Selasa, 23 Oktober 2012

DIE GOUGE AKIBAT KURANG TELITI

         Setiap die yang bertugas menempa syiling akan mengalami kemerosotan dan kerosakan pada permukaannya,Di kilang syiling pasti terdapat jadual untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan die secara rutin bagi memastikan kualiti syiling yang ditempa sentiasa terpelihara.

       Hasil dari pemeriksaan keatas die ini,akan terdapat sebahagian die yang perlu diselenggara spt dicuci dari kesan die clash,filled die dsb..Selain kerja2 mencuci dibuat dgn mesin,die juga dicuci dgn menggunakan tangan dan peralatan tajam yg keras oleh pekerja yg mahir dan yang kurang mahir.

        Penemuan sekeping syiling 10 sen 1990 ini dikuatiri telah mengalami kerja2 selenggara oleh pekerja yang tidak mahir.Kesan die gouge dapat dilihat terjadi disebahagian besar pada bentuk angka....

            Bahagian muka syiling tiada kesan die gouge,..

              Pada bahagian belakang syiling terdapat kesan die gouge yang menarik untuk diperincikan..Depankanta beranggapan die gouge pada syiling ini boleh menjadi die chip sekiranya dibiarkan berterusan....

                  Logam yg terlebih (extra metal) pada angka '9' kelihatan masih berbentuk melengkung selari dgn bentuk kepala angka '9'.Keadaan ini adalah disebabkan kerja2 membersih die yg tertusuk kedalam angka '9' ini.Angka '1' dan '0' juga kelihatan kesan die yg tertusuk peralatan yg tajam dan keras..Ciri2 die chip telah mula kelihatan terjadi pada angka '1' dan '0' kerana bentuknya yg lebih besar memudahkan die chip terjadi.

              Berlainan dgn kejadian die chip yg asal spt pada syiling ini yang mempunyai bentuk yang tidak terikat pada mana2 imej....

               Bentuk die chip lebih "bebas" jika dibandingkan dgn bentuk die gouge yg terikat dgn bentuk asal imej yg dibersihkan...