Sabtu, 6 Julai 2013

MDD....RALAT ATAU BIASA?..

          Sebelum keputusan untuk mengeluarkan duit syiling tentu pihak berkuasa telah menetapkan spesifikasi teknikal dan rekabentuk syiling yang akan dikeluarkan. Ketetapan ini menjadi piawaian bagi menentukan kesempurnaan syiling yang dikeluarkan oleh pihak kilang.

        Sebarang kesilapan yang terjadi semasa proses pengeluaran syiling akan dikesan pada berbagai peringkat tapisan dan syiling-syiling yang cacat tidak akan dibiarkan melepasi sempadan kilang. Bagi sesetengah peringkat kawalan kualiti, pihak kilang hanya menggunakan tapisan kesilapan  yang dapat dilihat oleh mata kasar sebagai syiling yang perlu dilupuskan dan membiarkan mana-mana syiling cacat yang tidak kelihatan oleh mata kasar untuk beredar dikalangan orang ramai.

     Berlainan pula bagi masyarakat penggemar syiling error yang mempunyai kriteria mereka tersendiri bagi menentukan samada sesuatu syiling itu dalam kategori error atau tidak!...Dua kategori yang tidak disenaraikan sebagai syiling error oleh pakar-pakar syiling error iaitu Mechanical Die Doubling dan Die Deterioration. Kedua kategori kegagalan kilang ini tidak dikira sebagai error kerana pakar-pakar beranggapan kedua fenomena ini adalah perkara biasa dalam proses pengilangan/pembuatan.
           
     Spesimen MDD syiling Malaysia yang meninggalkan kesan tiga pergerakan die pada angka "9" dan "2"....                  


MDD pada syiling Thailand, kesan imej kedua yang rata membezakannya dgn syiling Doubled Die tulin.

          Imej kedua (secondary) yang berada dibawah adalah leper dan rata berbeza dgn imej DD tulin yang membulat (rounded)...

Syiling 50sen Singapura dengan kesan MDD pada huruf "FIFT" (FIFTY)

           Kesan yang tidak begitu ketara begini tentu terlepas dari pandangan QC atau syiling MDD seperti ini sengaja dilepaskan oleh pihak QC......