Sabtu, 10 September 2011

STRUCK THROUGH ERRORS

Walaupun syiling 50 sen 2005 selalu dikaitkan dengan syiling palsu (kerana banyak dijumpai pd tahun2005),depankanta tidak abaikan pemerhatian pada syiling 50 sen 2005.
       Struck through error nampaknya mudah terjadi pada syiling 50 sen,Kemungkinan saiz permukaan dienya yg besar menyebabkan sesuatu objek mudah melekat atau terjatuh keatas die menyebabkan error begini terjadi.


                 Bahagian muka 50 sen 2005
               Bahagian belakang,perhatikan wujud satu garisan berparit dibawah huruf "SEN"
                    Struck through error terjadi disebabkan terdapat objek spt dawai,rambut dsb yg menghalang die menempa permukaan planchet sepenuhnya...perhatikan garisan berparit itu terjadi dibawah huruf...
     

ROTATED DIE 180 DEGREE 5 SEN 2003

 Antara syiling Malaysia siri bunga raya yg paling sukar ditemui rotated die adalah pada denominasi 5 sen.Depankanta pernah pamirkan dalam post dahulu syiling 5 sen 1999 yg darjah pusingannya sekitar 150-160 darjah dan sekeping syiling 1 sen yg pusingannya 180 darjah.
   Untuk post ini dipamirkan pula sekeping syiling 5 sen 2003 yg darjah pusingannya 180 darjah!....


                              Bah.belakang syiling 5 sen 2003 (reverse)
                                      Bah.muka  (obverse)
                              Kedudukan imej belakang dan muka bila syiling ini diletak atas cermin.
 
           
       Darjah rotated dienya menjangkau 180 darjah,sesuatu yg sangat sukar ditemui pada denominasi ini.Rarity dan premium utk syiling ini hanya boleh dirujuk pada pakar2 Numismatik.