Ahad, 19 Februari 2012

EXTRA DOT SIRI PARLIMEN

Syiling extra dot terus mendapat perhatian oleh pengumpul.Tiga variti istimewa yg sering menjadi perhatian pengumpul ialah 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 50 sen 1988.Antara variti ini syiling 50 sen 1988 didapati agak banyak dipamirkan untuk dijual dalam internet dan nilainya pun adalah terendah dalam ketiga variti itu.

         Bila ditelitikan sebab yg menjadikan tanda "dot"pada syiling2 ini,besar kemungkinan adalah kerana tertusuk alat yang digunakan untuk mencuci die lalu meninggalkan kesan berlubang pada die dan ini akan menjadikan kelihatan timbul tanda titik pada syiling.Dalam kategori error sebenar syiling ini adalah termasuk dalam die gouge error.

           Dipamirkan ketiga syiling die gouge error @ extra dot yg popular dalam siri Parlimen.


                            5 SEN 1982         keluaran 118,593,833

                          50 SEN 1979                        keluaran 5,361,146

                           50 SEN 1988               keluaran 26,788,183

  Depankanta berpendapat syiling2 telah mendapat premium yg istimewa kerana jumlah yg tertempa extra dot adalah terkawal dan dapat dianggar jumlahnya,lantaran pakar numismatik Malaysia Mr Steven Tan telah   memasukkan premium istimewa ini dalam katalog  beliau.

Jumaat, 17 Februari 2012

DIE CLASH 1 SEN SIRI BUNGA RAYA

Meneliti syiling2 die clash akan menemukan error ini terjadi hampir pada setiap tahun keluaran syiling 1 sen siri bunga raya.Sebagaimana die chip error,die clash mudah dijumpai pada tahun tertentu dan sukar pula dijumpai pada sesetengah tahun yg lain.

           Terdapat beberapa sub-kategori dalam die clash ini spt,rotated die clash,multi die clash dan beberapa sub-kategori yg belum dapat dijelaskan secara lebih spesifik.Sebagaimana syiling2 rotated die error,syiling rotated die clash juga dijumpai terjadi dalam berbagai darjah pusingan.

          Untuk perkongsian dalam post ini,dipamirkan syiling2 1sen die clash mengikut tahun keluaran yg sempat dijumpai dalam pemburuan depankanta.

                             1990

                             1992

                              1993

                               1996

                              1999

                             2000

                              2002

                               2003

                              2004

                              2005

                             2006

                              2007

                             Koleksi die clash 1 sen bunga raya mengikut tahun keluaran.


MINT ERROR 2007

2007 merupakan tahun keluaran terakhir syiling 1 sen Malaysia.Mengikut sesetengah pendapat menyatakan nilai logam termasuk kos pembuatan menjadikan nilai sebenar syiling ini adalah 3 sen,berbanding nilai mukanya tetap 1 sen.Mungkin  ini menjadi salah satu sebab kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan keluarannya.

Selain faktor kos pengeluaran,syiling 1 sen juga didapati tidak begitu praktikal pengunaannya kalangan orang ramai.Sekiranya rakyat Malaysia masih aktif menggunakan syiling-syiling 1 sen ini mungkin kerajaan boleh pertimbangkan untuk meneruskan pengeluaran syiling 1 sen dgn mengurangkan kos spt.menggunakan logam yg lebih murah.

    Syiling 1 sen 2007 masih banyak yg dijumpai dalam gred UNC dan sekiranya bernasib baik akan menemui berbagai error sebagaimana syiling2 1 sen yg lain.Untuk perkongsian kali ini depankanta pamirkan satu penemuan fenomena baru pada syiling 1 sen dan ianya dikesan hanya terjadi pada syiling 1 sen 2007.

                           Bahagian belakang syiling 1 sen 2007,perhatikan pada angka "2007" dan legend "BANK NEGARA MALAYSIA"

                          Contoh Paling ketara ialah pada angka "20",yang terdapat kesan nipis sejenis benda asing yg terdapat pada bahagian bawah angka itu seolah2 sesuatu percikan yg disebabkan tempaan syiling ini.

                          Pencarian depankanta menemui beberapa keping syiling 1 sen 2007 yg terdapat fenomena yg sama.Dipamirkan disini 6 keping syiling yg sama kesan errornya.
Memandangkan depankanta belum berpengalaman dgn fenomena ini,sukar untuk mengagak ianya termasuk dalam kategori mana.Yang pasti ini adalah mint error....

Khamis, 16 Februari 2012

ROLLING FOLD ?

Rolling fold biasanya dikaitkan dengan sedikit kecacatan pada bahagian rim syiling yang disebabkan kerosakan semasa proses blanking.Kesan yg jelas dapat dilihat pada bahagian tepi rim yg terlipat sedikit kemudian terdapat pula kesan tempaan kedua yg menimbulkan upsetting rim oleh collar die.
                             Syiling 1 sen 2003 ini terdapat ciri-ciri rolling fold error,mungkin termasuk dalam mana2 sub kategori error tersebut.
                          Rim pada Bahagian muka syiling ini terdapat kesan kerosakan pada proses sebelum tempaan kedua.Proses Upsetting rim telah mengubah rim syiling ini menjadi rata semula.
 
                        Sementara sekeping syiling 2005 ini pula kelihatan banyak kesan kerosakan pada bahagian tepi rim,kemudian diratakan semula pada proses upsetting rim oleh collar die.

Adakah kerosakan begini juga termasuk dalam rolling fold error,atau lain2 error?

                  Sekeping syiling 10 sen 2011 ini jelas satu spesimen rolling fold error dan bagi syiling2 diatas tidak dapat dipastikan samada termasuk dalam sub-kategori sama dgn syiling ini.


Rabu, 15 Februari 2012

SET DIE CRACK (OBVERSE)

Bagi melengkapkan set die crack yg terjadi pada bahagian muka syiling (obverse) agak sukar kerana error ini disebabkan keretakan berlaku pada die bawah (anvil die) yg hanya "menunggu",berbanding dgn die atas (hammer die) yg sentiasa bekerja menempa syiling tentunya mudah terjadi keretakan pada die.

      Denominasi yg sukar dijumpai die crack error pada bahagian muka ialah deno 20 sen untuk siri bunga raya ini.Sementara syiling2 1 sen dan 5 sen pula agak mudah dijumpai.Syiling2 die crack error 10 sen pula agak pelik,ianya berlaku pada tempat yg sama pada tahun keluaran yg berlainan.

                              5 sen 2008
                          1 sen 2005
                         10 sen 2007
                        20 sen 2005
                       50 sen 2005
                               
                  Set lengkap die crack (obverse) berbagai denominasi siri bunga raya

                           Set lengkap die crack error (reverse)