Khamis, 23 Jun 2011

SYILING 5 SEN 1997 & 2010

Dua keping syiling 5 sen 1997 dan 2010 ini mungkin ada juga dalam koleksi anda.

                                         5 sen 1997


                                
terdapat seolah-olah serpihan logam yang nipis sekeliling rim




                                             5 sen 2010

Yang ini pula kelihatan seolah-olah ada logam yang berkedut



Pada mulanya depankanta agak syiling ini mengalami lamination errors,tapi bila diteliti oleh pakar bidang ini,ada pendapat yang lebih menepati ciri-ciri syiling ini.
Mengikut pendapat Mr.Dickson Niew seorang pakar Numismatik Malaysia,kemungkinan besar kedua syiling ini berkaitan dengan tekanan penempaan yg keterlaluan mengakibatkan haba yg sangat tinggi,sehingga logam syiling menjadi cair (molten),tidak sempat beku (dalam split of second)apabila die atas dan die bawah berpisah,selepas proses penempaan.(rujuk komen Mr.Dickson Niew)
    Walaupun error sebenar kedua syiling ini masih peringkat kajian oleh Mr.Dickson,kalau pelawat ada terjumpa syiling sedemikian elok simpan kerana sukar ditemui syiling sedemikian.