Isnin, 16 Januari 2012

YANG MANA SATU?

Syiling 50 sen 1988 adalah antara syiling yg jadi buruan disebabkan sebiji tahi lalat yg ada pada permukaannya,selain syiling 50 sen 1979 dan 5 sen 1982.
       Premium yg agak tinggi telah diletakkan pada syiling2 ini.Mengikut istilah biasa yg digunakan adalah syiling extra dot yg telah banyak dipamirkan dalam blog peminat2 syiling.Bagi kategori error pula syiling ini lebih merupakan die gouge error dan ada juga pengumpul yg mengaitkannya dgn die chip error.
    Bagi depankanta lebih bersetuju dgn die gouge kerana ianya kelihatan kesan die terkena sesuatu (mungkin terjadi semasa die dibaiki atau dicuci) berbanding dgn die chip yg terjadi bila sebahagian die terserpih keluar disebabkan situasi semulajadi dalam proses penyilingan.
     Persoalan yg ingin dikongsi adalah mengenai extra dot  mana yg menjadi buruan?.Depankanta mendapati terdapat dua keadaan extra dot pada syiling 50 sen 1988.
   
                      Bahagian muka syiling 50 sen 1988,dengan extra dot (jenis A)

                               Titik separuh bulatan ini dikesan ada tiga biji pada permukaan syiling(jenis A),titik (dot) utama berada pada bangunan Parlimen yg terletak agak kekiri penjuru bumbung.

                          Bahagian muka syiling 50 sen 1988,dengan extra dot (jenis B)

  Titik separuh bulatan ini dikesan hanya ada satu sahaja pada permukaan syiling(jenis B),titik berada pada bangunan Parlimen yg terletak agak ditengah penjuru bumbung.

                           Perhatikan perbezaan kedudukan titik pada kedua syiling ini.

                               jenis B kiri dan jenis A kanan
                              Bahagian belakang kedua syiling 50 sen 1988
Penemuan ini menjadikan tiga variti pada syiling 50 sen 1988....

13 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Walau apapun, elok sekali simpan kedua-dua sama sekali, haha.
    Namun, memang menarik jika terdapat pengumpul yang boleh mengesahkan yang mana lebih 'rare' di antara mereka.
    Hehe, bagi kami, antara specimen yang mempunyai extra dot setakat ini, kami lebih suka pada 50sen 1979 kerana mintagenya agak kecil jika dibandingkan dengan 50sen 1988.
    Apapun simpan dulu, seperti mana yang selalu dinyatakan duacongkak.
    Haha, cara ini kita tidak akan terlepas peluang dan mengesal satu hari kelak.
    Pengalaman ini jelas kelihatan dalam satu kejadian di mana sebiji syiling 50sen 1969 yang mempunyai kesan struck through dijumpai kami.
    Ketika itu kamipun tidak berapa pasti apa punca kesan tersebut, samada ia variety atau PMD.
    Namun kita faham jika terlepas kesempatan itu, pasti tidak ada lagi.
    Jadi kamipun membuat keputusan memperolehnya.
    Ya, kami memang berterima kasih kepada Dickson kerana beliaulah yang membantu mengesahkan specimen tersebut adalah struck through.
    Terima kasih banyak, depankanta.
    Apapun simpan dulu :D

    BalasPadam
  2. salam depankanta:
    Info yang menarik sekali dimana terdapat dua katogori bagi syiling 50 sen ' extra dot ' seperti yang dipamirkan. Tentang variety pula rasanya bukan 3 tp mungkin 5. Sebabnya dalam blog duacongkak sendiri sudah diterbitkan secara berasingan berkaitan syiling 50 sen 1988 di mana 2 penemuan variety lain ada spacement die chips pada bahagian sisi kiri bangunan Parlimen. 1 hanya berlaku die chip pada sisi Parlimen dan ke 2 Die Chips sisi Parlimen dan bahagian atas bangunan parlimen. Contoh ini bukan duacongkak saja yang ada sebab kolektor lain pun ada juga.
    Sekiranya duacongkak tersalah maklumat minta ditegur demi perkongsian ini.

    whycollect: Apa pun simpannnnn...dulu (sudah mesra)

