Ahad, 2 Disember 2012

GALVANO (Plaster model epoxy coated )

             Mengenali apa saja mesin,instrumen,perkakas,bahan,logam dll yang berkaitan dgn proses pembuatan syiling adalah penting untuk menjejaki bagaimana sesuatu kategori error boleh terjadi dan diperingkat mana ianya terjadi.

          Post yg dipamirkan oleh blogger sdr Afiqnizam adalah satu persembahan yg terbaik untuk kita pelajari  bagaimana proses penyilingan dilakukan didalam kilang.Agak malang bagi pengumpul syiling error Malaysia kerana hanya dapat mengetahui semua ini secara umum sahaja dgn hanya bercontohkan kilang2 luar negara khasnya dari US.Tentu kita semua sedang sabar menunggu sedikit info berkaitan proses penyilingan duit syiling Malaysia dari pihak pengurusan kilang di Shah Alam.

          Untuk mendekati bagaimana proses penyilingan dilakukan depankanta pamirkan beberapa contoh Galvano atau plaster model epoxy coated syiling Malaysia siri Pertama atau lebih dikenali siri Parlimen (1967-1988).

                    Galvano biasanya bersaiz diameter 8 inci bagi memudahkan artis membuat penelitian dan pembaikkan keatas semua details yg ada pada permukaan syiling.
        

            Galvano adalah proses kedua selepas artis membuat rekabentuk pertama imej pada model plaster 


 Rekabentuk pada Galvano yang sudah muktamad akan dipindahkan pula kepada Master Hub dgn menggunakan teknologi tinggi.Proses ini akan mengecilkan saiz imej kepada saiz sebenar syiling pada Master Hub
           
       .Proses penyilingan biasa secara ringkasnya ialah:

                 1. Pemilihan Imej yang muktamad .

                 2.Artis membuat rekabentuk semua  imej pada model plaster.

                 3.Galvano atau Plaster model epoxy coated.

                 4.Mengecilkan saiz untuk membuat Master Hub.

                 5.Master Hub menghasilkan Master Die.

                 6.Master Die menghasilkan Working Hub.

                 7.Working Hub menghasilkan Working Die.

                 8.Working Die menghasilkan syiling.

           Setiap langkah akan mengalami proses yg sangat rumit menggunakan teknologi yg canggih..Doubled Dies Varieti (DDV)berkemungkinan akan terjadi bermula dari proses 6-8.....               
   

          Model-model Galvano ini dapat dilihat di Dewan Pamiran Sasana Kijang,Bank Negara Malaysia... 

Jumaat, 30 November 2012

1 SEN BUNGA RAYA, COPPER TANPA STEEL

         Syiling 1 sen Malaysia copper clad steel mempunyai keistimewaannya tersendiri.Syiling2 ini dibuat melalui proses cantuman menggunakan suhu yg tinggi tanpa apa-apa bahan pelekat.Untuk menghasilkan multi layer microstampings,logam yg dicantumkan akan melalui proses rolling dan annealing berulang kali hingga cantuman logam ini mencapai ketebalan dan kekuatan yg dikehendaki.

         Pagi hujung minggu yg lalu depankanta dikejutkan dgn panggilan telefon dari seorang rakan yg merupakan pengusaha bengkel membuat acuan corak batik dari tembaga,kerja pertukangan ini memerlukan asid untuk berbagai kegunaannya.Sdr Sufian minta depankanta kebengkelnya di Kg. Pintu Gang,Kota Bharu untuk melihat "sesuatu yg istimewa"..

        Sebaik tiba beliau menghulurkan beberapa keping logam syiling 1 sen yang membuat depankanta kagum dgn penemuan istimewa ini..Syiling 1 sen yang telah secara tidak sengaja terendam lama dalam sisa asid!...

                 Sekeping syiling 1 sen siri bunga raya yang telah hilang sebahagian logam steel (besi) dan meninggalkan logam copper (tembaga) diatas dan dibawah...Macam sandwich kehilangan inti!

                  Lebih menarik lagi bila dilihat pada logam copper syiling  ini yg terpisah terus dari planchet syiling 1 sen akibat terendam lama didalam asid....Foto1:imej rebana dari bahagian dalam ..Foto 2: imej rebana dari permukaan syiling

                    Kepingan kedua ini pula adalah copper dari bahagian belakang syiling..foto 1: bahagian permukaan syiling..foto 2: Dari bahagian dalam yg melekat pada steel (besi) dibahagian tengah planchet syiling 1 sen.Semua imej dalam bentuk negative (tenggelam).

                Beginilah keadaan imej 2 keping logam Copper setelah tiada logam steel akibat dimakan oleh asid.Imej ini adalah dari bahagian dalam yg menyentuh logam steel...Mungkin ada jenis asid yg hanya makan logam besi (steel) dan tidak menjejaskan logam copper syiling 1 sen.

                Imej ini pula adalah bahagian belakang dan muka syiling yg telah terpisah..foto 1 :Bahagian belakang(tahun tempaan tidak diketahui)..foto 2 :Bahagian muka syiling

                    Keadaan dua logam ini berbanding dgn syiling 1 sen yg asal.....

                1:syiling 1 sen biasa siri bunga raya...2: Dua keping logam copper syiling 1 sen yg berasal dari sekeping syiling 1 sen...3: Syiling 1 sen yg dimakan asid tapi belum terpisah sepenuhnya antara logam copper dan steel....
          Penemuan ini memberitahu kita terdapat asid yg dapat memisahkan semula antara logam tembaga (copper) dan besi (steel) bagi syiling 1 sen Malaysia dan sekiranya kaedah ini digunakan untuk mengambil hanya logam tembaga dari syiling 1 sen (bagi tujuan untuk dijual) adakah berbaloi dgn kos asid?....

