Sabtu, 25 Februari 2012

STRIKING ERROR

Striking error biasanya mendapat lebih premium berbanding die error.Error yg terjadi semasa proses penempaan syiling ini berlainan dengan error yang disebabkan oleh kerosakan pada die spt die chip,die crack dll.

    Sekeping syiling 20 sen 1976,terdapat kesan tempaan yg agak unik terjadi pada tepi rim sekitar jam 11.00.Corak yg terbentuk adalah menyerupai bunga tepi rim.Sukar untuk memastikan apakah yang sebenarnya terjadi melainkan pakar2.

    Bahagian belakang syiling 20 sen 1976,perhatikan pada jam 11.00 terdapat tanda bekas tempaan yg unik.

                            Kelihatan bentuknya seperti corak pada tepi rim

                            bahagian sisi @ edge syiling tidak terjejas,tiada tanda2 PMD

                          Bahagian muka syiling juga tiada kesan error...