Selasa, 7 Februari 2012

DIE CLASH ISTIMEWA

Biasanya ciri-ciri die clash akan dapat dilihat kesannya dibahagian tengah syiling,iaitu bahagian yg paling menonjol pada sesuatu imej.Namun kemungkinan semasa berlaku clash atau 'tertempa sesama die',kedudukan die sengat sedikit dan menghasilkan kesan yg luar kebiasaan pada syiling2 die clash.

       Sekeping syiling 1 sen 1986 ini memperlihatkan telah terjadi die yg senget dan kelihatan imej awan larat bunga raya kecil ditepi rim syiling.Die gouge juga dilihat terjadi pada syiling ini,mungkin disebabkan peralatan tajam untuk mencuci die telah terkena bahagian atas bangunan Parlimen.

                            Bahagian muka syiling 1 sen 1986
                Bahagian belakang,kesan die clash jelas kelihatan dan ianya terjadi dibahagian tengah syiling...

                        Di bahagian atas bangunan Parlimen kelihatan kesan die gouge yg cantik....

                      Ditepi permukaan syiling berhampiran rim,kelihatan kesan die clash yg jelas menunjukkan imej dua bunga raya kecil,sedangkan dibahagian tengah syiling imej die clash tidak begitu ketara.
Keadaan yang sama juga mungkin terjadi pada syiling 5 sen 2005 die clash yg pernah dipamirkan dulu...