Sabtu, 29 Mac 2014

10 SEN S3M 2013 ROTATED DIE ERROR,180 DARJAH

        Rotated die error yang  terjadi pada syiling Malaysia agak unik, walaupun hari ini telah tiga siri syiling Malaysia dikeluarkan tetapi hanya siri ke Dua (1989-2011) yang dikesan banyak menyumbangkan rotated die error (dan juga lain2 error). Keadaan ini menyebabkan premium syiling Rotated die error bagi siri Parlimen  telah melambung tinggi sementara bagi siri ke3 Malaysia masih dalam pemerhatian.
      
        Penerangan tentang bagaimana error ini terjadi telah banyak diterangkan samada dalam blog ini atau lain2 blog yang lebih jelas penerangannya. Perbahasan tentang kedudukan sebenar imej bagi sudut tegak syiling Malaysia masih samar dan tiada pihak yang dapat mengeluarkan fakta sebenar yang jelas.

       Sementara pakar-pakar syiling error Malaysia sepakat menetapkan sudut tegak syiling Malaysia, Pengumpul telah pun ada pendapat masing-masing dan depankanta juga bersama mereka yang hanya meletakkan sudut tegak mengikut logik dan tradisi semata-mata..

         Penemuan sekeping syiling 10sen 2013 dengan rotated die hampir 180 darjah sangat menarik untuk dikongsi..Cuba anda letakkan sekeping syiling 10sen s3M diatas cermin dan lihat imej arcanya...

         Arca bahagian belakang syiling 10sen s3M yang biasa adalah seperti diawah ini..Begini kah yang kelihatan pada syiling anda?...

          Syiling 10sen s3M 2013 ini tentu memberi inspirasi kepada anda untuk membelek stok yang ada kerana ianya mempunyai nilai yang tinggi kepada sains numismatik Malaysia....

Kedudukan imej tegak pada bahagian belakang syiling 10sen s3M Malaysia

              Kedudukan imej tegak Bahagian muka syiling 10 sen s3M..Anda setuju?

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu  untuk perkongsian syiling ini.