Khamis, 23 Januari 2014

CUD @ DIE BREAK

            Tidak banyak maklumat ditemui tentang bagaimana istilah yang agak istimewa ini diberikan kepada keadaan kerosakan syiling seperti ini. Cud merupakan kategori error yang sangat menarik dan merupakan antara yang paling sukar dipalsukan.Cud error boleh terjadi pada bahagian muka dan pada belakang syiling. Adalah terlalu sukar untuk dijumpai terjadi cud pada kedua permukaan syiling...Perkongsian kali ini adalah cud error bahagian belakang syiling Malaysia 10sen 2005.Cud adalah istilah yang diberikan untuk menggambarkan bonjolan yang timbul pada permukaan syiling. Kategori error ini adalah die break iaitu sub kategori Die errors.

             Die atas yang menempa Syiling 10sen 2005 ini telah pecah sebahagiannya lalu memberi kesan besar pada rupabentuk syiling yang ditempa, pada permukaan syiling akan kelihatan bonjol atau menggelembung dibahagian yang tidak terkena die kerana tindak balas fizik. Proto rim atau up setting rim masih kelihatan kerana rim ini dibentuk sebelum planchet ini memasuki ruang chamber untuk ditempa.


              Bahagian muka rim pula akan terjadi fenomena tenggelam yang sebenarnya adalah satu tindak balas fizik yang berlaku akibat hentakan yang kuat dibahagian yang die yang masih elok. Cud error tidak menjejaskan berat syiling kerana tidak ada logam planchet yang tertanggal.

Dihujung permukaan syiling juga masih kelihatan proto rim. Bahagian yang kelihatan tenggelam ini sebenarnya adalah bahagian logam yang terangkat naik akibat hentakan proses penempaan.

             Bahagian sisi syiling akan kelihatan melengkung sedikit namun bahagian cud yang terbentuk tidak melepasi ketinggian rim...Keadaan ini menyebabkan syiling-syiling dengan cud error seperti ini masih berpeluang ditemui dalam edaran...garis gerigi pada sisi syiling tidak terjejas kerana collar die tidak rosak.

           Kiri adalah sisi syiling 10sen biasa dan kanan adalah sisi syiling cud error.

         

    Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu  untuk perkongsian syiling ini.