Merujuk kepada spesifikasi teknikal syiling Malaysia siri kedua (bunga raya) yang dikeluarkan oleh Bank Negara.Ketebalan bagi syiling 5 sen ialah 1.04 mm sementara bagi syiling 1 sen pula ialah 1.26 mm..
Adalah menjadi kelaziman pada ahli2 Numismatik menggunakan spesifikasi ini sebagai satu "bench mark" untuk menentukan ketulinan dan error yg terjadi pada sesekeping syiling.
Depankanta mendapati syiling 5 sen yg ada dalam edaran dan 1 sen (yg pernah ada dalam edaran),tidak sama ketebalannya.Apa yang lebih menjadi pertanyaan adalah bila dijumpai dua saiz ketebalan syiling pada tahun keluaran yang sama.Keadaan ini terjadi pada syiling keluaran tahun2 tertentu.
Kalau dianggap ianya variti,tidak pula dijumpai dalam mana2 nota numismatik Malaysia (atau depankanta terlepas pandang) dan kalau ianya spesifikasi,kenapa tidak disebutkan bahawa terdapat dua spesifikasi pada tahun yg sama..Tidak mungkin ianya split planchet before strike error kerana dua saiz ketebalan ini didapati jumlahnya hampir sama banyak.
Bagi perkongsian dgn ahli2 Numis depankanta pamirkan beberapa spesimen syiling 1 sen 2005 dan 5 sen 2001 yg mempunyai ketebalan yg ketara berbeza.
Syiling 5 sen 2001,jelas perbezaan ketebalan antara 2 keping teratas dan 2 keping dibawah
Tahun yg sama tapi terdapat dua ketebalan yg ketara berbeza
Jumlah yang banyak dijumpai pada kedua2 saiz ini
Syiling 1 sen 2005,juga mempunyai ketebalan berbeza.Perhatikan 3 keping teratas dan 3 keping dibawah.
Bagi mengulas dengan lebih terperinci tentang perkara ini tentunya ahli2 dan pakar numis kita yg lebih layak,depankanta hanya mampu pamirkan sahaja bertujuan untuk perkongsian bersama..