Selasa, 27 Mac 2012

PRE-STRIKE DAMAGE

Pre-strike damage planchet bukan satu kecacatan yg popular pada syiling Malaysia,kategori error ini jarang dapat dilihat dalam mana2 blog pengumpul.Pada siri bunga raya ianya ada dijumpai terjadi pada syiling 20 sen berbagai tahun pengeluaran.

       Bagi memperkayakan lagi pengetahuan tentang berbagai kategori error,depankanta lampirkan nota dari nucoins berkaitan pre-strike damage error ini.

               "Bentuk garis itu memang penting untuk menentukan jenis kecacatan itu. Kalau bukan bertebing yang dikatakan malah berbentuk parit dan dah disahkan bukan dibuat luar kilang, ia dikatakan sbg 'pre-strike damage=PSD'(kecacatan sebelum tempaan?) atau mechanically damaged planchet. 
PSD boleh berlaku dikilang dan kecacatan mungkin berbentuk garis parit (cut marks), rolling indentation atau gouged,scraped dll.
Category> planchet >damaged planchet> mechanically damaged planchet."

             Penerangan yg lengkap belum mencukupi untuk mengaitkan sesekeping syiling dgn error tertentu.Pengalaman,pengetahuan serta pemerhatian yg tepat adalah penting dalam memastikan setiap kategori error.Sering kali beberapa jenis error menjadi perbahasan dikalangan pakar2 syiling error dan situasi ini adalah perkara biasa dan akan membawa implikasi yg baik untuk perkembangan ilmu.

               Beberapa keping Syiling 5 sen s3M dijumpai terdapat kesan pre-strike damage...Ciri utamanya ialah kesan berparit (negative) pada permukaan syiling.


                           Tiga keping syiling yg dijumpai kesan yg sama ini menimbulkan persoalan adalah ini PSD atau ianya dalam kategori die errors...

                           Sekeping syiling 20 sen s3M ini ada kesan ys sama....

                       
                         
ReplyDelete

Isnin, 26 Mac 2012

ROTATED DIE CW/CCW 180 DARJAH

  Syiling 10 sen merupakan denominasi yg agak sukar untuk diperhatikan imej yg terbalik pada kedua permukaan syiling.Dalam post terdahulu telah dipamirkan rotated die error pada syiling 10 sen yang hanya sekitar 100-110 darjah pusingannya.

          Setelah begitu lama pencarian,akhirnya sekeping syiling 10 sen 2005 dengan 180 darjah pusingan dapat juga berada dalam koleksi depankanta.


                       
                      Perbezaan dua keping syiling 10 sen,rotated die dan syiling biasa..

                             Walaupun pengunaan cermin dapat menggambarkan keadaan sebenar kedua permukaan tapi kelemahannya ialah akan wujud beberapa arca syiling atas permukaan cermin....Perhatikan kedudukan imej pada kedua permukaan syiling ini...CW/CCW 180 darjah.

                           Anda boleh cuba letakkan sekeping syiling 10 sen keatas cermin dan lihat bagaimana kedudukan imej pada kedua permukaan syiling tersebut...
               
                     Syiling 10 sen 2005  dengan rotated die yang lain tentu masih ada dalam edaran,hanya menunggu para pelawat akan menemuinya.....

Ahad, 25 Mac 2012

LATHE LINES OBV & REV 1982

     Kejadian Lathe lines merupakan sesuatu yg unik,ianya terjadi semasa proses awal pembuatan die,dimana logam yg digunakan untuk membuat die telah melalui proses untuk melicinkan permukaannya.Mesin lathe digunakan untuk melakukan kerja2 ini dan sepatutnya selepas dilicinkan oleh mesin lathe ini,kerja2 menggilap pada permukaan die pula dilakukan supaya permukaan die menjadi benar2 licin sebelum  melalui proses hubbing.

     Kegagalan menyediakan permukaan die yg licin akan meninggalkan kesan garis2 halus pada permukaan die.Garis2 ini akan dipindahkan pada syiling semasa proses penempaan oleh die itu dan menghasilkan Lathe lines error.

                Dalam post terdahulu telah dipamirkan penemuan syiling2 lathe lines pada ketiga2 siri syiling Malaysia.Bagi melengkapkan perkongsian berkaitan lathe lines,dipamirkan pula penemuan baru pada syiling 20 sen 1982.Dua keping syiling dijumpai kesan lathe lines iaitu pada bahagian muka dan sekeping pada bahagian belakang syiling.
                        Perhatikan garis2 pada bahagian muka syiling 20 sen 1982  ini...
                  Garis lathe lines dapat dikenali kerana ianya membentuk garis2 berpusat(concentric circles)
                  Pada bahagian belakang syiling ini tiada kesan....

                    Syiling kedua ini pula didapati lathe lines terdapat pada bahagian belakang syiling..
                          Walaupun garis2nya tidak jelas kerana syiling ini sudah lasak tapi masih dapat dilihat ianya membentuk garisan berpusat.
         Sementara pada bahagian muka syiling kedua ini tiada kesan lathe lines....
         Dua keping syiling 1982 yg mempunyai kesan lathe lines yg bertentangan,muka dan belakang...

Lathe lines sering menjadi perbincangan dikalangan peminat syiling error kerana ianya kelihatan juga menyerupai repaired die error....

Sabtu, 24 Mac 2012

PEMETIK API KLASIK WW II

Santai sambil berehat dihujung minggu,depankanta pamirkan Pemetik api yg digunakan semasa era Perang Dunia Kedua yang diperbuat dari solid brass...
                      Pemetik api buatan Austria ini menggunakan petrol dan Brand "yfa"
             Tertera tulisan"MADE IN AUSTRIA"..PAT.105107"
                                   Semua fungsinya masih boleh digunakan
                                  Tulisan"IMCO"pada sarung batu api...

                       Sumbunya yg kena masukkan semula dan api akan menyala seperti yg baru...

         Pemetik api yg sama dilihat ada dijual dalam ebay dgn harga buka USD56.00

  Pemetik api ini kepunyaan rakan depankanta sdr.Arif,sesiapa yg berminat untuk membelinya boleh hubungi terus beliau ditalian: 019-9888954

Jumaat, 23 Mac 2012

50 SEN S3M DIE CHIP

Die chip merupakan penemuan biasa pada syiling Malaysia terutama pada siri Bunga raya,keadaan ini mungkin disebabkan terdapat kelemahan pada logam die dikedudukan tertentu terutama pada bahagian huruf dan angka.

      Syiling 50 sen s3M turut mewarisi fenomena ini dari siri2 sebelumnya dan penemuan die chip pada sekeping syiling ini agak ketara dan menarik minat depankanta untuk dikongsi bersama.

                             Sebahagian logam die pada angka "50"telah tersepih menyebabkan terjadi die chip.
                            Die chip pada bahagian belakang syiling ini agak ketara....
                    Pada bahagian muka syiling ini tiada kesan error....