Jumaat, 1 Februari 2013

MULTIPLE DIE CLASH + DIE CRACK

               Syiling 5 sen 2011 dengan ciri-ciri multiple die clash pada bahagian muka dan die crack pada bahagian belakang..Keadaan syiling masih tidak terjejas...(UNC?)..UNTUK DIJUAL 2 KEPING RM30 TERMASUK BAYARAN POS (Malaysia sahaja).

                      Kesan multiple  die clash kelihatan pada bahagian muka syiling 5 sen 2011
 



Syiling masih berkeadaan cantik...Spesimen multiple die clash adalah sukar dijumpai...

             Pada bahagian belakang wujud die crack bermula dari rim merentasi angka "0"...
    Juga kelihatan die deterioration pada hampir keseluruhan permukaan pada bahagian belakang syiling..


          Jika berminat sila sms 019-6955867.....

Khamis, 31 Januari 2013

LAGI DDO 5 SEN 2011

                 Usaha memburu syiling-syiling varieti Doubled Die berterusan dengan semakin bertambahnya jumlah pemburu, hasilnya hari ini kita dapat melihat berbagai penemuan varieti DD yang baru termasuk beberapa varieti bagi denominasi dan tahun yang sama. Dari minat yang mendalam kepada syiling-syiling Vatieri DD, lahir pula blogger yang mengkhususkan perbincangan tentang varieti Doubled Die spt blog :http://msiaerrorcoin.blogspot.com/

              Kelahiran blog-blog yang  khusus akan membuka satu lembaran baru bagi pengumpul syiling error untuk dijadikan rujukan atau sekurang-kurangnya sebagai medan untuk perbincangan dan berkongsi informasi. Mungkin suatu hari nanti setiap kategori utama syiling error Malaysia akan ada blog yang khusus bagi membicarakannya.

            Bagi meneruskan perkongsian syiling varieti DD, depankanta pamirkan sekeping lagi syiling 5 sen 2011 dengan ciri-ciri DDO yang jelas. Syiling yang baru dijumpai ini kelihatan sama dengan DDO 5 sen 2011 yang pernah dipamirkan dulu.
                   Foto-foto syiling yang sama dengan berbagai gaya dan cahaya......







             Syiling DDO 5 sen 2011 ini pernah dipamirkan dalam post terdahulu.......

Selasa, 29 Januari 2013

FINNED RIM,MAD,DOUBLE RIM & OFF CENTER

              Finned rim,Misaligned die (MAD), Double rim dan Off center merupakan nama-nama syiling error yang biasa ditulis oleh pengumpul syiling error. Ketiga-tiga kategori ini saling berkaitan antara satu sama lain. istilah  errors biasanya dinamakan mengikut bagaimana kelihatan atau penampilan sesuatu error pada permukaan syiling. Keempat kategori ini lebih mudah terjadi pada bahagian belakang syiling (rev) kerana keadaan mekanikal die atas yg lebih lasak bekerja berbanding die bawah yang hanya berkeadaan statik.

                Finned rim adalah disebabkan kedudukan kedua die telah tidak sejajar yang menyebabkan sebahagian permukaan syiling akan terjadi lebihan logam pada bahagian rim, collar die pula berperanan mengensot bahagian yang terlebih itu keatas lalu akan menimbulkan sedikit bahagian rim menjadi tinggi. Bagi sesetengah pengumpul menganggap kelebihan sirip logam yg kecil sebagai MAD sedangkan pengumpul yang lain beranggapan ianya adalah finned rim. Terdapat juga syiling-syiling finned rim dijumpai terjadi pada syiling yang tidak ada ciri-ciri MAD.



           Misaligned die atau MAD biasa dilihat pada syiling 5 sen 2000, bahagian tepi rim akan menebal tetapi tidak membentuk ciri-ciri lain spt finned rim atau double rim. MAD hanya akan menjejaskan satu permukaan syiling sahaja,keadaan ini berlainan dengan syiling off center yang menjejaskan kedua permukaan syiling. MAD adalah kategori umum yang menggambarkan syiling yang ditempa oleh kedudukan dua die yang tidak sejajar.


