Sabtu, 17 Disember 2011

PMD OF THE YEAR 2011

Sempena hujung tahun 2011 ini,depankanta pamirkan sekeping syiling PMD (post mint damage) yg unik dan yang paling istimewa berada dalam koleksi depankanta...
                                  Sekali pandang atau sentuh,syiling ini mungkin dikatakan ianya bukan duit syiling.Apa yang menyebabkan syiling ini terjadi begini masih menjadi tanda-tanya,seolah terkena gilis steamroll..
Siapa tahu mana muka dan yg mana bahagian belakang syiling ini?

      Beratnya sama dgn syiling 10 sen tapi melebar dan membujur secara serata melebihi saiz asal sebenar.

  Yang membuktikan ianya adalah duit syiling ialah terdapat milled edge yg masih cantik pada keseluruhan sisinya.


DUA KEPING SYILING 20 SEN INI PULA  LAIN KISAHNYA 
Kalau tak silap depankanta ada terpandang syiling PMD yg seakan2 syiling ini dalam Blog Whycollect dan duacongkak.          


         Yg masih menjadi misteri ialah kenapa syiling2 yg begitu berharga ini diperlakukan begini?


             Walaupun nilai mukanya tak seberapa tapi ia juga berhak berada sempurna seperti yg lain.
Selamat bercuti hujung minggu....