Khamis, 5 April 2012

DIE CHIP TERTINGGI

Mengukur error die chip biasanya pada luas atau lebar kawasan permukaan syiling yg terkesan oleh kerosakan die,semakin besar kawasan yg terlibat maka semakin major die chip errornya.

             Penemuan sekeping syiling 1 sen 1987 ini sangat menarik kerana walaupun die chip yg terjadi hanya kecil tapi ketinggian bonggol yg timbul agak unik.Ketinggian extra metal pada permukaan syiling ini menandakan dalamnya kerosakan pada working die yg menempa syiling ini.

            Die chip sering juga terkeliru dgn die gouge error tapi pada syiling ini depankanta berkeyakinan ianya adalah die chip  error berasaskan penemuan pada syiling 1 sen siri Parlimen sering terjadi die chip pada bahagian bulan sabit dan dapat ditemui die progressivenya....

             Bahagian muka syiling 1 sen 1987,die chip pada bahagian imej bulan sabit

                          Pada bahagian belakang hanya beberapa kesan kecil die chip sekitar angka "1"

              Bila dipandang dari sisi syiling ini menampakkan ketinggian die chip pada bulan sabit terjadi hingga melepasi ketinggian rim syiling...Fenomena begini jarang dijumpai selain cud  error...