Rabu, 8 Februari 2012

M3S YANG MENGECEWAKAN

Seorang kawan tiba-tiba menunjukkan tiga keping syiling 20 sen baru siri ke3,"aku dah dapat syiling baru"ujarnya sambil menghulurkan pada depankanta.Dgn menggunakan cermin mata biasa yg dipakai depankanta sudah dapat mengagak salah satu dari syiling berkenaan ada sesuatu yg tak kena,lalu terus minta izin untuk mendapatkannya...

       Sekembali ke rumah terus syiling berkenaan di letak di depan kanta.Ternyata sekeping syiling 20 sen ini terdapat berbagai error.Perkara pertama yg bermain pada fikiran ialah"nampaknya syiling Malaysia semakin mengecewakan".Apa lagi bila melihat posting dari Mr Dickson berkaitan syiling siri ke3 ini.

      Walaupun hanya beberapa error kecil yg dilihat terjadi pada syiling2 ini,ianya menggambarkan sampel dan permulaan kepada error yg lebih major dan banyak.Sebagai peminat/pemerhati syiling error,depankanta sepatutnya gembira kerana telah menemui error pada syiling siri ke3 tapi disudut sebenar dalam bidang syiling error ianya menggambarkan error sudah tidak dipedulikan lagi,secara automatis rarity pun akan hilang.

     Ratio penemuan syiling error siri ke3 oleh depankanta ialah 3:1atau 33.3 %,bila dibandingkan dgn penemuan Mr Dickson pada syiling 50 sen sebanyak 15.5%,angka ini adalah sangat besar untuk syiling2 mint errors.

     Apa pun ini semua adalah satu permulaan sahaja dan rumusan sebenar dan muktamad hanya boleh dibuat bila syiling2 siri ke3 ini beredar sepenuhnya pada orang ramai.

                          Syiling 20 sen 2012
Selain double rim,kesan die chip yg ketara.Biasanya penyakit die chip boleh merebak dan sekiranya tidak dikawal ianya akan terjadi seperti syiling2 1 sen 2004 dan 2005.
ciri-ciri off center mula kelihatan dan sekiranya dibiarkan,akan menghasilkan major off center dan mungkin banyak syiling2 begini akan dijumpai oleh pengumpul.
                           Die chip dikesan terjadi pada kedua permukaan syiling.