Rabu, 13 Februari 2013

SYILING PALSU DARI JAUH

           Menyusuri medan penjaja bersebelahan pasar Siti Khadijah,Kota Bharu adalah aktiviti biasa depankanta terutama bila hari cuti umum. Pun begitu tidak banyak item yang menarik perhatian depankanta kerana kebanyakan penjual mempamirkan barang-barang mistik seperti berbagai jenis batu dan batu permata,kayu-kayu yang dikatakan berkhasiat mistik tertentu, besi dengan berbagai jenis besi..Tidak kurang juga pengunjung yang meminati barang mistik ini dan membelinya untuk tujuan masing-masing....

           Penjual syiling-syiling dan wang kertas lama hanya beberapa gerai sahaja, kadang-kadang jika bernasib baik kita akan temui wang kertas lama yang masih bergred tinggi. depankanta yang telah biasa disini telah  disapa oleh seorang penjual yang sedang berkemas untuk pulang, beliau menawarkan beberapa keping syiling Cina yang telah lama disimpan. Memandangkan harga yang ditawarkan adalah menasabah dan depankanta sendiri masih belum memiliki syiling-syiling begini depankanta membayarnya. Penjual itu hanya tersenyum bila diberitahu semua syiling ini adalah palsu.

           Dipamirkan syiling-syiling palsu dari Cina yang menarik untuk dikongsi bersama........






           Ciri-ciri unik syiling-syiling palsu ini ialah bila disusun ianya tidak menjadi  rata kerana rekabentuk imej dan huruf adalah lebih tinggi dari rim.....Rim tidak mampu melindungi imej!...

Selasa, 12 Februari 2013

ACUAN BERGANDA KELAS V (PIVOTED HUB DOUBLING)

             Perbincangan mengenai kelas pada DDV lebih mudah jika disekalikan beberapa kelas yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Kelas I Rotated hub doubling yang telah dibincangkan adalah merupakan DD yang mempunyai ciri-ciri terpusing (rotated), demikian juga bagi kelas V DDV (pivoted hub doubling).

         Walaupun pada istilahnya kelas v ini tidak menyebut "rotated" tetapi apa yang berlaku pada DD kelas ini adalah juga berlaku "rotated "semasa working hub ditekan keatas working die pada kali kedua. Yang membezakan antara kedua kelas ini ialah, kelas I working hub terpusing berpaksi/berpusat ditengah2 sementara bagi kelas V ianya boleh berpaksi pada mana-mana bahagian yg berhampiran dgn rim, biasanya kedudukan ini akan ditentukan mengikut persamaan kedudukan jarum jam.

           Bagi mengenal DD kelas V ini,pergandaan imej,huruf atau angka perlu dilihat secara keseluruhan permukaan syiling. Lakaran dibawah cuba menjelaskan begaimana varieti Acuan Berganda kelas V terjadi:

            1.      Pemindahan imej yang sempurna, tekanan dibuat dua kali tetapi hanya satu imej yang sempurna kelihatan.

            2.       Diandaikan working hub terpusing dengan berpaksi pada bucu bintang yang berada kedudukan jam 9. Imej yang berhampiran dengan paksi menampakkan pergandaan yg kecil atau tiada, sementara bucu bintang yang lebih jauh dari paksi akan semakin luas jarak gandaannya. Pusingan yang terjadi adalah berlawanan pusingan jam (ccw).

            3.      Gambaran acuan berganda kelas v dengan working hub terpusing mengikut pusingan jam.

            4.      Gambaran acuan berganda kelas v yang terjadi pada perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dengan berpaksi pada huruf 'B'.
     

Perbezaan dengan acuan berganda kelas I yang berpaksi pada bahagian tengah



                          Spesimen yang dapat dikongsi dgn jelas bagi DDV kelas v ialah DDR 5 sen 1976


                    Gandaan imej kelihatan berpaksi pada "A" iaitu kedudukan jam 7, tiada ciri-ciri gandaan terjadi sekitar paksi ini. Huruf yang paling jauh iaitu "B" kelihatan gandaannya lebih luas. Perbezaan jarak imej yang berganda dapat dilihat pada kedudukan yg ditandakan 1,2,3,4 dan 5

      

Sabtu, 9 Februari 2013

BERJUMPA PRESIDEN KELAB WARISAN NUMISMATIK

       Presiden Kelab Warisan Numismatik, Dato' sharuddin  Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi. Dikalangan komuniti Numismatik Malaysia nama beliau adalah sebaris dengan nama-nama besar dalam Numismatik Malaysia. Melalui blog beliau Galeri Sha Banknote kita dapat menilai betapa komitmen beliau yg begitu tinggi dalam dunia Numismatik.

