Isnin, 4 Februari 2013

ACUAN BERGANDA KELAS 1 (CLASS I ROTATED HUB DOUBLING)

               Bila syiling-syiling DOUBLED DIE VARIETY (DDV) mula dikelaskan oleh pakar-pakar syiling error dan varieti USA tentu syiling DDV pertama dijumpai akan mendapat Kelas yang pertama atau kelas I. Syiling DDO King of doubled dies 1 sen lincoln 1955 telah dijadikan spesimen asas bagi kelas ini.

             Rotated hub doubling adalah bermaksud semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die telah berlaku pergerakan yang berpusing pada working hub. Hub yang terpusing ini terjadi semasa proses tekanan yang kedua. Bagi kelas ini pusingan yang terjadi adalah menyeluruh dan berpusat di tengah-tengah atau paksi working hub.

          Banyak kaedah dapat kita lakarkan bagi menggambarkan bila dua imej yg sama saiz dan bentuknya dipusing sedikit dengan berpaksikan pada bahagian tengah. Gambarajah dibawah cuba membayangkan bagaimana rotated hub doubling atau DD kelas 1 terjadi:

                  1.Bintang pertama adalah pemindahan imej yang sempurna.

                  2. Bintang kedua adalah pemindahan imej yg tidak tepat,warna merah (bawah) adalah tekanan pertama dan warna kuning (atas) adalah tekanan kedua yg tertekan secara berpusing mengikut pusingan jam (CW) dan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah). Perhatikan pada hujung bintang adalah luas jarak gandaan dan semakin mengarah kepada paksi semakin tipis dan hampir tiada kesan pada bahagian paksi.

                  3. Bintang ketiga Rotated hub doubling terjadi secara berlawanan pusingan jam (CCW)

                  4. Gambaran jika Rotated hub doubling terjadi pada Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dengan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah) sebagai paksi pusingan.

                  5. Bagi meneliti syiling-syiling DD, penting untuk kita memerhati secara keseluruhan permukaan syiling yang ada tanda-tanda imej yang berganda  kerana pergandaan imej akan memberi kesan pada keseluruhan permukaan syiling. Adalah tidak tepat sekiranya kita mengambil kira hanya pada sebahagian imej sahaja.


               

   Bagi kelas I Doubled die syiling Malaysia,DDO 20 SEN 2007 adalah spesimen yang tepat.

               Jika diperhatikan gandaan yang terjadi pada setiap imej adalah terpusing mengikut paksi ditengah-tengah..Anda mungkin perlu bantuan kanta bagi menentukan yang mana imej diatas dan yang mana imej bawah,seterusnya akan menentukan samada CW atau CCW.....