     

  Double rim juga merupakan fonomena MAD,kategori ini lebih hampir dengan finned rim tetapi tidak terjadi sebahagian rim yg meninggi. hanya kelihatan dua rim yang terbentuk kerana kedudukan dua die tidak sejajar. Bagi sesetengah negara agak sukar dijumpai syiling dalam kategori ini, bagi Syiling-syiling Malaysia keadaan ini adalah biasa dijumpai dan seolah-olah tiada sebarang premium selain nilai muka......


           

     Off center tidak hanya disebabkan MAD tetapi juga melibatkan kedudukan planchet yang tidak sepenuhnya berada dalam chamber menyebabkan keadaan permukaan syiling off center biasanya akan melengkung sedikit kerana terkena bahagian atas collar die semasa proses penempaan.

     Keempat-empat kategori diatas merupakan errors yang melibatkan proses penempaan dan diletakkan dibawah kategori utama striking errors......

Isnin, 28 Januari 2013

DIE CRACK,RETAK MENANTI BELAH

             Syiling error juga boleh dijadikan bahan untuk pembelajaran Bahasa.Retak menanti belah adalah peribahasa Melayu yang menggunakan kiasan bahasa bagi menyampaikan maksud sebenar yang bererti perkara kecil yang menjadi semakin besar dan menanti petaka yg lebih besar.Syiling 5 sen 1968 yang ditemui dengan kesan retak yg jelas dari rim ke rim yang berpotensi untuk membentuk cud.              

                   Walaupun keretakan acuan yang terjadi masih kecil tetapi bila melihat pada bentuk yg ada pada syiling ini,peluang untuk menjadi die break atau cud adalah besar. Cud tidak akan terus terjadi melainkan permukaan acuan akan retak terlebih dahulu dan dalam keadaan ini tidak dapat diselamatkan lagi melainkan acuan andas (anvil die) syiling ini diganti atau satu cud yang besar akan terbentuk.

          Die crack biasanya mula terjadi pada permukaan acuan,lama-kelamaan keretakannya semakin mendalam dan akan menjejaskan imej yg ada. Syiling 5 sen 1968 ini masih diperingkat awal die crack yang dapat dilihat pada bangunan Parlimen yang masih belum terjejas oleh keretakan yg terjadi...

              Bahagian belakang syiling tiada kesan error......

Sabtu, 26 Januari 2013

LATHE LINES BERSEMBUNYI

     Secara teknikalnya bagaimana syiling-syiling lathe lines terjadi telah banyak diperjelaskan dalam post yang terdahulu,ianya adalah berkaitan dengan penyediaan die sebelum imej dari working hub dipindahkan kepada permukaan working die melalui proses hubbing. Permukaan die akan dicanai supaya rata oleh mesin lathe kemudian kesan bekas canai akan dihilangkan melalui proses melicinkan permukaan die dgn polish.

        Malangnya tidak semua kesan lathe lines dapat dihilangkan semasa proses melicinkan permukaan die lalu meninggalkan sedikit kesan yang merupakan garis-garis halus yang tertinggal dan bersembunyi dicelah-celah huruf...

                         Kesan garis halus bersembunyi dicelah-celah huruf" BANK NEGARA MALAYSIA"

                  Kesan ini sukar dilihat melainkan dengan pemerhatian yang teliti pada setiap huruf..Lathe lines bersembunyi dicelah-celah huruf iaitu tempat yang tidak menerima tekanan kuat semasa proses penempaan.
Agak sukar untuk mengambil foto lathe lines sebegini.........


               Syiling 50 sen 2011 ini merupakan spesimen lathe lines yang istimewa dan sukar dijumpai..

             Pada bahagian belakang syiling ini juga terjadi MDD yang jelas kelihatan kesan Die yang terseret...

   Ciri-ciri lathe lines yang sama telah dipamirkan dalam:http://depankanta.blogspot.com/search/label/TERLEPAS%20PANDANG%20%28LATHE%20LINES%29