Rabu, 6 Mac 2013

PRE-STRIKE DAMAGE

              Pre-strike damage adalah dibawah kategori utama Planchet error dimana kerosakan terjadi keatas permukaan planchet sebelum ianya ditempa atau mechanically damaged planchet.. 

                Agak sukar untuk membezakan pre-strike damage ini dgn PMD (Post Mint Damage) kerana kerosakan yang biasanya berbentuk calar akan terkeliru samada ianya terjadi didalam kiling atau selepas keluar dari kilang. Beberapa ciri-ciri khas akan membantu kita untuk mengenali syiling error pre-strike damage.

           Sekeping syiling 20 sen 1981 ini merupakan spesimen yg dijumpai terdapat ciri-ciri pre-strike damage yang jelas                 

             Garis-garis tercalar kelihatan terjadi sebelum syiling ini ditempa kerana bahagian imej syiling (angka 20) berada diatas kesan calar..Pada bahagian calar yang berbentuk berparit pula akan rata pada bahagian tebingnya selepas proses penempaan.

       

           lakaran 1 menggambarkan keadaan garis calar sebelum proses penempaan iaitu terdapat logam yang berbentuk tebing wujud sekitar garis calar. Lakaran 2, logam tebing akan menjadi rata akibat dari tekanan oleh die semasa proses penempaan..Keadaan ini yang membezakan syiling Pre-strike damage dengan PMD kerana syiling PMD masih kekal bahagian tebing pada garis berparit yang tercalar.

           Spesimen pre-strike damage syiling 20 sen s3M yang pernah dipamirkan....

                Juga pada syiling 5 sen s3M................




Isnin, 4 Mac 2013

3 IN 1 DIE ERRORS

                Die chip,die crack dan die clash merupakan asas mengenali syiling error dalam kategori die error, sewajarnya setiap pengumpul syiling error memiliki spesimen ini dari berbagai denominasi bagi mengenali secara lebih dekat dan mempelajari bagaimana ketiga-tiga error ini terjadi serta menguasai pengenalan ciri-cirinya.

     Dalam kategori utama Die errors, ketiga-tiga sub-kategori ini adalah yang paling popular dan dilihat terjadi pada semua siri dan denominasi pengeluaran syiling moden Malaysia dengan tahap rarity masing-masing.  Ciri-ciri pengenalan ketiga-tiga kategori ini telah banyak ditulis dan dipamirkan oleh pakar-pakar syiling error dan adalah satu sumbangan numismatik sekiranya anda memiliki dan dapat berkongsi penemuan baru hasil kajian anda sendiri.

      Perkongsian  post ini adalah keatas penemuan istimewa pada bahagian belakang syiling 1 sen 2005. Dalam keadaan biasa anda mungkin terpaksa mengumpul tiga keping syiling untuk melihat ketiga-tiga error ini.
                    Syiling 1 sen 2005 dengan ketiga-tiga kategori die errors, die crack,die clash dan die chip berada pada satu permukaan syiling. 3 IN 1.

Die crack yang dilihat pada jam 2.00 merupakan koleksi yg telah menarik minat ramai pengumpul

            Die clash yang ada pada syiling ini akan membuka minda anda untuk memikirkan asal kejadiannya

       Die chip error spt ini dapat dijadikan ukuran tahap QC yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar syiling.

           Pada bahagian muka syiling istimewa ini tiada kesan error yang ketara....

Sabtu, 2 Mac 2013

SYILING 20 SEN S3M, BUKAN SEKADAR DUIT

         Dengan kandungan campuran logam nikel loyang (nickel brass),syiling 20 sen s3M (Siri ke-3 Malaysia)  telah menerbitkan satu warna keemasan yang menarik perhatian peminat seni perhiasan jari untuk menghasilkan cincin dari logam syiling itu. Peminat seni perhiasan cincin telah cuba menempah cincin dari logam syiling ini dan hasilnya sangat mengkagumkan sekali.

         Suatu ketika dulu logam syiling 1 ringgit keris Malaysia telah digunakan untuk membuat barang-barang perhiasan kanak-kanak dan didapati ianya mempunyai ketahanan dan mengambil masa yang lama sebelum menjadi pudar dan kusam..Seni pembuatan barang-barang perhiasan dari berbagai logam ini didapati biasa di negeri Kelantan mungkin kerana disini terdapat ramai yang masih bergiat dibidang pertukangan perhiasan samada tukang emas,tukang perak,suasa,tembaga dsb.

