Selasa, 25 Disember 2012

PENCERAHAN SYILING YANG BERBENTUK NEGATIF

              Syiling untuk kegunaan umum biasanya tidak dibuat dengan rekabentuk negatif pada permukaannya,salah satu sebab adalah ruang negatif syiling berkenaan mudah dimasuki kotoran dan tidak praktikal untuk disimpan selain faktor ketahanan die.

            Pernah depankanta pamirkan syiling Malaysia 5 sen 2010 dan 50 sen 2003 yg terdapat ciri2 negative pada sebahagian huruf dan imej bunga raya.Keadaan ini telah menimbulkan berbagai persoalan dikalangan penganalisis syiling error.Pada awalnya depankanta cuba mengaitkan dgn suhu semasa proses penempaan, ternyata ianya bukan faktor yg menyebabkan terjadi demikian kerana syiling ditempa dalam suhu bilik biasa.

           Sebelum menutup tirai tahun 2012,depankanta melihat kembali post berkenaan dan timbul idea untuk berkongsi dgn pelawat satu hipotesis bagaimana keadaan yg membolehkan sebahagian huruf dan imej yg menampilkan corak negatif.

       Syiling 5 sen 2010,kelihatan dgn jelas sebahagian huruf yg berhampiran rim adalah negatif.



               Bagi pencerahan berkaitan fenomena ini depankanta cuba berkongsi hipotesis berikut:

                    Gambarajah 1: Proses penempaan yg sempurna,permukaan die yg berbentuk negatif telah membentuk imej yg positif pada permukaan syiling.

                   Gambarajah 2: Akibat proses penempaan yg berterusan telah menghasilkan  plak yg merupakan serpihan halus dari logam syiling telah melekat pada ruang negatif  permukaan die.Proses hentakan kuat dari tempaan telah menguatkan logam plak ini.

                   Gambarajah 3:  Logam plak semakin banyak melekat dan telah menjadi sebahagian dari logam die, plak ini telah mengubah sebahagian bentuk negatif pada permukaan die menjadi positif dan apabila die menempa planchet  sebahagian imej syiling akan menjadi bentuk negatif.

                Jika dilihat pada bahagian negatif huruf pada syiling ini tidak lurus (ditanda dgn merah) kerana ianya dibentuk oleh tompokan logam plak.

           Keadaan yg sama telah terjadi pada syiling 50 sen 2003 ini.......

                Sebahagian imej stigma dan daun bunga raya adalah berbentuk negatif.....

     Dalam konteks syiling error keadaan ini adalah dalam kategori Die deterioration dan ada berkaitan dengan ciri2 Rusted die atau Corroded surface..

      Adakah anda juga miliki syiling2 spt ini dan Bagaimana pula pendapat anda?.....

Ahad, 23 Disember 2012

PERKONGSIAN 100,000 PAGE VIEWS satu analisis..

      AlhamdulilLah,hari ini 23.12.2012 page views blog depankanta telah mencecah angka 100,000 dengan 404 posts, setelah hampir dua tahun usia depankanta.blogspot.com yang mengkhususkan perkongsian tentang syiling error.Bagi blogger Numismatik,angka ini adalah sangat memberangsangkan dan ini adalah hasil perkongsian kita semua.

       Angka pada  page views sebenarnya tidak membawa apa2 erti untuk tujuan populariti atau perlumbaan mencari publisiti tetapi bagi ahli numismatik khususnya peminat syiling errors,angka ini merupakan satu indicator penting bagi mengukur betapa minat orang ramai terhadap syiling error semakin meningkat.Keadaan ini dapat juga dilihat dalam blog rakan2 yg menunjukkan perkembangan yg sama.

      Blog depankanta yang berkonsepkan perkongsian dan penerokaan bersama syiling error Malaysia mendapat maklum-balas yang baik dari rakan-rakan pengumpul.Walaupun depankanta masih jauh dari mencapai status Pakar tetapi pengunjung dapat menerimanya sebagai rakan perkongsian untuk bersama menerokai pemburuan syiling2 error yang dikira bidang yg masih baru di negara kita.

             
     Post yang paling popular ialah SYILING BURUAN 2011 dengan 2057 page views dan 18 komen,diikuti dgn SYILING YASIN ADALAH SYILING YASIN dengan 1294 page views dan 24 komen.Ini menggambarkan pelawat berminat untuk mengetahui syiling2 yang mempunyai premium yg tinggi disamping terdapat juga pelawat yg berkunjung untuk mendapatkan penjelasan tentang kemuskilan berkaitan syiling numismatik dan dunia mistik.

               Selain pengunjung Malaysia,Pelancung tanpa visa dari USA telah menjuarai kategori pelawat luar negara dengan 4030 page views dan diikuti oleh Rusia,Singapore,Indonesia,Italy dll... Pelawat dari USA adalah diagak merupakan kunjung balas dari admin beberapa laman web numis mereka yang sering dikunjungi oleh depankanta.Mungkin suatu hari nanti depankanta akan menerima komen dari mereka pula...


