Rabu, 23 Mei 2012

"0" YANG BUKAN KOSONG

     Angka "0"pada syiling 5 sen 2005 yg dijumpai ini menarik perhatian depankanta dengan bentuknya yg sangat berlainan dari syiling 5 sen biasa siri bunga raya.

                                    foto yg sengaja diedit untuk mendekatkan kedua angka "0" pada syiling 5 sen ini supaya dapat melihat perbezaannya."0"dalam petak kuning adalah yg di copy dari "05"dan bila didekatkan dgn "0"pada "20"menampakkan perbezaan yg ketara.

            Bahagian atas angka"0"pada "20" kelihatan condong kekanan sedikit dan "0" pada "05" adalah tegak dan normal.
     
       Syiling 5 sen 2005 ini merupakan satu variti yg menarik kerana melibatkan satu angka yg tidak sempurna,walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai die error tetapi angka"0"ini bukan disebabkan kerosakan pada die yg melakukan kerja2 menempa sebaliknya ianya terjadi pada peringkat proses hubbing.

              Tidaklah terlalu sukar untuk menemui variti syiling 5 sen 2005 seperti ini...

 Tiga keping syiling error ini diedit untuk menjelaskan perbezaan yg terjadi pada angka"0"..

    Sekiranya keadaan ini terjadi pada syiling klasik tentu ciri-ciri yg kelihatan akan dikaitkan dgn repunched date yg tidak mungkin dilakukan lagi pada syiling moden...

          Perhatikan dgn teliti perbezaan kedua angka"0" ini,bagi depankanta ianya bukan disebabkan kerosakan yg terjadi pada die spt kebanyakan error dalam kategori die error tetapi adalah disebabkan kelalaian semasa menyiapkan working die..Kemungkinan juga pada asalnya angka "0" ini telah mengalami kerosakan dan dibuat sedikit pembetulan terus pada die,dalam keadaan permukaan die yg kecil (saiz sebenar syiling) tentu sukar untuk melorek angka "0" ini...

     Lagi spesimen  sama yg ditemui.....................

Angka "0"pada syiling 5 sen 2005 ini nampaknya memberi seribu erti pada pengumpul dan peminat syiling error kerana ianya bukan hanya kosong semata-mata....