Isnin, 16 Januari 2012

YANG MANA SATU?

Syiling 50 sen 1988 adalah antara syiling yg jadi buruan disebabkan sebiji tahi lalat yg ada pada permukaannya,selain syiling 50 sen 1979 dan 5 sen 1982.
       Premium yg agak tinggi telah diletakkan pada syiling2 ini.Mengikut istilah biasa yg digunakan adalah syiling extra dot yg telah banyak dipamirkan dalam blog peminat2 syiling.Bagi kategori error pula syiling ini lebih merupakan die gouge error dan ada juga pengumpul yg mengaitkannya dgn die chip error.
    Bagi depankanta lebih bersetuju dgn die gouge kerana ianya kelihatan kesan die terkena sesuatu (mungkin terjadi semasa die dibaiki atau dicuci) berbanding dgn die chip yg terjadi bila sebahagian die terserpih keluar disebabkan situasi semulajadi dalam proses penyilingan.
     Persoalan yg ingin dikongsi adalah mengenai extra dot  mana yg menjadi buruan?.Depankanta mendapati terdapat dua keadaan extra dot pada syiling 50 sen 1988.
   
                      Bahagian muka syiling 50 sen 1988,dengan extra dot (jenis A)

                               Titik separuh bulatan ini dikesan ada tiga biji pada permukaan syiling(jenis A),titik (dot) utama berada pada bangunan Parlimen yg terletak agak kekiri penjuru bumbung.

                          Bahagian muka syiling 50 sen 1988,dengan extra dot (jenis B)

  Titik separuh bulatan ini dikesan hanya ada satu sahaja pada permukaan syiling(jenis B),titik berada pada bangunan Parlimen yg terletak agak ditengah penjuru bumbung.

                           Perhatikan perbezaan kedudukan titik pada kedua syiling ini.

                               jenis B kiri dan jenis A kanan
                              Bahagian belakang kedua syiling 50 sen 1988
Penemuan ini menjadikan tiga variti pada syiling 50 sen 1988....