Khamis, 30 Jun 2011

SYILING ERROR DAN ERTI SATU PERKONGSIAN

Post kali ini depankanta ingin menarik perhatian pelawat tentang pentingnya perkongsian dalam menentukan sesekeping syiling yg dijumpai itu mint errors atau buatan tangan manusia!.Perkongsian ini penting terutamanya bagi mereka yang baru nak berkenalan dengan syiling error macam depankanta.


     
Dipamirkan sekeping syiling 20 sen 2010 depankanta dan sekeping syiling 20sen 2001 milik duacongkak

                  Bahagian  Muka syiling 20 sen 2010
 Bahagian belakang syiling ....
Perhatikan ada satu jalur kecil dibawah angka "2"pada "20".Pada awalnya depankanta anggap ianya adalah mungkin buatan sengaja @ntidak oleh tangan2 manusia lalu depankanta abaikan error ini.
                  Bila depan berkunjung ke blog Otai Numis Duacongkak,terkejut melihat sekeping syiling 20sen 2001nya ada persamaan jalur yg dilihat pada syiling depankanta.Nampaknya duacongkak,sama dgn depankanta juga meragui samada syiling ini terguris oleh tangan atau kesilapan kilang.
                          Bila dipadankan,dan diteliti semula memang ini adalah syiling error.Melihat pada garis yang terjadi adalah dibawah "details"maka dapat dirumus ianya terbentuk sebelum syiling ini ditempa,garis ini berada pada planchet.Samada ini adalah dalam ketegori planchet errors atau lain2 error hanya pakar bidang ini boleh tentukan.(garis ini adalah berbentuk parit(kedalam)bukan bertebing sebagaimana yg terdapat pada syiling die crack errors)

                                       Perhatikan persamaan garis antara dua syiling ini.
                          mungkin pengumpul lain juga ada koleksi yang boleh dikongsi disini


Pada bahagian bawah bunga raya syiling 2010 terdapat kesan die clash error yang jarang dijumpai pada syiling 20 sen...

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada duacongkak kerana sudi berkongsi foto koleksinya

   NOTA:SEMAKAN SEMULA SYILING INI MENDAPATI CIRI2 YANG ADA ADALAH KESAN DIE CLASH BUKAN PSD..SILA SEMAK LINK:http://depankanta.blogspot.com/2012/06/die-clash-20-sen-2010-vs-psd.html

4 ulasan:

  1. Bentuk garis itu memang penting untuk menentukan jenis kecacatan itu. Kalau bukan bertebing yang dikatakan malah berbentuk parit dan dah disahkan bukan dibuat luar kilang, ia dikatakan sbg 'pre-strike damage=PSD'(kecacatan sebelum tempaan?) atau mechanically damaged planchet.
    PSD boleh berlaku dikilang dan kecacatan mungkin berbentuk garis parit (cut marks), rolling indentation atau gouged,scraped dll.
    Category> planchet >damaged planchet> mechanically damaged planchet.

    BalasPadam
  2. Terima kasih nuchatter,
    Penerangan yang diberikan sungguh lengkap,keraguan tentang syiling ini telah terjawab.Sebenarnya banyak syiling error kita yg terabai kerana kurang pengetahuan tentang bidang ini.Bantuan dari pakar2 Numis spt Nuchatter,Mr.Dickson,Whycollect dll adalah sgt dialu2kan bagi memandu kami mengenali secara terperinci mengenai syiling2 error ini....
    Terima Kasih banyak2 Nuchatter

    BalasPadam
  3. salam depankanta...
    menarik juga bila dapati error ini terjadi buakan dari perbuatan manusia. SEkiranya sekeping boleh dikira was was, tp bila ada 2 yg sama lg pula berjauhan, pasti error terjadi semasa proses penempaan spt yg dijelaskan oleh saudara nuchatter.

    BalasPadam
  4. Salam duacongkak,
    Inilah salah satu untungnya berkongsi,bagi syiling2 yg agak luar biasa dan diragui samada error atau tidak dan bila ianya juga ada pada orang lain ertinya bukan terjadi secara spontan atau buatan tangan2 nakal.
    Apalagi bila pakar2 sudi meneliti syiling2 begini menjadikan perkongsian ini lebih lengkap,pun begitu ada juga sebahagian syiling memang sengaja dibuat banyak sebagai syiling error oleh orang tertentu bagi tujuan meraih keuntungan spt. syiling2 yg diasah supaya nipis!
    Terima kasih banyak2 duacongkak dan sekali lagi untuk NU....

    BalasPadam