Sabtu, 30 Julai 2011

"SELAMAT MENGHAYATI BULAN RAMADHAN"


Sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan yang penuh berkat ini depankanta ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pelawat-pelawat yg beragama Islam.
         Setelah sekian lama kita menghabiskan masa dan berdiskusi tentang errors yg dijumpai pada duit2 syiling,tiba masanya kita melihat ERRORS pada diri kita sendiri.
       Kita sebagai manusia biasa umpama sekeping syiling,walau bagaimana pihak kilang cuba membuat yg terbaik dan yg paling sempurna dan di kawal pula QC yg berterusan tapi terjadi juga errors dan terlepas kedalam edaran.Sebaiknya dalam mengamalkan puasa kita sama-sama bermuhasabah dan menilai semula amalan2 yg kita lakukan selama ini dan memperbaiki kearah kebaikan yg diredhai oleh Allah S.W.T
      Kepada pelawat2 yg bukan beragama Islam,ambillah kesempatan bulan puasa ini untuk mengenali lebih dekat amalan puasa rakan2 Islam agar hubungan persahabatan  akan lebih akrab.
     Menjadi perkara biasa di Kelantan mereka yg bukan beragama Islam turut mengunjungi Pasar2 Ramadhan untuk sama-sama membeli kuih-kuih dan juadah yg hanya wujud setahun sekali.....
                              "SELAMAT BERPUASA DENGAN PENUH KEIMANAN"

SYILING MALAYSIA SIRI KETIGA DARI KACAMATA DEPANKANTA

Syiling Malaysia siri ke 3 telah dilancarkan.Semua pihak menyambut baik syiling yang dinanti2kan ini..Namun terdapat juga pengguna yg bimbangkan beberapa mesin (mesin basuh,mesin air suling dll) yg biasa mereka gunakan tidak dapat menerima syiling ini oleh kerana berbeza saiznya...
          Bagi depankanta yg lebih bertumpu pada sudut lain pada syiling, lebih berminat dari sudut kemungkinan pemalsuan dan errors pada syiling siri ke 3 ini..

                        Mengikut pengalaman lalu,syiling yg berwarna keemasan seperti syiling rm1 keris ini lebih mudah dipalsukan.Walaupun telah ada ciri2 keselamatan tambahan seperti imej pendam bila dipandang sisi,depankanta berpendapat,ciri-ciri ini belum menjamin syiling ini tidak dipalsukan.Biasanya peniaga yg menerima  syiling 50 sen dari pembeli tidak akan meniliti secara terperinci selagi syiling ini diterima bila mereka masukkan ke Bank.
                      Walaupun material logam yg digunakan untuk syiling 50 sen (Nikel loyang bersalut Kuprum) dan 20 sen (Nikel loyang),Namun pada mata orang ramai  hanya melihat pada warna keemasan,tentu sukar dibezakan sekiranya wujud syiling2 palsu buatan tembaga di pasar-pasar malam.
                     Adalah wajar sekali pihak Bank Negara menubuhkan pasukan penguatkuasanya sendiri bagi menangani kemungkinan begini memandangkan kegiatan pemalsuan syiling yg tidak berkesudahan...

                       Syiling 50 sen dan 20 sen Malaysia  siri ke 3

                       50 sen :  Nickel Brass Clad copper (Nikel loyang bersalut kuprum)

                       20 sen :  Nickel Brass (Nikel loyang)


      Bagi syiling 10 sen dan 5 sen lebih menarik untuk melihat dari sudut kemungkinan error yg akan terjadi.Berdasarkan pengalaman Negara2 yg pernah menggunakan stainless steel spt India,jenis-jenis error yg terjadi agak berlainan dari syiling2 yg menggunakan aloy Nickel,bronze,copper dll logam.
   
                               
     Syiling 10 sen dan 5 sen Stainless steel tentu lebih keras dari syiling copper nickel siri ke 2.Bila hanya 1 logam sahaja yg digunakan tentu material ini lebih stabil pada perubahan suhu semasa proses penempaan.
    Kemungkinan pertama ialah akan berkurangan error yg di sebabkan suhu dan adunan logam iaitu sebahagian planchet errors tapi akan mudah terjadi error yang melibatkan die (alat tempa) lantaran terpaksa menempa pada logam yg keras..Kemungkinan pihak kilang syiling telah cukup bersedia dengan die yg sepatutnya dan dgn QC yg sesuai utk syiling baru ini..

                      Kemungkinan error yg melibatkan planchet begini akan berkurangan....

                  Juga planchet syiling 5 sen begini mungkin akan tidak kelihatan lagi......Sama-sama kita tunggu bila syiling siri ke3 ini mula beredar seluruh negara menjelang 2012 nanti...

Depankanta sekadar memberi pendapat dan andaian sendiri berdasarkan sedikit pengalaman meneliti syiling-syiling Moden Malaysia.(pendapat ini tidak semestinya tepat mengikut Numismatik)