pada penjuru milled edge syiling keluaran tahun tersebut adalah berbentuk melengkung sedikit,bentuk ini berterusan hingga 1992 dimana bentuk penjuru yg agak tajam pula diperkenalkan.
          Selain variti edge ini,syiling Keris juga ada dua variti pada permukaannya yg terdapat tanda "RINGGIT dan "$" bermula 1993.                                             
   
  Tiga keping syiling penjuru edge yg agak tajam dan tiga keping berbentuk melengkung.Ketebalan kedua variti ini juga kelihatan berbeza.

                                     Dua variti edge ini dapat dilihat pada sisi penjurunya...Variti A dijumpai pada keluaran 1989 hingga 1992 & 1994, sementara variti B dikeluarkan pada 1992 hingga 1996
                                         variti  B                               variti  A

             Syiling Keris tulin menampakkan penjurunya yg agak melengkung (variti A)
            Selain dari ciri2 pengenalan syiling palsu yg pernah dipamirkan,dengan pemerhatian pada penjuru milled edge juga memudahkan kita membezakan syiling palsu dan syiling tulin
                                                     
                                                Syiling palsu juga dibuat dalam dua variti
                                     
                                Variti penjuru  milled edge syiling palsu agak berbeza,Variti A penjurunya berbentuk tidak melengkung sebaliknya adalah agak tirus 45 darjah.Variti B hampir sama dgn syiling tulin
                                            Variti B                                   Variti A

                       Perhatikan penjuru syiling palsu ini yg dipotong tajam pada sudut 45 darjah

                           
                     Perbezaan pada edge syiling Keris tulin dan syiling palsu

                     Syiling tulin 1992 dan 1994 dijumpai terdapat kedua-dua variti...
 
  Perhatikan hujung dan penjuru syiling 1992 tulin ini bagi membezakan dua varitinya.Variti B atas dan variti A bawah.

                  Gambarajah ini bagi memudahkan kita melihat perbezaan kedua variti syiling tulin dan palsu.Panduan ini banyak membantu depankanta dalam mengenali secara mudah syiling2 Keris palsu yg biasanya tidak mengikut spesifikasi.Contohnya anda mungkin akan menemui syiling 1995 dgn variti A,ini kemungkinan besar syiling itu adalah palsu!.

Nota ini adalah berdasarkan penemuan depankanta sahaja,sekiranya terdapat penemuan lain yg boleh dikongsi adalah sangat dialu-alukan bagi melengkapkan variti edge syiling Keris ini...

Selasa, 1 November 2011

CIRI-CIRI SYILING KERIS PALSU

Bagi memudahkan pencarian syiling rm 1 keris palsu,depankanta fokuskan beberapa tanda2 yg merupakan ciri-ciri utama pengenalan syiling palsu.Ciri2 ini ada juga yg boleh kelihatan dgn mata kasar dan sekiranya diperhatikan terdapat banyak persamaan yg dijumpai walaupun tahun yg tertempa adalah berbeza.

                  Garis2 halus concentric circles,ciri-ciri ini paling banyak dijumpai dan merupakan tanda utama untuk pengenalan syiling palsu.
                             

                    Kesan repaired die yg dibuat secara manual menggunakan tangan pada bunga raya
                   
                           Kesan repaired die yg kasar menggunakan tangan pada daun bunga

                              Tempaan pada rimnya tidak tepat..off centre

                           Planchet atau die yg dibuat dari logam yg tidak bermutu menyebabkan kesan menggerutu seperti kulit limau Tambun/limau Bali pada seluruh permukaan syiling.

                    Kesan repaired die yg dibuat oleh pekerja yg tidak mahir..Perhatikan pada daun dan bunga raya

                         Kesan kerosakan die yg teruk,semua details menjadi kabur dan hampir tidak kelihatan secara menyeluruh pada kedua permukaan syiling

                       Penggunaan salutan dan logam yg tidak dapat dikenal pasti,dapat dilihat bila permukaan syiling telah terhakis atau telah haus...
Mungkin pengumpul dan pelawat ada penemuan lain berkaitan ciri2 syiling palsu ini yang boleh dikongsi bersama....