           Pada malam Sabtu tanggal 9.2.2013, depankanta rasa bertuah dapat berjumpa dan mengenali dengan lebih dekat Dato' Sharudin Yusof.  Pasar borong Wakaf Che Yeh,Kota Bharu Kelantan merupakan destinasi tumpuan, terutama dari pengunjung dari luar Kelantan. Kesempatan cuti sambutan Hari Raya Cina telah membawa Dato' Sha sekeluarga ke Wakaf Che Yeh yang merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi beliau.

        Pertemuan yang singkat di HOLIDAY VILLA WAKAF CHE YEH ternyata tidak kecukupan masa kerana banyak visi dan misi numismatik yang menjadi tajuk perbualan. Usaha murni Dato' Sha dibidang Numismatik telah banyak membuka ruang yang selama ini tidak berpeluang untuk menjejakinya seperti lawatan ke Kilang Medal Mariwasa di Kuala Kangsar,Perak pada 18.12.2012 yg lalu.

    Walaupun depankanta hanya satu titik kecil dalam Numismatik Malaysia tetapi Kesudian Dato' Sha meluangkan masa untuk berjumpa adalah sesuatu yang membanggakan. Turut diperbincangkan ialah perancangan Kelab Warisan yang akan mengadakan seminar syiling error pada 27.4.2013 yang akan di kendalikan oleh Mr Dickson Niew yang merupakan salah seorang Numismatis yang mula-mula mencetuskan minat belia Malaysia terhadap syiling error. Berkongsi pengetahuan dengan seorang sifu spt Mr Dickson adalah kaedah terbaik untuk mendekati syiling error. Bagi pengunjung yang ingin mendalami ilmu dibidang syiling error adalah sangat digalakkan supaya menyertainya,sila lawat:http://sharuddin58.blogspot.com/2013/01/seminar-berkaitan-error-coins-malaysia.html
  Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dato' Sha...

Jumaat, 8 Februari 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2013

KHAS UNTUK PENGUNJUNG DEPANKANTA.BLOGSPOT  YANG MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, DIUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2013" SEMOGA AKTIVITI NUMISMATIK MALAYSIA TERUS MENINGKAT MAJU SEPANJANG 2013...


Khamis, 7 Februari 2013

MENGENAI RTR DIE CRACK

         Rim To Rim (RTR) Die crack merupakan koleksi yang dapat diperbagaikan dan disusun mengikut perkembangan keretakan yang terjadi pada die. Syiling-syiling dalam kategori utama Die error spt die chip,die crack biasanya dapat dilihat bagaimana perubahan pada permukaan syiling, adalah sangat mengujakan jika anda dapat mengumpulkan beberapa koleksi yang mempamirkan perubahan ini....

           RTR Die crack Syiling 5 sen 2008 ini tentu menarik bagi peminat Die crack error, bentuk bercabang spt petir ini merupakan bentuk keretakan menarik yg terjadi pada die syiling Malaysia. Walaupun RTR ini kelihatan terputus ditengah-tengah syiling ini tetapi ianya masih dikategorikan sebagai Rim To Rim die crack kerana bila keadaan retak seperti ini, ianya telah wujud secara halus dan bersambung pada permukaan  die tetapi masih tidak cukup besar untuk menimbulkannya pada permukaan syiling.

           RTR dari jam 2 hingga jam 8....

Jika diteliti sekeping lagi syiling 5 sen 2008 ini kelihatan wujud die crack yang sama dgn syiling diatas tapi pembentukan die cracknya masih belum peringkat RTR kerana die crack yg terjadi hanya kelihatan menyentuh pada satu bahagian rim sahaja.

           Pada bahagian Medan (field) syiling ini kelihatan terdapat ciri2 die deterioration yang sama dgn syiling pertama, jelas menunjukkan ianya ditempa dari die yg sama.

    Perbezaan antara kedua Die crack dan RTR Die crack dapat dilihat....

                Tujuan paparan ini adalah untuk menarik perkongsian dengan rakan-rakan pemburu die crack agar turut mensasarkan batch syiling-syiling yang ditempa oleh die yang retak ini.....

            RTR Die crack yang sempurna dapat dilihat pada syiling 5 sen 2010  yang pernah disiarkan ini....