Isnin, 24 Oktober 2011

COPPER CLAD STEEL

Dalam proses penyilingan,cladding adalah bermaksud melapiskan logam yg nipis keatas logam lain dan selepas melalui proses yg tertentu akhirnya akan kelihatan seolah-olah satu logam sahaja.
     Proses cantuman ini dilakukan dengan menggunakan suhu yg tinggi tanpa apa-apa bahan pelekat.Untuk menghasilkan multi layer microstampings,logam yg dicantumkan akan melalui proses rolling dan annealing berulang kali hingga cantuman logam ini mencapai ketebalan yg dikehendaki.
     Bagi syiling 1 sen moden Malaysia,penggunaan bahan copper clad steel  bermula sepenuhnya pada tahun 1973 hingga keluaran terakhir syiling 1 sen Malaysia pada tahun 2007.
                                           Syiling 1 sen Malaysia..copper clad steel....

                           Pada peringkat akhir keseluruhan permukaan syiling ini akan disaluti lapisan kuprum dan kelihatan warna keemasan....

                   Kadang2 kita akan jumpa syiling 1 sen yg menampakkan lapisan logamnya..

                    Kelihatan ditengah2 adalah lapisan steel yg di lindungi oleh lapisan copper..Meneliti bahagian edge syiling akan menampakkan ciri2 ini.

                         Bila terdedah kepada berbagai elemen dan faktor,lama-kelamaan lapisan steel ditengah2 akan terjejas dan kelihatan seperti sandwiched


                     Selain pada bahagian edge,ada dijumpai syiling yang bahagian muka dan belakangnya menampakkan dua logam yg berlainan.
                               Bahagian belakang syiling ada terjadi karat biasa pada besi...

                          Berlainan pula dgn bahagian muka yg kelihatan kehitaman...

      Dari proses cladding inilah kemungkinan ada gas yg terperangkap dan dalam jangkamasa yg lama ia akan bertindak balas dgn logam steel dari dalam planchet dan cuba mencari jalan keluar dari lapisan copper,proses mencari jalan keluar ini pula akan menghasilkan syiling bubble gas yg berbagai bentuk yg menarik.


Sebarang teguran dan pembetulan keatas post ini adalah sangat2 dialu2kan bertujuan untuk perkongsian dgn semua pelawat...