         Bulan Julai 2012 merupakan bulan yang paling ramai menerima pengunjung dgn 13,092 page views,lonjakan yang tiba-tiba ini sukar untuk dianalisis..Jika diteliti pada carta dibawah menampakkan geraf yg semakin menaik menandakan meningkatnya jumlah pelawat syiling error dan ini sewajarnya dilihat satu perkembangan yg baik untuk numismatik Malaysia dan pihak BNM sewajarnya melihat perkembangan page views dalam berbagai  blog syiling error bagi memberi galakan kepada rakyat Malaysia bagi memperkembangkan Sains Numismatik sesuai dengan Malaysia yang sedang menuju sebagai Negara Maju...



      TERIMA KASIH SEMUA, TANPA KUNJUNGAN ANDA BLOG INI TIDAK MAMPU WALAU UNTUK MENARIK SEORANG PENGUNJUNG.......(sasaran seterusnya,500 posts)

Sabtu, 22 Disember 2012

LAGI DDO 5 SEN 1977,TUAH YANG MALANG

               Syiling 5 sen 1977 dengan keluaran sebanyak 10,609,162 merupakan antara syiling 5 sen siri Parlimen yang sukar dijumpai.dalam edaran.Untuk menemui sekeping syiling ini anda terpaksa kumpul sejumlah syiling 5 sen siri Parlimen yg banyak.Tugas ini memang mencabar memandangkan syiling 5 sen jarang didapati dalam edaran hari ini.

                 Depankanta menemui sekeping syiling DDO 5 sen 1977 dalam selonggok syiling yg dikategorikan sebagai syiling lusuh.Memandangkan DDO ini sukar diperolehi depankanta rasa bertuah kerana berjaya mendapat syiling kedua bagi DDO 5 sen 1977 dan sedikit perasaan malang kerana menjumpai syiling ini dalam keadaan yang agak teruk...

                  Bahagian belakang syiling 5 sen 1977 yg sudah lusuh....

                    Pada bahagian muka kelihatan kesan acuan berganda yg ketara pada bulan dan bintang...


                                
             Selain pada bulan dan bintang,dibawah bangunan Parlimen juga terdapat kesan acuan berganda...

             Syiling bertuah ini dijumpai sekeping sahaja dalam longgokan syiling 5 sen siri Parlimen yang   disimpan sebagai kategori syiling lusuh...Dapat anda bayangkan kesukaran mendapat sekeping syiling DDO 5 sen 1977!...


                 DDO 5 sen 1977 pernah dipamirkan dalam post terdahulu:
                       http://depankanta.blogspot.com/2012/10/ddo-1977-inspirasi-whycollect.html


Penemuan syiling kedua untuk syiling2  varieti DD adalah penting bagi memastikan ianya bukan MDD atau DDD kerana jika ianya DD tulin tidak mungkin terdapat perubahan pada jarak imej yg berganda walau dijumpai sebanyak mana syiling sekali pun....

Jumaat, 21 Disember 2012

DUA VARIETI DDR 5 SEN 2009

      DDR 5 sen 2009 menjadi buruan baru pengumpul dan peminat DDV.Agak mencabar untuk mencari Varieti ini kerana ianya terjadi pada syiling yang bersaiz kecil,apa lagi jarak gandaan antara dua imej utama dan kedua adalah kecil berbanding dgn DD yg bercorak monster spt DDR 5 sen 2008.

    Dalam post terdahulu,depankanta telah pamirkan penemuan varieti DDR untuk syiling 5 sen 2009.Untuk post ini dipamirkan pula penemuan varieti kedua DDR 5 SEN 2009.Mengikut pemerhatian depankanta kedua varieti ini adalah dua varieti DDR bukan Batch MDD.

            Varieti I DDR 5 SEN 2009,syiling ketiga yang ditemui dgn ciri2 yg sama....
 

                  VARIETI II DDR 5 SEN 2009

              Kedua varieti ini mempunyai ciri2 dan keistimewaannya tersendiri...Kiri varieti II,kanan varieti I.

               Perhatikan dgn teliti pada kedua varieti ini,huruf "ARA"(NEGARA) kedua syiling ini berbeza,iaitu pada varieti II (kiri) jarak  imej bergandanya adalah lebih kecil dari varieti I (kanan). Pada kedua varieti ini juga terdapat gandaan pada stigma bunga raya.

        Agak sukar untuk pamirkan DDR pada syiling 5 sen 2009 dengan kemudahan yg terhad yg ada pada depankanta.Harap para pelawat/peminat DDV juga akan menemui kedua varieti ini dan dapat pamirkan dengan lebih jelas dan menarik untuk perkongsian bersama....

Isnin, 17 Disember 2012

ROTATED DIE 1 sen 1986


             Syiling siri Parlimen sukar dijumpai rotated die error apa lagi dengan darjah pusingannya yg melebihi 100 darjah yang menjadi idaman pengumpul.Dalam koleksi depankanta hanya terdapat beberapa keping siri Parlimen dengan darjah pusingan yang agak kecil.

           Sekeping syiling 1 sen 1986 dengan darjah pusingan die sekitar 45 darjah ini menarik untuk dikongsi kerana mungkin pelawat juga berminat untuk selongkar koleksi yg ada, rotated die biasanya akan ada lagi syiling2 yang sama batch dengannya...Mungkin akan jumpai yang lebih besar darjah pusingan yg terjadi....