         TERIMA KASIH DAUN KELADI SDR SUFIAN UNTUK PENEMUAN ISTIMEWA INI DAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI UNTUK PEMBERIAN SYILING2 INI UTK DEPANKANTA SIMPAN...

Khamis, 29 November 2012

10 SEN 2012,RIM CUD YANG PANJANG

           Syiling 10 sen Malaysia  tempaan tahun 2012 mudah ditemui die crack pada kedua permukaannya .Die crack boleh juga dikaitkan dgn kelemahan semasa proses penyediaan working die,apa lagi bila die tersebut digunakan untuk menempa planchet stainless steel yg lebih keras berbanding dgn logam copper atau nickel atau campuran keduanya....

          Die crack merupakan petanda awal permukaan die yg menempa syiling ini telah rosak teruk dan jika diteruskan dgn kerja2 menempa akan menyebabkan terjadi die break yg menghasilkan Cud...Bahagian permukaan working die paling tepi yang membentuk imej rim pada syiling merupakan bahagian paling lemah,kerosakan mudah terjadi pada bahagian ini sebagaimana mudahnya tebing tanah menjadi runtuh berbanding pada bahagian tengah yg dikelilingi logam yg memberi kekuatan pada fizikalnya...

  Bahagian muka syiling 10 sen 2012, disyaki pada bahagian tepi working die yg menempa syiling ini telah rosak...

           Bahagian belakang syiling tidak terjejas kerana kerosakan hanya terjadi pada acuan andas (anvil die)

               Rim cud terjadi dari tanda (panah merah) pertama kepanah kedua meliputi hampir 1/3 rim....

            Pada bahagian belakang syiling terdapat sedikit kesan Pre-Strike Damage (PSD)

                 Rim cud pada syiling 1 sen yg pernah dipamirkan ini berbeza dgn rim cud syiling diatas......

Selasa, 27 November 2012

5 SEN 1992, CLIPPED PLANCHET

         Clipped planchet termasuk dalam kategori yang sukar dijumpai dalam edaran.Jika ada pun hanya sekadar yg minor sahaja,walaupun peratus planchet yg terpotong adalah kecil tetapi semua ciri2 clipped planchet masih sama. Dalam blog pakar2 syiling error,berbagai jenis clipped planchet dapat dilihat untuk dijadikan rujukan.depankanta sekadar dapat kongsikan penemuan syiling dgn minor clipped planchet tapi cukup ciri2nya untuk dikongsi bersama.

               Bahagian belakang syiling 5 sen 1992 dgn ciri2 clipped planchet pada jam 9.00

                    Bahagian muka turut mengalami nasib yang sama..Error kategori ini agak mudah dipalsukan dan mudah pula untuk mengenalinya melalui kanta pembesar yg berkuasa tinggi atau microscope bagi mencari kesan kikis....

               Numismatis US,Encik Blakesely telah menemui dihujung rim yg bertentangan dgn clipped planchet akan mengalami tekanan tempaan yg tidak stabil yang menjejaskan kesempurnaan bahagian rim yg bertentangan.Kesan itu telah dikenali dgn istilah "Blakesely effect"..

              Dengan kesungguhan dan kegigihan pengumpul syiling error Malaysia,mungkin suatu hari nanti akan ada dari kalangan kita yg menemui fenomena baru pada syiling error dan tentunya berhak diberi penghormatan spt encik Blakesely.....

             Bahagian sisi syiling akan menjadi tumpuan Pemeriksa syiling error bagi memastikan samada sesekeping syiling clipped planchet itu tulin atau Error buatan orang!...

Ahad, 25 November 2012

20 SEN 2007,MONSTER DDO

             Syiling Malaysia tempaan Tahun 2007 siri Bunga raya banyak menyumbang kepada peminat syiling Doubled Die Variety (DDV).Penemuan Varieti Doubled Die Reverse (DDR) dan Doubled Die Obverse (DDO) bagi denominasi 10 sen 2007 telah dapat dikongsi dari rakan2 pengumpul yang semakin ramai yg memberi perhatian kepada varieti dan syiling errors.

            Dengan penglibatan semakin ramai pengumpul syiling error,sebenarnya kita semakin mendekati numismatis antarabangsa.Bila ramai yg terlibat,kemeriahan perkongsian kian terasa.Tugas meneliti,menilik,membelek,memerhati,scan atau apa saja istilah adalah menjadi tugasan utama untuk mencari sekeping syiling error.Jika seorang sahaja yg menjalankan tugasan ini berapa keping sangat yg sempat dibuat tetapi jika seribu orang yang lakukannya berbagai kategori error yg dapat dikongsi bersama.

           Perkongsian untuk kali ini adalah syiling Malaysia 20 sen 2007 dgn monster DDO

              Doubled Die Obverse (DDO) yang sangat ketara sesuai untuk diberi jolokan"monster"

               Syiling penemuan depankanta ini didapati terdapat sedikit kesan filled die error yg menyebabkan sebahagian imej sekitar dalam bulatan merah menjadi kurang jelas.....
                   Ciri-ciri Doubled Die tulin dapat dilihat pada hampir keseluruhan imej dan dibahagian bingkai tepak sireh dapat menjelaskan kelas bagi DD ini....

                 Bahagian sisi tepak sireh melengkapkan ciri-ciri "monster" syiling ini..

                Tanda kuning adalah imej hasil tekanan pertama working hub keatas working die dan tanda merah adalah imej atas hasil dari tekanan kedua.

                Dibahagian kepala Kacip Pinang imej berganda kelihatan seperti kaki labah-labah,filled die error telah menyebabkan imej yg mengarah ke rim tidak begitu jelas.......
Perkongsian terbaik untuk DDO ini dapat dilayari di :
http://msiaerrorcoin.blogspot.com/