Wau bulan merupakan permainan tradisi rakyat Kelantan yang diabadikan sebagai imej tradisi pada bahagian muka syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya.Permainan yg pernah memeriahkan padang2,pantai dan ditanah bendang Kelantan ini kini hanya dapat dilihat sebagai seni warisan yg dibuat untuk dipamirkan sahaja,kalau ada pun yg dilayangkan dapat dilihat hanya pada musim2 pesta.
Santai dihujung minggu lalu,depankanta sempat menemui seorang kawan lama yg mengushakan wau bulan untuk dinaikan/dilayang.Buatan wau ini agak rumit berbanding dengan wau untuk hiasan yg hanya menitik beratkan bentuk,warna dan corak sahaja.Wau untuk dinaikkan banyak melibatkan kiraan fizik semasa membuatnya.
Walaupun rakan depankanta ini seorang yg pekak dan bisu sejak kecil namun kemampuannya dapat menyempurnakan wau bulan sangat mengkagumkan.Semua aspek kerangka wau yg dibuat dari buluh perlu diukur dan mengambil kira berat bagi memberi keimbangan pada wau.
Ketinggian wau ini mencecah 7 kaki......
Ku Alam,nama rakan depankanta dari kg Kubang Bemban,Pasir Mas sedang bergaya dgn wau yg baru disiapkan..
Walaupun Ku Alam seoarang yg cacat pertuturan(bisu) dan pekak namun kebolehannya membuat perhitungan keseimbangan saiz dan berat pada setiap wau ini adalah sangat mengkagumkan.
Busur wau memainkan peranan untuk mengeuarkan bunyi yg unik semasa wau melayang2 diudara, ianya dapat didengar hingga 2-3 km...Tali nylon atau tali belon biasanya digunakan untuk naikkan wau yg bersaiz besar
Bahagian hujung busur wau yg dibuat dari kayu pokok pinang
Tali teraju...
Antara koleksi wau Ku Alam yg paling besar....
Masih belum siap...........
Sayangnya sekarang bukan musim untuk naikkan wau yg biasanya pada musim selepas menuai padi,
Ku Alam sedang meraut bilah batang buluh untuk membuat kerangka wau bulan
Dikalangan ahli pembuat wau,mereka menggunakan pisau khas untuk meraut batang buluh,pisau yg berhulu panjang ini dikenali dgn "pisau raut"...
Ku Alam sedang memperagakan kerangka wau yg masih belum lengkap sepenuhnya....
Dari percakapan dgn beberapa orang peminat wau,depankanta dapat memberi sedikit istilah yg biasa disebut pada setiap bahagian wau,mungkin ini akan memudahkan pengumpul untuk berbicara tentang syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya.....
WAU BULE EH WAU BULE....WAU BULE TERAJU TIGO....
"SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU"...