    BalasPadam
  3. Hi Whycollect,
    Berbagai spesimen syiling error nampaknya telah mendapat perhatian dari pengumpul.Memang jasa dan peranan yg dimainkan oleh pakar2 dan blogger spt Mr Dickson,Nucoins,whycollect,mnfaj,duacongkak dll(sekadar menyebut beberapa nama)telah berjaya menarik perhatian pengumpul Malaysia kepada syiling error.
    Pada awalnya hanya beberapa error yg popular telah diberi perhatian.Syiling 50 sen 1988,5 sen 1982 dan 50 sen 1979 adalah diantaranya.
    Hari ini kita dapat melihat berbagai kategori error telah dipamirkan(terutama dlm blog Nucoins dan Mr Dickson)dan kita sedar bahawa syiling kita juga banyak persamaan dgn syiling2 error dari negara2 maju spt UK dan USA..
    Dalam membicarakan bidang yg baru ini kita tidak dapat lari dari teka-meneka dan berselisih pendapat namun ini adalah petanda baik dalam perkembangan ilmiah,sedangkan dua orang doktor belum tentu sependapat dalam mengenal pasti penyakit seorang yg dirawat..haha
    Depankanta kagum dgn penulisan whycollect yg semakin "menjiwai" bidang ini...
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  4. Salam kembali duacongkak,
    Secara kebetulan,semasa membelek2 beberapa keping syiling 50sen 1988 extra dot tiba2 terperasan terdapat dua variti yg ada pada syiling extra dot ini.Depankanta pun merayap dalam blog kawan2 melihat syiling2 yg dipamirkan,memang sah terdapat dua jenis extra dot pada syiling 1988 ini.
    Berkaitan variti syiling 50 sen 1988 pula,agak menarik dgn penemuan duacongkak.Sekiranya ada masa terluang elok juga dipamirkan kesemua variti itu dan kita sama2 menilainya.Kalau perlu copy mana2 foto dari blog ini utk tujuan perkongsian bersama itu,silakan..
    Banyak kemajuan yg telah dibuat oleh duacongkak dalam bidang syiling error ini,semoga dapat diteruskan..
    Terima kasih banyak2 duacongkak...

    BalasPadam
  5. http://faizfakhirin.blogspot.com/2012/01/bnm-oyak-duit-syiling-akan-d-edar-pada.html

    Post khas untuk depankanta...hehehhee

    BalasPadam
  6. Salam abe faiz,
    terima kasih banyak2 atas kesudian mempromosi blog depankanta,nanti blk kg kita make nasi kabu daging bakar..hahaha
    Timo kasih banyak2....

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Banyak yang dijumpa "Dot" Errors atau Die Gouge Errors dan Die Chip Errors atas syiling 50 sen 1988, mungkin bilangan yang ditempa terlalu banyak, ia itu 27 juta, (50 sen 1973-50 juta biji ditempa.Jadi 'Dot" banyak,Chips pun banyak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Memang benar sekali,error yg terjadi disebabkan kerosakan die sangat berkaitan dgn mintage syiling berkenaan.Syiling 1 sen 2005 adalah contoh terbaik dimana banyak sekali die chip errors yg ditemui kerana syiling ini ditempa begitu banya
      Pihak kilang tentunya ada jadual penyelenggaraan die mengikut had jumlah die itu menempa syiling.Bila keadaan banyak syiling errors ditemui,tentu sesuatu yg diluar prosedur telah terjadi..
      Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

      Padam
  9. Salam perkenalan Depakanta..
    kawe baru dalam dunia numis ni..jdi bleh tunjuk ajar la ye..time blik kg leh laa jmpa2..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali NMF,
      Berehh..Kawe pun buke tau sangat,sikit2 boleh laa..Nanti kita sama2 belajar bidang numis yg istimewa ini..Kalu nak mari oyat awal takut ambo gi outstation...
      Salam dan terima kasih banyak2 NMF...

      Padam
    2. salam depankanta..
      ..kalu abg dpnkanta tau sikit2 lagi gak..kawe ni lagi laaa..tp aso supo otai doh abg ni...xdop facebook ko..nk ejas add abg kanta..kito wk group numis kelate plop..napok slow jah alik klate ni..

      Padam
    3. Salam kembali NMF,
      molek sangat cadangan tu,sayangnya ambo tokdok fb sebab masa ambo agak terhad dan cukup untuk berblog jah!..Apapun kita masih boleh teruskan cadangan tu dgn format yg sedia ada..nanti bila dah ramai yg terlibat kita fikirkan kaedah lain pulok...
      Memang di Klate ni,agak slow bidang numis dan diharap orang2 muda spt NMF dan sain2 boleh pelupori untuk majukannya...
      Wassalam dan terima kasih banyak2 NMF

      Padam