Pengumpulan syiling mengikut varieti acuan berganda merupakan fokus utama setiap pengumpul syiling error, mengikut pengalaman depankanta dalam mengesan kewujudan syiling-syiling varieti acuan berganda (DDV) memang terdapat cabaran yang besar untuk melengkapkan koleksi kerana setiap varieti syiling ini tidak sama jumlahnya yang ada dalam edaran...
Varieti acuan berganda (doubled die variety) merupakan satu kesilapan besar dalam proses pembuatan syiling namun ianya memberi keuntungan besar pula bagi pengumpul syiling error yang bertuah..Jumlah syiling DDV yang ada dalam edaran adalah bergantung kepada jumlah yang sempat ditempa sebelum ianya disedari oleh QC yang memeriksanya..Sebaik saja QC menyedari terjadi DDV ianya akan menggantikan die berkenaan dan hanya sedikit syiling yang sempat ditempa. Sekiranya lambat disedari akan menyebabkan banyak syiling DDV yang terlepas kedalam edaran dan lebih mudah bagi pengumpul untuk memperolehinya sebagaimana yang terjadi syiling DDV 5sen 2008 dan DDO 5sen 2009 yang secara relatifnya lebih mudah dijumpai...
Varieti DDO 10 sen 2006 ini adalah antara yang sangat sukar dijumpai, rationalnya DDO ini adalah sangat ketara jarak gandaannya yang lebih dikenali dengan gelaran "monster" yang tentunya mudah dikesan oleh pihak QC. Sebaik saja kerosakan die ini dikesan ianya terus diganti menyebabkan tidak banyak yang sempat terlepas dalam edaran....

Syiling DDO tulin sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana ianya merupakan satu bukti tentang keunikan pembuatan mata wang syiling.....