Jumaat, 13 Julai 2012

KENALI SYILING ERROR MALAYSIA. BAH 1

        Bidang pengumpulan dan penyelidikan syiling error merupakan bidang baru pada masyarakat Malaysia,syiling error merupakan satu jurusan baru dalam dunia NUMISMATIK.Permulaan dan perkembangan tentang syiling error bermula secara aktif selepas duit2 syiling mula dibuat secara moden dikilang2.

       Secara umumnya syiling error adalah bermaksud syiling yg terjadi diluar spesifikasi yg ditetapkkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara,biasanya syiling error terjadi semasa proses penyilingan (coining process) didalam kilang (mint error) samada ianya disebabkan kesilapan mesin dan peralatan spt masih menggunakan mesin yg sudah haus,kesilapan manusia yg membuat dan mengendalikan mesin2 dikilang atau kesilapan logam yg digunakan untuk membuat syiling2 tersebut...

      Pengumpul-pengumpul syiling error yg berada diserata dunia mengkaji dan mencari sebab kejadian error pada sesekeping syiling hanya berdasarkan penyelidikan mereka pada fizikal syiling tersebut tanpa diberi peluang untuk melihat bagaimana syiling2 berkenaan dibuat dikilang.Hasil dari aktiviti penyelidikan ini melahirkan ramai yg bertaraf pakar dan mereka telah menetapkan kategori bagi setiap syiling error.Cabaran utama bagi pengumpul2 baru adalah adalah bagaimana untuk mengenal pasti kategori sebenar bagi sekeping syiling error mereka.

    Blog depankanta ini bukanlah blog pakar tentang syiling error tetapi lebih merupakan blog perkongsian yang ingin mengajak para pelawat untuk bersama menerokai bidang syiling error ini.Meski pun hari ini bidang ini hanya menjadi satu HOBI yang menarik,depankanta berkeyakinan suatu hari nanti ianya akan menjadi satu bidang perniagaan atau pelaburan yg baik sebagaimana bidang NUMISMATIK yg lain spt pengumpulan syiling klasik.


                       Bagi memulakan pencarian syiling error anda perlukan koleksi syiling yg agak banyak..Syiling error biasanya dijumpai sebagai major error dan minor error.....Bagi kategori minor error boleh dijumpai pada syiling2 dalam edaran atau dalam poket anda sekarang...

                 Bagi mendapatkan premium yg tinggi pada syiling error anda,gred syiling berkenaan juga adalah satu faktor.Syiling error yang rare iaitu sukar dijumpai akan mencecah ribuan RM spt.syiling 1 sen 1976 copper transitional error dan paling kurang anda akan dapat lebih dari nilai muka syiling berkenaan...

                 Tumpuan depankanta adalah pada syiling2 error yg ada dalam edaran.Berbagai kategori error akan dijumpai.Kategori utama syiling error ialah DIE ERROR,STRIKING ERROR DAN PLANCHET ERROR,dari kategori utama ini akan didetailkan lagi pada beratus sub-kategori syiling2 error...

                    BERSAMA MENEROKAI SYILING MALAYSIA RARE & ERROR