       Secara kebetulan depankanta menemui seorang rakan yang juga peminat cincin dan permata telah menunjukkan sebentuk cincin yang diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M. Mengikutnya cincin ini ditempah khas dari seorang tukang emas dari Bachok,Kelantan.

            Cincin ini adalah diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M, warnanya yang berubah mungkin disebabkan kepanasan semasa proses mencairkan logam itu..Ketahan sebenar belum teruji kerana masih diperingkat baru....

       Mengikut pemiliknya Razani Hamzah, sebentuk cincin ini dihasilkan dari enam keping syiling 20 sen s3M

           Mengikut tukang yang membuat cincin ini, syiling 50 sen s3M dengan logam nikel loyang bersalut kuprum tidak sesuai untuk dijadikan cincin

            Siapa sangka jika cincin yg secantik ini adalah diperbuat dari logam duit syiling...

        Seni perhiasan diri dengan menggunakan duit syiling sebenarnya telah lama bergiat, syiling 20 sen perak straits settlements 1927 ini telah digunakan untuk dibuat butang baju oleh generasi dimasa itu....

       Dalam era yg serba moden masih menarik minat orang ramai untuk membuat perhiasan diri dari duit syiling. Keadaan ini harus dilihat dari sudut Inovasi dan citarasa pengguna yang tiada batasannya....

Selamat bersantai dihujung minggu........

Rabu, 27 Februari 2013

TIGA VARIETI DDO 10 SEN 2007

           Syiling 10 sen 2007 menyumbang banyak varieti Doubled Die khususnya Doubled Die Obverse (DDO) kepada peminat DD, dalam koleksi depankanta telah ada tiga varieti DDO yang berbeza. Kemungkinan banyak lagi yang masih belum ditemui..

                 Varieti 1,2 dan 3

                Varieti 1, DDO 10 sen 2007

             Varieti 2, DDO 10 sen 2007..

            Varieti 3, DDO 10 sen 2007


        Persamaan antara V1 dan V2 ialah pergandaan imej utama dan imej kedua adalah selari menggambarkan pergerakan hub semasa proses hubbing adalah secara teranjak bukan terpusing,Perhatikan jarak gandaan yang sama antara point (A) dan (B) bagi kedua syiling. Perbezaan antara dua varieti ini pula ialah jarak gandaan imej utama dan kedua adalah tidak sama dimana V1 lebih luas jaraknya. Ciri-ciri kukuh yang menjadikan kedua syiling ini Doubled Die Variety ialah terdapat kesan lekuk (notch) pada penjuru lubang congkak pada kedua varieti ini.
             
           
       Sebahagian pergandaan imej ketiga-tiga varieti ditanda kuning (imej utama) dan merah (imej kedua) bagi memudahkan pemerhatian..Hingga kini V3 telah dikenalpasti dalam kelas I, rotated hub doubling.

Isnin, 25 Februari 2013

VARIETY EDGE SYILING PALSU 1985

               Syiling palsu siri Parlimen 1985 merupakan satu pelengkap bagi pengumpul yang meminati koleksi syiling palsu Malaysia .  Ahli-ahli numismatik agak terlewat mengesan kewujudan syiling-syiling palsu 1985 ini menyebabkan tidak banyak yang berada ditangan pengumpul sekarang. Kesempurnaan pembuatan syiling palsu 1985 menyebabkan ianya sukar dikesan oleh orang ramai. Sekiranya dalam masa terdekat pihak BNM mengambil keputusan untuk memansuhkan penggunaan syiling siri pertama atau siri Parlimen, syiling-syiling palsu ini akan turut lenyap dan tinggal sejumlah kecil sahaja yg ada dalam simpanan pengumpul.

           Pemburuan syiling-syiling error telah menemukan sekeping lagi syiling palsu siri parlimen 1985

      Keadaan yang agak masih elok menarik perhatian depankanta untuk meneliti pada semua sudut

           Bila diteliti pada bahagian sisi syiling palsu ini, didapati huruf "I" dan sebahagian huruf"Y"(MALAYSIA) telah tiada. Agak sukar untuk menyatakan ianya adalah disebabkan die ketiga yang menempa sisi syiling ini tersumbat sesuatu kerana disekitarnya tidak terjejas. Mungkinkan ini adalah varieti pada sisi syiling 50 sen 1985 palsu.



              Ciri-ciri pengenalan syiling palsu 50 sen 1985 telah diterangkan dalam post:
http://depankanta.blogspot.com/2012/11/syiling-parlimen-1985-palsu.html
              syiling palsu 50 sen 1985 yang telah dipamirkan dalam post terdahulu