LAMAN

Isnin, 18 Julai 2011

50 SEN 2011....LAGI HAL CIRCLES,,,,,,,

Penemuan pada sekeping syiling 50 sen 2011 ini agak unik.Syiling siri ini yang baru diedarkan dalam jumlah yang mungkin sangat terhad!,,,
     Depankanta yang berada jauh di Pantai Timur semenanjung sukar perolehi syiling ini.Dengan bantuan dari kawan-kawan di Lembah Kelang dapat juga depankanta menjamah beberapa keping syiling siri terakhir bunga raya ini.
    Setelah membelek beberapa keping syiling,terpandang pada sekeping yg ada satu bentuk circles yg betul2 berada di tengah2 bahagian belakang (rev)syiling .Apa yg menarik ialah circles ini terdiri dari dot-dot kecil yg timbul (positive) membentuk satu bulatan.


            Bahagian muka syiling 50 sen 2011

Bahagian belakang yang terdapat bentuk bulatan kecil  terdiri dari dot-dot yg timbul (positive) betul2 pada bahagian pusat planchet


             Bulatan ini mungkin boleh kita lupakan saja kalau ianya negative(berparit) tapi yg ada disini adalah dot-dot kecil yg timbul(positive)membentuk bulatan ditengah2(pusat) syiling 50sen ini.Perhatikan dot ini ada juga pada atas kelopak bunga.



Malang sekali depankanta menerima syiling ini dalam keadaan agak yg sudah banyak kesan calar,namun untuk perkongsian tentang error ini depankanta pamirkan juga.....

8 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ya, satu lagi bulatan yang menarik.
    Harap dapat penjelasan daripada pakar sekali lagi.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Semua pelawat layak memberi pendapat,depankanta alu-alukan sebarang komen.Anggapkan setiap posting depankanta sebagai pentas forum untuk memberi pendapat.
    Dengan adanya pakar-pakar yg mengawasi dan membetulkan kenyataan,forum kita akan lebih meriah dan bermakna.Whycollect pun tidak kurang hebatnya,banyak idea dan motivasi yg depankanta tumpang dari whycollect..
    Tima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Nampaknya macam terkena alat instrumen dengan tidak sengaja semasa die itu dikeluarkan dari proses annealing. Proses annealing diperlukan untuk memudahkan pengehuban seterusnya.
    Kadang2 alat instrumen tercicir dan terkena muka die. Faktor lain seperti terkena instrumen lain2 dikilang juga bisa diambil pertimbangan.

    BalasPadam
  4. Saya dapat juga banyak syiling 50 sen 2010 dan 2011 dengan bulatan berbintik kecil ini,masih tidak pasti macam mana ia berlaku!
    Mula-mula saya juga bersetuju dan bersependapat dengan penjelasan nucoins,tetapi bintik -bintik (dots)yang muncul diatas kelopak bunga yang buat saya fikir lebih mendalam macam mana ia berlaku.Masih fikir.....hehe!!

    BalasPadam
  5. Betul katanya Dickson. Bukan sahaja bulatan, kami pernah menjumpai garisan berbintik-bintik melintangi permukaan duit syiling juga :)

    BalasPadam
  6. Terima kasih nucoins,
    Banyak kemungkinan berlaku demikian,apa yang diterangkan oleh nu itu adalah satu kemungkinan besar kerana dalam kilang syiling banyak instrumen yang digunakan dan proses penyilingan ini sentiasa bergerak dari satu proses ke proses yang lain.
    Terima kasih banyak nucoins....

    BalasPadam
  7. Hi Mr Dickson,
    Tahniah kerana Mr.Niew juga ada syiling yg sedemikian,tentunya dapat study dgn lebih jelas sebab-sebabnya.Depankanta berpendapat bintik yg ada pada kelopak bunga mungkin disebabkan ianya terkena alat instrumen selepas proses penempaan.
    Depankanta hairan ialah bintiknya adalah positif jadi ia mungkin terkena alat instrumen yg negative!..
    Terima kasih banyak-banyak Mr.Dickson

    BalasPadam
  8. Terima kasih banyak whycollect,
    Nampaknya syiling yg ada kesan bintik ini ada banyak dalam simpanan pengumpul.Kalau boleh ditelitikan semua syiling2 tersebut mungkin pakar-pakar kita lebih mudah membuat rumusan.
    Tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam