Jumaat, 10 Februari 2012

PERKONGSIAN DDO 50 SEN 1984

 Syiling 50 sen 1984 DDO (Doubled Die Obverse) begini ini telah pun dipamir dan diterangkan secara terperinci oleh nucoins dalam blognya: http://nucoinsandnotes.blogspot.com/2010/04/die-variety-update-msia-50-sen-1984.html dan diikuti oleh mnfaj dalam blognya:http://mnfaj.blogspot.com/2012/01/171-50-sen-1984-doubled-die-obverse.html

    Depankanta juga ingin turut berkongsi bila terjumpa sekeping syiling seumpama itu ,semoga pengumpul lain juga turut memaparkan penemuan seumpama ini untuk kita sama2 melihat variti yg menarik ini.

                    Kesan DDO dapat dilihat pada beberapa imej yang terdapat dipermukaan syiling 1984 ini.

                                       Huruf GC menjadi perhatian  DDO syiling ini walaupun terdapat banyak lagi sebenarnya imej yg dikesan terjadi berganda.Foto terbaik untuk imej ini dapat diikuti dalam blog mnfaj.

                           Memandangkan semua kesan DDO yg terjadi pada syiling 50 sen 1984 ini adalah kecil sahaja,adalah penting mendapatkan syiling yg agak baik grednya.